Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Akhlak’

Ikhlas –

adalah rahsia antara Allah dan hambaNya,
ia tiada diketahui oleh malaikat,
sehingga ia tiada kuasa menuliskannya,
tiada pula dijejaki syaitan,
sehingga ia tiada upaya merosakkannya.

Semua manusia itu celaka kecuali orang yang berilmu,
dan semua yang berilmu itu celaka kecuali yang beramal,
dan semua yang beramal akan celaka kecuali yang ikhlas,
dan orang yang ikhlas selalu diuji bahaya besar,

Ketika ketaatan berubah menjadi sekadar kebiasaan dan rutin harian,
maka ketika itu berkuranglah rasa ketaatan dalam beribadah.

Di antara manusia ada yang menangis di hadapan manusia,
dan ia dapat pula mempertahankan keikhlasannya,
tetapi ada pula yang menangis sendirian di kamar, justeru berlaku riya’.

Ikhlas itu tandanya –
sentiasa waspada dengan diri sendiri,
selalu pula menganggap dirinya kurang,
jauh dari ‘mengemis’ pujian orang,
sentiasa menjadi yang termahal harga dirinya,
tatkala orang lain memilih kaca kerosakan,
niatnya suci sentiasa,
amal baiknya disorok-sorok,
menzahirkan ia hanya untuk teladan,

Ikhlas itu antara amalannya –
Niat yang sentiasa disegarkan,
Doa yang tulus ikhlas ingin bertaubat dari kesalahan,
Zikir di waktu pagi dan petang,
Taatnya tersembunyi tiada diketahui,
Sentiasa pula memberikan teladan dengan kebaikan.

Read Full Post »

(more…)

Read Full Post »

%d bloggers like this: