Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Adik’

Pesan Abang

Assalamu’alaikum wa rahmatullah

Lirik lagu ini saya tujukan buat adik-adik saya, yang perempuan utamanya. Nurul Hidayah binti Md Ibrahim dan Nur Faizah binti Md Ibrahim. Adik lelaki namanya, Muhammad Izzuan bin Md Ibrahim, Mohd Aidil bin Md Ibrahim, Muhammad Isa bin Md Ibrahim dan Mohamad Amin bin Md Ibrahim.

Adikku muda remaja
Awasi bila melangkah
Wajah mu manis bak gula,
Pasti ramai kan tergoda
Tidak dilarang kau bersuka
Asal tahu kan batasnya
Jangan sampai adik terlupa
Harapan dan cita-cita

Ibu dan ayah menaruh harapan
Agar kau berjaya di hari kemudian

Bila tiba waktu petang
Dari sekolah kau pulang
Bergalas buku di pinggang
Siapa lihat tertawan
Adik masih bersekolah
Awas segala dugaan
Adik kan ambil periksa
Agar senang masa depan

Tumpukan perhatian dengan sepenuhnya
Serahkan selainnya kepada yang Esa

Bila adik telah berjaya
Abang kan turut gembira
Tapi andai sebaliknya
Jangan kau rasa kecewa
Sekali adik terkandas
Bukan untuk selamanya
Di hati sematkan pesanan
Ingat abang, tetap sayang!

Advertisements

Read Full Post »

%d bloggers like this: