
Batu Maloi, 24 Mei – 19 orang dari Melaka telah berjaya cabaran alam semulajadi bertempat di Hutan Lipur Gua Batu Maloi. Peserta rehlah berumur antara 10 hingga 51 tahun.
Ekspedisi ke gua Batu Maloi telah dipanduarah oleh saudara Nazri selaku penyelaras tempat. Rehlah ini antara lain adalah bertujuan mengeratkan ukhwah silaturrahim antara beberapa warga Melaka dan menikmati keindahan flora dan fauna alam semulajadi geografi bumi tempatan.
Pengembaraan ke dalam gua Batu Maloi memakan masa selama 2 jam 30 minit membawa kepada pengalaman fizikal dan rohani yang mendalam. Ini dapat dipetik oleh sahabat berkata,
Perhatikan kelawar yang berada dalam gua 12 kaki bawah tanah ini, Allah tahu keadaan mereka dan memberikan keupayaan sonar kepada mereka”.
Perjalanan ke dalam gua Batu Maloi mempunyai 4 tahapan kesukaran dari mudah untuk pelajar sekolah rendah hinggalah kepada golongan penggemar sukan lasak. Di sana, terdapat 24 tempat rujuk (check point).
Antara keunikan tempat ini adalah air guanya yang sejuk dan bersih dari kotoran industri dan ladang ternakan. Di samping itu, terdapat haiwan eksotik seperti katak gergasi dan kelawar yang menghuni gua ini. Jarak perjalanan gua ini adalah sepanjang 1km namun cukup mencabar. Ada banyak laluan ekstrem yang menguji keyakinan dan tahap kesediaan minda dan fizikal pengunjung.

Gua Batu Maloi sering dikunjungi 100,000 pengunjung dan pelawat dari seluruh dunia bagi setiap tahun. Tempatnya yang terletak di Air Mawang Johol Negeri Sembilan, hanya 48km dari Bandar Melaka atau 45 minit perjalanan menaiki kenderaan pacuan empat roda.
Pengunjung gua Batu Maloi termuda pernah dicatatkan adalah berumur 3 tahun.
——————————-

Sungguh! Aku kagum dengan seorang sahabat ini, dia berkata,
Ana sudah berumur 40 tahun kini. Tapi, jangan risau, hati ana tetap muda.
Sambil dia tersenyum. Dan dia masih kelihatan muda walaupun rambutnya sikit sudah dibaluti warna putih.

Dia bertopi putih dan dibelakang yang memegang batu itu ula sudah berumur 51 tahun tapi sepanjang dalam gua ini, dia adalah paling hadapan sekali, didepan aku.

Sudah 5 tahun tidak ke sini. Kali terakhir 2004. Kali ini dengan kawan baru. Baru nikah, baru habis belajar. Baru kenal dan pelbagai lagi. Ada yang pertama kali masuk ke dalam gua.

Kali pertama bertemu akh Jalil dari Sabah yang bertugas di Melaka. Kiri sekali.

Salah satu check point terakhir kami yang cukup menyegarkan.
Dan akhirnya, ingatlah! Ambillah masa dan ruang untuk kita keluar bersama dan kawan-kawan. Pergi ke tempat yang adventurous. Nikmatilah saat indah anda bersama kawan dan keluarga. Kenali diri sendiri dan orang lain.
Manusiakan diri sendiri.







bawa balik kelawar x? hehe
salam akhi fauzan…senior ana ni..ana nak tnya la blh x nta amik detail kos untuk wat program di batu maloi..sekali dgn cntact nmber org sna..an nk plan program untuk ikhwah pahang…syukran
hantarkan pd email ana asap ya klu blh..syukran jzzk
Brother Naim: Tak tinggalkan di situ sahaja, tempat tinggalnya di sana. Ada gambar yang beribu tapi pada kawan lain.
Ikhwah Pahang:
ini seperti yang diminta….
Gua Batu Maloi
Empangan = RM60
Tapak = RM60
Guider = 3 orang x RM60 = RM180
lain-lain tak ingat
Boleh call Puan Norlela untuk urusan tempahan atau lainnya
buat surat rasmi untuk tempahan tempat paling kurang 2 minggu awal
Puan Norlela (kak Lela): 017 2339464
Menarik tempat, bila melihat dengan caranya. Sudah 2 kali pergi. Kali kedua ini lebih terkesan dengan penerangan Abang Nazri suami kak Lela. Pemain bola dulu ni. Seorang India berhati luhur.
a;kum….
apa kbr?saya ingin mengetahui dengan lebih byk maklumat mengenai gua batu maloi…..perjalanan kesana..pendaftaran..dengan siapa saya perlu hubungi….sewa khemah dan lain22 yg perlu untuk saya mengadakan perkhemahan seramai 150 orang
klu korg smua berminat,bleh cntc …n akan sampai kan…sy pun duk dkt2 cner ugak…
batu maloi mmg best..sy bru p 26-28.10 yg lpas…..pengalaman y mmg sukar dilupakan …. mmg mncabar dr segi fizikal n mental…………..