
Buku ini saya kenali sewaktu di tahun 2 pengajian diploma sewaktu mengikuti program sebulan di Kersani Training Centre di Segamat. Program tersebut dipanggil Madrasatul Hayaah. Buku tersebut diperkenalkan oleh saudara Fazrul Fahmee Ismail, penulis dan pelopor Pemikiran Sistemik terbitan PTS yang kedua selepas penerbitan dengan PMRAM.
Sewaktu itu, saya sedang mengikuti slot Kalimah Syahadatain oleh Fazrul Ismail. Dan beliau ada menyebut teori kecemerlangan insan yang juga boleh didapati dari buku John Gray ini. Ianya dalam memahami psikologi lelaki dan wanita. Malahan kanak-kanak sebab John Gray turut menulis buku bertajuk Children Are From Heaven tentang bagaimana meladeni anak-anak yang membesar.
Apapun Fazrul Ismail telah cuba memurnikan tulisan ini dengan keluaran buku beliau yang bertajuk, 7 Ciri Berjaya Lelaki dan Perempuan berdasarkan kajian beliau pada surah Al Mukminun.
Selain itu buku John Gray ini turut menampilkan kisah benar dari sudut keluarga John Gray dan dia memang secara kritis dan bijak menjadikan keluarganya sebagai bahan eksperimen berjaya untuk kajiannya dalam psikologi antara lelaki dan wanita.
Lelaki yang lebih bersikap membetulkan dan membuat keputusan dan wanita yang lebih kepada perihal menjaga perasaan dan menghargai pengorbanan hati dan kesungguhan dalam kebersamaan.




