Kita sering kali bertanya, “Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?”
Quran menjawab, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” Surah al-Baqarah, ayat 216
Penulis: Maya Iris
Penerbit: PTS Millennia Sdn. Bhd.
Muka surat: 549
Tahun: 2007
Kali pertama melihat tajuknya saya tak mahu beli sebabnya saya ini agak ego sedikit dengan perkataan cinta. Barangkali biasa sahaja seperti karya lambakan lain. Tapi bila melihatkan perenggan terjemahan ayat Al Quran di kulit buku, sekaligus mengubah persepsi awal. CCN ini bijak menggunakan ayat Quran disesuaikan dengan jalan cerita dan mesej.
Sekilas memandang kulitnya yang berlatarbelakangkan Air Terjun Niagara, cukup memberi erti limpahan nikmat tuhan itu cukup banyak diterima manusia dan sebanyak itu juga ujian yang akan diterima.
Curahan Cinta Niagara memberikan persepsi bahawa sesiapa mampu berubah malah dapat memberikan manfaat kepada orang lain. Itulah salah satu ciri peribadi Muslim yang cuba diterapkan penulis dalam novel ini. Persoalan rakan yang baik untuk natijah baik juga diketengahkan dalam pemilihan sahabat.
Penulis juga cuba untuk membuatkan pembaca memahami dua sisi jantina berbeza – sebagai lelaki dan wanita. Lebih banyak guna sudut pandang ketiga. Namun ia banyak tertumpu kepada watak Mira Zahila. Ya sebab cerita utama datang darinya.
- Buku ini memapar budaya negara asing dari sisi ‘gelap’ dan baiknya. Kefahaman asas masyarakat Amerika Syarikat terhadap Islam masih jauh dari yang diharapkan. Ternyata mereka seakan jelik dan melihat kuno kepada Islam. Ada mesej penting cuba disampaikan oleh Maya Iris bahawa kita sebagai Muslim mesti tegas dan bangga sebagai Muslim di samping menunjukkan yang terbaik kepada yang bukan Islam.
- Kepincangan keluarga yang tidak dapat dikawal oleh ketua keluarga, iaitu Dato’ Rashid yang kalah dengan kerenah isterinya yang merajuk dengan sebab suami bermadu.
- Cara-cara si suami dan si isteri untuk memujuk atau memikat pasangan yang baru dinikahi. Penulis berjaya menggarap suasana perbualan dengan baik dan dialog yang mudah.
- Latar masyarakat Melayu yang masih merindukan suasana tenang di desa kampung seperti di Janda Baik. Masih lagi mahu berdekat-dekat dengan kehijauan dusun dan hasilnya.
- Diselitkan sedikit teguran dan cara terbaik melakukan aktiviti dakwah terhadap sesama Muslim dan bukan Muslim. banyak ayat Quran dan Bible disertakan untuk menerangkan secara ringkas tentang kekeliruan yang disengajakan oleh pihak culas Kristian.
- Ada ilmu psikologi dipadatkan dengan pelbagai watak dari segi memahami konflik dan situasi cerita. Penulis juga menyelitkan teknik imbasan di awal cerita dan penguasaan sudut pandang yang berbeza.
- Realiti rumahtangga bukan selalu lancar, ia penuh dengan cemburu dan salah faham dan banyak pengorbanan untuk kekalkan pernikahan. Segala pertikaian dalam rumahtangga, penulis cuba mencadangkan pembaca agar meneliti ajaran Quran dan Hadis bagi jalan penyelesaian. Ia bagus untuk muda-mudi agar sedar cinta antara lelaki dan wanita itu tidak seindah bicara. Ia penuh perancangan bukan setakat ke pelamin malah hingga ke urusan lampin, bak kata Ustaz Hasrizal Abd Jamil.
- Maya Iris memang hebat dalam garapan ceritanya. Dia menerapkan perihal psikologi kekeluargaan dalam CCN. CCN real tanpa dibuat dialognya seolah pengalaman Maya Iris sendiri. Wallahualam.
- Secara beraninya penulis menyadurkan tulisannya dengan pelbagai penerangan bersahaja sementara secara halus dimasukkan unsur kefahaman Islam melalui teknik nota hujung. Kefahaman Islam yang disampaikan adalah terutamanya dalam menjaga kehormatan diri, penyelesaian konflik serta bergantungan dengan tuhan. Semuanya ditulis tanpa memberatkan pembaca, malah dimudahkan dengan dibayangkan kepada pembaca bahawa praktis itu jauh dari susah.
- Ayat di atas 2: 216, tak silap saya adalah pensyariatan perang terhadap kaum penentang, namun di sini Maya Iris cuba jadikan nadi semangat utama dalam watak Mira Zahila. Aku dekat, Kau dekat!
Ini pula saya petik dari laman Wardah Imtiyaz atau Adik Nurul Izzati Abdul Rahim – hebat telahannya.
Mira Zahila, gadis yang mudah berkawan tetapi tidak mempercayai institusi perkahwinan telah menjadi rebutan dua orang lelaki. Air terjun Niagara Falls menjadi titik permulaan Farhan disapa oleh perasaan cinta pertama. Namun Farhan terpaksa memendam rasa kerana adiknya Faris yang sering memperolehi apa yang diingininya lebih dahulu menagih cinta Mira.
Di saat-saat menemui ajal, Faris telah memberi laluan kepada Farhan untuk merebut cinta Mira. Namun, Mira tidak dapat menerima cinta Farhan kerana cara hidup Farhan dirasakan asing baginya. Farhan pula mula sangsi dengan cintanya kerana sejarah silam Mira dan Faris bercanggah dengan prinsip hidupnya. Dalam keadaan terpaksa, Farhan menikahi Mira walaupun dia sendiri tidak pasti perasaan sayang atau benci yang bersarang di hatinya.
Ketika Farhan dan Mira bergelut mencari kebahagiaan sebagai suami isteri, muncul pula seorang wanita yang bakal menggoncang keharmonian rumahtangga mereka. Yang bakal mematikan benih-benih cinta yang baru bercambah.
Berjayakah Mira mencari kebahagiaan, merentasi lautan dari New York ke London dan Paris hingga ke Kuala Lumpur? Dan sempatkah Farhan membuktikan cintanya sehebat curahan Niagara?
Petikan dari Berita Harian Online .. :
Seni: Penangan Curahan Cinta Niagara
Ikatan perkahwinan yang dianyam dengan hukum-hakam agama
CURAHAN Cinta Niagara mencatat sejarah tersendiri dalam carta jualan PTS Millenia Sdn Bhd apabila tampil sebagai antara buku kreatif paling laris di pasaran meskipun hakikatnya ia ditangani penulis baru, Maya Iris atau nama betulnya, Mariah Abd Rahim.
Novel sulung pengarang ini terjual 3,000 naskhah meskipun baru dua bulan berada di pasaran dan kini sudah masuk ulang cetak kedua, menampilkan kisah ketabahan seorang isteri dalam melayari alam rumah tangga dengan maksud tersirat perbuatan yang berlandaskan hukum Allah swt pasti menemukan kebahagiaan.
Mira Azilah, gadis kelahiran Janda Baik, Pahang, digambarkan melalui kehidupan penuh ranjau apabila terpaksa membesar dalam serba kekurangan dan lebih menyayat hati tanpa kasih sayang seorang bapa, tetapi menerima segala dugaan itu dengan tabah kerana yakin ia sebahagian daripada ujian Ilahi.
Novel setebal 49 bab ini, dimulai dengan kisah Mira melanjutkan pelajaran di State University of New York, Amerika Syarikat dan dipertemukan dengan Faris, anak hartawan yang suka berfoya-foya dan mengambil kesempatan ke pelajar wanita.
Bagaimanapun perangai buruknya berubah ketika mula mengenali Mira, gadis berhati tulus yang berjaya menambat hatinya sehingga akhirnya memaksa dirinya berusaha memenangi hatinya meskipun terpaksa menggunakan kekerasan dan berkesudahan dengan kemalangan jalan raya yang menyebabkan Faris lumpuh.
Mira yang berasa kasihan dan bersalah atas nasib yang menimpa Faris, akhirnya sudi mengahwini pemuda itu, meskipun tahu calon suaminya mengidap penyakit HIV akibat pergaulan bebas di samping berusaha menjadi isteri terbaik kerana reda dengan ketentuan Tuhan buat dirinya.
Ketabahan Mira teruji juga apabila dia tidak dapat mengecap nikmat berumah tangga selayaknya sebagai isteri dan terpaksa melayani suami yang bertukar menjadi pemarah, berputus asa dan sering meringankan hukum agama.
Kebencian ibu mentua Mira, Datin Faridah yang tidak merestui perkahwinan pasangan terbabit pasti meruntun jiwa pembaca dan pengarang turut meruntun jiwa apabila disogokkan dengan kisah abang ipar Mira, Farhan yang tegas lagi cengil, jatuh cinta pandang pertama lewat kunjungannya bersama Mira dan Faris di Air Terjun Niagara.
Kematian Faris membuka peluang kepada Farhan untuk merebut cinta Mira dan keadaan memihak kepadanya apabila Faris meninggalkan wasiat agar abang serta isterinya itu disatukan, meskipun hati gadis itu sebenarnya berbelah bagi.
Mira akhirnya menerima lamaran daripada keluarga Datuk Rashid dan keputusan itu nyata menyebabkan pisang berbuah dua kali apabila gadis itu terpaksa hidup sengsara lantaran mengahwini lelaki yang sering dibayangi peristiwa silam.
Berkat Ketabahan dan kesetiaan, bahagia akhirnya menjengah, tetapi kehadiran Azrin, bekas pesakit Gangguan Stres Pascatrauma (PTSD) yang diterima bekerja di Syarikat Titian Maju milik Farhan, hampir menggugat kebahagiaan mereka yang baru menjengah.
Kebaikan dan kelembutan Mira mengingatkan Azrin kepada ibunya, kekasaran Farhan pula mengingatkannya kepada kebengisan bapa tirinya dan akhirnya menjadikan Azrin semakin keliru serta hampir meragut nyawa Farhan kerana kenangan kepafa bapa tirinya.
Sungguhpun novel tampil dengan judul Curahan Cinta Niagara, hakikatnya ia dibaluti dengan nilai Islam, sarat pengertian, motivasi dan nasihat kerana pengarang bijak menyelitkan petikan daripada al-Quran dan terjemahannya serta beberapa hadis sahih bagi memperkuatkan hujah dalam menjawab setiap konflik.
Pembaca juga pasti berasa betapa ikatan perkahwinan itu sebenarnya indah, sekiranya setiap pasangan tahu menikmati dan menghargai kesucian perhubungan terbabit dan sentiasa berusaha berpandukan kepada ajaran Islam.
Jurutera tulis novel berunsur Islam
MAYA Iris nama pena bagi Mariah Abd Rahim, jurutera yang juga Pengurus Kanan, Jaring Communications Sdn Bhd, tampil dengan novel sulungnya, Curahan Cinta Niagara, meskipun hakikatnya tidak pernah terbabit dunia penulisan kreatif sebelum ini.
Pengalaman memesrai bidang kejuruteraan sistem komputer selama 20 tahun tidak pernah menghalang ibu kepada lima orang anak ini untuk berkarya, bahkan mereka dan suami tersayang menjadi pembakar semangat untuk membolehkan karyanya berada di pasaran.
Pengarang kelahiran Klang, Selangor dan kini menetap di Bandar Kinrara, Kuala Lumpur, adalah lulusan Sarjana Sains Komputer dari Southern Illinois University (SIU), Carbondale, Amerika Syarikat (AS) dan sebelum itu menerima sarjana mudanya dari State University of New York (SUNY), New Paltz, AS.
Sikap sukakan cabaran dan melakukan perkara di luar bidang kepakarannya ternyata menjadi titik tolak kejayaannya untuk tampil dengan novel berunsur Islam, Curahan Cinta Niagara, meskipun judulnya menimbulkan tanda tanya.
Bacaan luas:






Artikel di blog ini sangat bagus dan berguna bagi para pembaca. Agar lebih populer, Anda bisa mempromosikan artikel Anda di infoGue.com yang akan berguna bagi semua pembaca di seluruh Indonesia. Telah tersediaa plugin / widget kirim artikel & vote yang ter-integrasi dengan instalasi mudah & singkat. Salam Blogger!
http://www.infogue.com
http://buku.infogue.com/curahan_cinta_niagara_ccn_maya_iris
good luck…u got talent =)
Salam.
Menjadi penulis yang mampu menerapkan unsur Islam sememangnya adalah sesuatu yang amat baik. Menyentak hati dengan pengajaran hidup yang mampu membuat pembaca berfikir dan mungkin berubah kearah kebaikan adalah matlamat yang harus diserapkan ke dalam diri setiap penulis muslim. Sesungguhnya setiap kisah ada pengajaran… kerana setiap cerita ada rahsia yang hanya Allah tahu kenapa ia ditakdirkan berlaku…
assalamualaikum..anat apa kabar? moga sihat dan senantisa dalam keberkatan dan keredhaanNYA. makin giat menulis ya.. tahniah.teruskan.. buku terbaru sekarang ni apa yang anta telaah? maksud ana novel ya..? saja mau tau. nak kongsi buku yang ana baca. insya`allah
tahniah, sedang menunggu novel anda yang kedua.
haha.. hebat2.. tak de mase den nak buat cam hang.. huhu.. pressure la aku suruh update.. mana tau kot2 ade aku nak letak.. sebulan 1 ok kot kan????
anda memang berbakat dalam menghasilkan karya islam .
gudluck
aku ingat lagi.. first time aku pandang novel ni, aku terus beli sebab tertarik akan sinopsisnya.. tp selepas beli, aku simpan dalam almari kerana selepas belek, aku rasa mcm tak best je.. tp lepas seminggu, aku bawa novel tu balik kg.. n dlm masa beberapa jam, aku khatam sebuah novel tu.. dari situ, mula timbul keinsafan dalam diri aku.. ketabahan mira mula meresap ke dalam diri aku.. dan aku juga turut menghayati mksud2 ayat yang diberi dan alhamdulillah aku mula membaca tafsir al quran.. terima kasih maya iris krn telah mengangkat martabat islam.. teruskan usha anda utk menyampaikan kebenaran melalui novel.. semga allah memberkati mu..
Assalamualaikum Fauzan,
Menarik resensi buku ini (”,)
Terasa nak membeli pula
Sebelum ini semasa di pesta buku antarabangsa dahulu
saya tak berminat untuk membelinya
Juga kerana perkataan ‘cinta’ pada judulnya
Tapi mungkin saya silap menilainya
Terima kasih kerana ubah persepsi saya
Saya sudah selesai baca buku ni
Cuma belum lagi buat resensinya
Buku ini memang sangat menarik dari segi garapan ceritanya
Menginsafkan
Jazakallah