Assalamu’alaikum wa rahmatullah

Kenalan dan rakan selalu memberikan saya pesanan melalui khidmat pesanan ringkas (atau lebih dikenali dengan panggilan SMS – Short Message System). Antaranya ialah:
Sahabat itu ibarat mentari yang menyinar, sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan, sahabat yang sejati menjadi pendorong impian, sahabat yang mulia membawa ke jalan Allah.
Demikian salah satu sms yang dikirim rakan kepada saya. Ya benar, semua jenis sahabat sebagaimana di atas amat diperlukan dalam kehidupan seseorang insan di bumi. Hatta, Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi wa sallam memerlukan sahabat di samping baginda untuk bersama berkongsi kegembiraan dan kejayaan. Antara sahabat baginda yang paling setia adalah isterinya sendiri iaitu, Khadijah binti Khuwailid. Dituruti Abu Bakar As Siddiq.
Ini pandangan saya dan sebenarnya adalah untuk mengenang sentiasa Rasulullah itu dalam segala segi kehidupan. Sebabnya insan yang ‘biasa-biasa’ amalannya tidak mungkin dapat berdamping dan didampingi oleh insan mulia lain jika dirinya tidak dihiasi kemuliaan dan keceriaan amal dan kerjanya. Hanya bisa dari kalangan yang berbudi sesama manusia sahaja bisa menerima dan diterima insan sebagai kawan dan rakan. Hanya dari jenis yang memuliakan orang lain, lebih dahulu diperhatikan dan diiktiraf sebagai sahabat berbanding dari mereka hanya berkawan untuk ‘menangguk di air yang keruh’.
Muhammad itu menerima sahabat sehebat Abu Bakar As Siddiq disebabkan baginda hanya berniat sahabat dengan Abu Bakar tidak lain hanyalah kerana Allah yang perlu ditauhidkan. Maka dengan itu Allah membantu dan menghiasi diri baginda dengan segala macam sifat mulia dan terpuji lagi menyejukkan mata yang melihat.
Benarlah kata baginda bahawa dia diutuskan bagi menyempurnakan akhlaq dan kelakuan manusia seluruhnya.
Ya benar, carilah ramai sahabat yang seperti ini, dia sanggup memarahi bila kita berlaku salah, dia tidak serik menasihatkan sedang kita melupakan, dia tidak jemu membantu bila kita kesempitan, dia telah bersaudara dengan sahabatnya seperti Abu Bakar yang sentiasa melindungi dan membenarkan apa yang benar.
Baca juga:







“di dalam diri Muhamad terdapat Contoh perilaku yang terbaik”
Iya kan…
———————
Tuker link donk!!
Menjadi sahabat itu… perlukan jiwa yg mudah tersenyum dan menangis…
Menjadi sahabat itu… perlukan gabungan keikhlasan & kejujuran…
Menjadi sahabat itu… perlukan gabungan kejujuran &kebenaran…
Menjadi sahabat itu….perlukan peringatan & bukan mengalpakan….
salam..
ana nak copy n paste..
mintak izin yek..
nak letak kat blog ana..
lepas tu ana nak mintak izin untuk link kat page muat turun anta kat page blog ana..
syukran!!
[...] Sahabat Sebaik Muhammad – Abang Ejan [...]