Assalamu’alaikum wa rahmatullah
Tajuk ini di kalangan blogger agak popular di Malaysia ini, terutamanya selepas kes Tee Hui Yee dan Allahyarhamah Siti Salmah Jasni menjalani proses pemindahan organ hasil penderma budiman.
Singapura, Julai 2007 dilaporkan ada mengemukakan Akta Pemindahan Organ Manusia (Hota) yang memasukkan warga Muslim secara automatik sebagai penderma organ. Usaha ini sebenarnya di Singapura lebih mendapat perhatian dari kalangan warga bukan Muslim.
Di Malaysia, statistik penderma organ dapat dilihat taburannya yang tidak sepadan, iaitu di Malaysia yang rata-rata penduduknya Melayu langsung majoriti beragama Islam, tetap kurang bilangan penderma organ, sedang kaum Melayu dan Muslim juga yang menjadi golongan paling memerlukan organ.

Sumber: Pusat Sumber Transplan Kebangsaan (NTRC) di Hospital Kuala Lumpur. Statistik sehingga 30 November 2005
Menurut Presiden Persatuan Transplantasi Malaysia, Datuk Dr. Zaki Morad Mohd. Zaher, didapati bahawa masih belum ramai individu yang tampil untuk menjadi penderma organ. Untuk tahun 2005, hanya 10 atau 11 orang sahaja yang ke hadapan untuk tujuan mulia ini.
Tidak kira sama ada pesakit itu adalah orang Melayu, Cina ataupun India, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai masyarakat prihatin untuk membantu mereka.
Isu kemasyarakatan seperti ini perlu mendapat sokongan kuat dari kita yang beragama Islam. Sebab apa? Sebab kita jika memberi, ganjarannya sudah tentu pasti lantaran pemberian kita bukan sebab berfikir organ tidak berguna pada badan setelah mati tetapi dek kerana memberi digalakkan dalam Islam.
Tangan yang di atas lebih mulia dari tangan yang di bawah.
Mari Derma Organ, awal Januari 2008 ini, saya dah berniat untuk mendaftar sebagai penderma organ. Tapi sebelum itu mohonlah izin dari keluarga agar semuanya jelas.
BAGAIMANA -MAHU- jadi Penderma Organ?
- Dapatkan persetujuan keluarga atau penjaga dan keluarga terdekat
- Dapatkan borang di premis hospital kerajaan
- lengkapkan borang dan hantar semula
- hubungi pegawai kesihatan yang sah yang mengurus hal pendermaan organ
- dapatkan khidmat nasihat pendermaan organ







SAYA MAHU MENGEMUKAN SOALAN DISINI.
DIMANAKAH TEMPAT UNTUK SAYA DERMAKAN ORGAN? APAKAH SYARAT2NYA..
saya nak tanya macam mana cara kalau saya nak buat pendermaan buah pinggang kepada sesiapa yang memerlukan walau hayat masih ada. mungkin ada seseorang yang amat memerlukan dan betul-betul sesuai dengan buah pinggang saya sedang menunggu. saya amat berharap dapat membantu
Selamat sejatera…….
Nama saya Saratha.M…. Bapa saya nak sebuah buah pinggang.. sebab baru aje dia operation… Bapa saya punya kedua-dua buah pinggang dah rosak…
sekarang dia pergi hemodeliasis….
Bapa saya seorang yang tak minum arah dan merokok, lagi pun baru aje di 47th…
Saya harap Encik tolongkan untuk bapa i…
Terima Kasih…
saya sudi menderma..tp sy bru berusia 19 tahun..adakh ia bersesuaian dgn syarat?dan apakah sumbangan en.saratha pada sya?jika ada masalah hubungi sy..0145393439..
ASSALAMUALAIKUM…
saya sedang mencari penderma buah pinggang untuk kakak saya. Sekiranya sudi membantu,boleh email pada saya..terima kasih
wasalam..saya sdi jd penderma..tp sy lelaki n bru brusia 19 thun..adakh ianya sesuai dgn syarat?jika akak ada sebarang pertanyaan hubungi sy..0145393439..
saya hendak derma organ…bagaimana?
salam…saya eda..ingin mencari penderma buah pinggang. utk makluman kakak sy memerlukan buah pinggang segera kerana kegagalan buah pinggang beliau untuk berfungsi. di harap dapat membantu..
saya 17 tahun..saya berminat untuk menjadi penderma organ.. bagaimana??
saya berusia 16 thn & ign menjd pndrma organ..bagaimana?
ermm..bagi mereka yg berumur 16 n 17 thn……..
blajar la dulu………..
cukup umur,dermala…………..
gud luck………
Alhamdulillah, ramai mahu memberi, tapi perlu jumpa dengan yang lebih mengetahui iaitu pihak hospital atau agensi Derma Organ… nak buat baik ni kena usaha lebih sikit… perasaan mahu kalian dah ada, tapi kena usaha lebih sikit, juhud kathir
SAYA INGIN MENDERMAKAN BUAH PINGGANG KEPADA ANAK PEREMPUAN SAYA BAGAIMANA DENGAN KOS PEMBEDAHAN DAN ADAKAH SAYA BOLEH MEMOHON BANTUAN KOS DARIPADA MANA MANA TABUNG PERUBATAN KERAJAAN
ANAK SAYA ADALAH PENGIDAP SAKIT BUAH PINGGANG ADAKAH ANAK SAYA BERPELUANG UNTUK MENDAPATKAN PEKERJAAN DENGAN MANA AGENSI KERAJAAN.
encik saya ashrul.saya sanggup derma buah pinggang saya pada anak encik daya ikhlas.tel saya 0193616204
Encik suka nak derma buah pinggang ke…
sy nk tahu , boleh ke jika organ yg nk didemakan di wasiatkan pada org yg kita kenali…
terima kasih
sy nak derma buah pinggang kpd ayah sy..boleh ke lelaki menerima ginjal perempuan??
macam mane saya nak derma organ…saya semasa hidup..?saya rela dermakan organ saya semasa saya hidup
boleh ke perempuan dermakan buah pinggang kepada lelaki.jantung dan hati mesti didermakan selepas kematian ke?
saya berusia 23 tahun dan masih lagi menuntut di IPTA , saya berhasrat ingin mendermakan organ. saya ada beberapa soalan yang saya tidak pasti.?
1. saya tidak tahu samada saya betul-betul sihat atau sakit, adakah saya perlu membuat pemeriksaan kesihatan dahulu dan tunggu keputusannya?
2. bolehkah saya menghadkan organ saya yang diderma. sebagai contoh : saya hanya ingin menderma jantung, mata, hati, dan buah pinggan sahaja?
3. jika saya menjadi seorang penderma organ, dan saya hanya mensyaratkan hanya 3 organ saya sahaja yang diambil, adakah pihak hospital akan mengambil lebih dari itu?
4. jika saya masih hidup, bolehkah saya mengetahui siapakah yang bakal mendapat organ saya?