Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Kongsi Aksi’ Category

Pengalaman saya berkecimpung dalam dunia mereka-mereka yang pernah terlanjur, terejal, sesat dan sebagainya – sedikit sebanyak membentuk satu perasaan dan rasa simpati dan kesian dengan manusia-manusia yang terjebak dalam masalah sosial dan seumpamanya. Perasaan kesian itu tidaklah membawa saya untuk meredhai apa yang mereka lakukan … Jauh sama sekali. Perasaan kesian itu mendorong untuk mengetahui apa yang membuatkan mereka melakukan apa yang mereka lakukan dan sedikit sebanyak membantu diri untuk memahami cara untuk mendampingi mereka-mereka ini.

Kadang2 kita bukan ketandusan undang2. Tetapi kita ketandusan tangan2 yang dapat membantu bagaimana hendak mencegah sesuatu jenayah itu dan membaik pulih mereka yang terjebak. Tengok sahaja isu dadah. Bukan main berat hukumnya … tapi dadah masih berleluasa.

Saya menyusun sepuluh jari jika apa yang saya nak tuliskan ini mungkin mengguris hati penyokong2 PAS. Tetapi kekadang ubat yang baik itu, pahit rasanya. Saya nampak, suasana yang terbentuk dalam PAS ini – telah mendorong ahli-ahlinya bersikap keras kepada yang tidak menyokong mereka. Ini di kuatkan bila kepimpinan mereka pun menunjukkan sikap dan akhlak yang sama. Kata orang mulut tu macam takde insuran apabila ingin berkata sesuatu.

Agaknya perkara ini telah berlarutan bertahun2 lamanya sehinggakan pengikut PAS terikut rentak tari yang sama. Lebih menyukarkan lagi ialah apabila mereka begitu yakin dengan kepimpinan ULAMA. Dan ULAMA itu seolah-oleh hanya yang berada dalam PAS sahaja. Di luar tu bukan ULAMA. Lebih2 lagi jika ada ustaz yang membuat teguran pada ULAMA kepimpinan PAS. Mereka ini di labelkan dengan pelbagai label.

Sekarang saya faham mengapa ramai bjiak pandai yang meninggalkan PAS satu ketika dulu. PAS di era TGNA amat jauh berbeza. Tidak hairanlah TGNA tidak berapa sehaluan dengan TGHH dalam beberapa perkara. Mereka2 yang keluar dari PAS bukanlah pengkhianat atau JEBON atau pelbagai gelaran yang pernah diberi oleh kepimpinan dan pengikut PAS. Mereka adalah kumpulan yang telah membantu PAS lebih terbuka, lebih diterima ramai dan selari dengan hasrat dan perjuangan PAS dan TGNA. Tapi mereka ditendang keluar. Kesannya – tengok apa yang terjadi dalam PAS. PAS makin di sisih – bukan oleh persepsi yang dibuat oleh orang luar… tetapi oleh akhlak pemimpin dan pengikut PAS sendiri. Maaf agak pedas sedikit, tetapi itulah yang saya Nampak. Kata orang – biarlah orang lari dari kita kerana prinsip yang kita bawa – bukan kerana akhlak yang kita pamerkan.

Mungkin salah satu cernaan dari akhlak PAS ialah sikap dan akhlak yang mereka tunjukkan pada PH. Hampir semua tindakan PH dikritik dan disalah ertikan. Isu terkini Pemimpin Gerakan Muslimah Islam Malaysia (GMIM). Saya mohon maaf jika Presiden ini bukan ahli PAS tetapi nada dan tindakannya selari dengan nada dan tindakan pemimpin dan pengikut PAS dewasa ini. Kata pepatah – guru kencing berdiri anak murid kencing berlari. Itu sebab sebagai kepimpinan – hendaklah begitu sensitif dengan akhlak yang kita pamerkan pada masyarakat,terlalu keras dan tidak friendly dgn pihak lawan – kononnya itulah cara yang Islam kehendaki.

Maaf – saya jarang tulis secara terbuka begini. Tetapi sebagai individu – saya amat gusar dengan perkembangan PAS terkini – yang lebihnya bukan untuk memakmurkan negara tetapi untuk pastikan PH ini tidak dapat melakukan apa yang terbaik untuk negara. Bagi PAS, kecurian dana Masyarakat itu adalah hal yang kecil dibandingkan dengan “KEMUNGKARAN” yang dilakukan oleh AMANAH yang begitu lunak KONONNYA dengan LGBT dan seumpamanya.

Wirid harian mereka ialah DAP sesat, PH lembut pada LGBT, ISLAM tercabar bawah PH … tapi sendiri tidak menunjukkan akhlak yang selari dengan akhlak Islam – dari kepimpinan sehingga ke akar umbi. Ada orang tanya saya – mengapa orang lari dari PAS? .. Tepuk dada tanya iman.

Wahai Pemimpin PAS dan Pengikut setia PAS … bukalah matamu dan kembali ke pangkal jalan. Takut satu hari nanti – anda akan kehilangan penyokong bukan kerana prinsip yang anda pegang tetapi akhlak yang anda pamerkan. Saya mengalu-alukan perbincangan sihat hasil dari tulisan ini. Saya hanya luahkan apa yang selama ini terbuku apabila melihat PAS sebegini.

Presiden GMIM memohon maaf. Bagus beliau memohon maaf sebelum terlambat. Kata orang putih Damage has already been done. Tapi Allah itu Maha Pengampun. Kita selaku manusia pun begitu. Maafkan dia. Saya sarankan presiden ini berganding bahu dgn PH utk membenteras LGBT. Jgn buat video macam dulu.

Read Full Post »

Sumbangan Dana SRiM

Sumbangan Dana SRiM

Read Full Post »

info125

Read Full Post »

Definisi dan Kelebihan Ilmu

Definisi Ilmu Sebenar Ilmu itu lebih baik daripada harta

Read Full Post »

Beza Zakat dan Sedekah

Beza Zakat dan Sedekah

Read Full Post »

Older Posts »

%d bloggers like this: