Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Al Quran’

Sayonara Jahiliyyah

1. Al Wala’

– ia merangkumi 3 aspek. Qurb iaitu mendekati Allah dalam mencari redhaNya, Nusrah iaitu menolong mengembangkan agama Islam, dan Muhibbun iaitu mencintai kebaikan.

Ramai yang mengaitkan al Wala’ ini dengan ketaatan, ya betul. Namun ia juga adalah kejelasan dalam mendahulukan Allah daripada manusia. Ia juga adalah pertolongan dan bantuan yang diberikan kepada yang memerlukan. Ia juga kecintaan yang menyegerakan pada mengecap kebahagiaan sebenar di akhirat kelak.

————————–

Tadabbur Surah An Najm ayat 3 dan 4

Mengikut Imam asy Syatibi, pilihan manusia cuma ada dua (2). Syariat atau Hawa’. Tiada yang ketiga atau yang ditengah-tengah.

Tolerasi hanya ada dalam urusan muamalat individu, selain itu ia adalah hawa’ semata.

Apa itu al Hawa’? Ianya adalah semua yang tidak bertepatan dengan syariat, itu dinamakan al Hawa’. Begitu juga syahwat adalah cabang kepada al Hawa’.

————————–

Kepentingan Syura

  1. Percambahan idea dari pelbagai kepakaran
  2. Pemilihan kaedah terbaik sesuatu perkara dalam perbincangan
  3. Perkembangan dan perkongsian ilmu dijana lebih cepat
  4. Peluang mengenali sahabat
  5. Merancang aktiviti yang lebih teratur dan menjana hasil yang lebih memuaskan
  6. Berada dalam rahmat Allah dan lebih diberkati

Paling sikit amalan syura boleh berlaku adalah perhubungan suami isteri.

Makin besar tanggungjawab, makin perlu kepada syura.

Read Full Post »

Belajar, sesungguhnya seseorang itu tidak dilahirkan alim,
dan tiadalah orang berilmu menyamai orang yang jahil.

Sesungguhnya pembesar kaum yang tiada ilmu,
menjadi kecil bila dikerumuni bala tenteranya (meminta pandangannya).

Seorang yang hina sekiranya berilmu,
ia menjadi besar bila dikerumuni oarang ramai (yang ingin belajar).

Jadi, janganlah redha dengan kerendahan (kehinaan),
Dan janganlah nasib hanya berpada dengan apa yang ditinggal orang terdahulu.

Imam Shafie~

Read Full Post »

Tafsir Al Misbah – An Nas
Quraish Shihab
ditulis 17/4/2011
—————

Allah mengulangi kalimah auzu (istiazah)
– demi mengajar manusia supaya selalu meminta kepada Allah
– mintalah pada Allah, dia akan beri

menggunakan 3 nama Rabb-Rabbin Nas-Malikin Nas-Ilaahin Nas
– berbza dengan surah Al Falaq yang hanya guna 1 nama Rabb
iaitu Rabbil Falaq walaupun permintaan ada 3 namun semuanya
permintaan mengelak dari unsur luaran manusia
– surah An Nas pula meminta perlindungan daripada kejahatan yang
datang dari dalam diri manusia
– ini menunjukkan kepentingan menolak kejahatan dari dalam diri
lebih mustahak

———-
al khannas
———-
– ertinya ia datang dan boleh berundur atau beredar
– contohnya syaitan itu akan dekat kepada manusia apabila dia lupa
pada Allah, tapi menjauh bila manusia ingat Allah

———-
fi sudurin nas
———-
– dalam hati manusia
– ada ulama berpendapat kalimah an nas dalam ayat ini asalnya
adalah ‘an Nasi’ iaitu pelupa kepada Allah
– sama juga dengan maksud ayat ‘wa ma kholaqtul jinna wal insa illa
liya’budun’ sebagai sebenarnya –liya’buduni— supaya menyembahku
——
Soalan
——
1.Bagaimana mahu mengelak ajakan buruk kawan-kawan?
—————————————————
– PERTAMA-jauhi berteman dengan kawan yang suka kepada maksiat,
walaupun sesudah kita menasihatinya berulang kali
– jika sekali ajakan, mungkin kita masih mampu menolak, tetapi jika
100 kali ajakan, pasti ada beberapa kita mengalah dan mengikut
jejak buruknya
-jangan memperkecilkan dosa, kerana itu bibit godaan syaitan dan manusia
kepada dosa yang lebih besar

Kenapa guna perkataan An Nas, bukan al Insan atau al Basyar?
———————————————————–
Beza kalimah Basyar, Insan dan Nas
– basyar adalah manusia yang sama mempunyai sifat fizikal yang sama
punya mata di depan, telinga ditepi, dua kaki di bawah
– insan merujuk kepada sifat peribadi dalaman contoh Nabi Muhammad
berbeza dengan Abu Bakar
– An Nas pula adalah merujuk semua manusia
-maka dengan sebab itu surah ini menggunakan kalimah An Nas

————–
Kesimpulannya
————–
1. Jika meminta perlindungan, mintalah kepada Allah, jangan selain-Nya
2. Musuh dan rayuan yang bersumber dari dalam diri manusia itu
jauh lebih besar dan lebih bahaya dari gangguan bersumber dari luar,
hati-hati dengan rayuan syaitan yang tidak dapat kita lihat dan
dia melihat anda
3. Ada godaan syaitan itu berbentuk jin ataupun manusia,
maka pilih-pilihlah teman anda

Read Full Post »

Catatan 15/4/2011
Fauzan Ibrahim
_____________

turun di Makkah
wahyu yang ke-13 diterima Ar Rasul

________
Apa maksud Al ‘Asr?
_________
– biasanya ia dinisbahkan kepada masa
– namun Quran guna pelbagai istilah untuk menunjuk masa
– ada istilah Dahr (keberadaan alam ini)
– kita pernah satu ketika lahir, dunia ini sudah ada walaupun kita belum lahir
contohnya jika seseorang itu lahir 1950, bumi itu 1949 sudah ada
– adapun ‘asr = itu ialah masa yang dilalui oleh sesuatu – contohnya lahir 1950,
mati pada 1990… maka masa antaranya adalah ‘asr

-waktu – masa dimana satu pekerjaan itu mesti selesai

– ada juga pendapat – waktu solat ‘asr
– ada juga maknanya menurut pendapat yang paling baik – memeras, memerah,
– kenapa dinamakan ‘asr pabila matahari terbenam dinamai ‘asr kerana manusia
sudah hampir selesai kerja dan mahu pulang – waktu itu seakan-akan sudah
terperas keringat usaha manusia

________
ayat 2
________
khusrin – apa sahaja yang negatif dan celaka, mudarat, maka dia khusr atau rugi
________
insan – bererti manusia
– ulama mengkhususkan kalimah ini kepada mukallaf yang boleh berfikir
berakal, dewasa
khusrin – ada tanwin, itu bermaksud aneka ragam, banyak,

sesungguhnya manusia benar-benar dalam aneka kerugian

—————
Kenapa Allah bersumpah dengan masa?
—————
– sebab modal manusia yang paling berharga adalah WAKTUnya

_______
Bila dirasakan RUGI itu?
_______
– akan dirasai ketika asar kehidupan

_______
lafi khusrin = di dalam kerugian
————–
– total, seluruhnya manusia itu rugi

————–
illa = kecuali
————–

ada 4 sifat yang perlu dicakupi secara bersama untuk ELAK dari RUGI

1- menjadi orang beriman
2- orang yang membuat amal soleh dan baik pada diri dan orang lain
3- menyampaikan sesuatu kebenaran
4- menyampaikan kebenaran dengan kesabaran

jika hanya 1 dan 2, tapi 3 dan 4 ditinggalkan ia masih dalam kerugian

nanti bila melaksanakan ke4-4 perkara ini barulah terbebas
daripada kerugian

disambung 18/4/2011
————–
Siapakah orang yang beriman itu?
————–
– iman = pembenaran oleh hati, rasa kagum atau cinta
– orang bercinta selalu ada tanda tanya pada awalnya contohnya seperti
Nabi Ibrahim yang bertanya untuk meneguhkan keyakinannya
– ia juga umpama seperti di lautan samudera kerana mahu ke daratan,
terkumpul 2 rasa, iaitu cemas dan harap, cemas dan takut agar tidak
terjatuh dalam air, namun dalam masa yang sama berharap mahu selamat ke
daratan
– percaya kepada apa yang disampaikan oleh Rasulullah

————–
Siapakah yang beramal soleh?
————–
– ayat ini datang selepas ayat ‘aamanu’
– seakan-akan jika mahu beriman mesti dibuktikan dengan amal pekerjaan
– amal = menggunakan daya fikir, daya qalbu
– tapi yang dituntut beramal itu bukan sebarang amal tetapi amal soleh
– amal soleh yang terpenuhi olehnya sebagai ibadah kepada Allah

————–
Tawasau
————–
– asal kata = wasiya = wasiat
– tanah yang wasiya – adalah tanah yang terus-menerus subur
– wasiat itu – pula adalah sesuatu urusan yang disampaikan dengan
perkataan yang lembut
– maka, tawasau itu sifatnya berterusan dan saling wasiat-mewasiati
– contoh jika Ahmad menyampaikan (mewasiat) kebenaran pada Alif,
Ahmad masih rugi jika Alif tidak mewasiatkan kebenaran kepada Ahmad,
begitu juga sebaliknya

————–
Haq
————–
– Haq – adalah sesuatu yang Mantap dan tidak berubah
– kebenaran itu tidak boleh diubah dan tidak boleh dipertikai
– apakah puncak kepada yang mantap dan tidak berubah? ALLAH

————–
maka, tawasau bil haq itu – adalah saling nasihat-menasihati sesama kita
bersangkut wasiat Allah

banyak wasiat Allah yang terdapat dalam Quran
– wasiat paling besar adalah bertaqwa kepada Allah
– ada 10 wasiat Allah dalam surah al An’am

————–
Sabar
————–
– diperlukan oleh orang muda mahupun tua, orang kaya kaya ataupun miskin
– sabar = bermaksud menahan
– sabar juga adalah KUNCI kejayaan
– orang kaya juga perlukan sabar, jangan semua benda mahu dibeli, tanpa
sebab yang munasabah
– jika orang kaya perlukan sabar, maka orang miskin lagi perlu sebab
dia belum punya banyak perkara
– jika sudah solat fardhu, masih perlu bersabar dan meneruskan solat sunat
– sabar bertujuan membantu mencapai yang terbaik dalam sesuatu yang
dilakukan
– jika tidak bersabar, ia akan tergesa-gesa yang mendekatkan kepada
sifat syaitan (‘ajl)

– sahabat-sahabat Nabi tidak berpisah melainkan dibaca terlebih dahulu
surah Al ‘Asr ini

menurut pandangan Imam Syafiei, jika tiada apa yang diturunkan surah lain,
melainkan surah ini, itu sudah cukup untuk manusia
——–
Soalan
——–

Apakah tips untuk elak menjadi orang rugi?
————–
– kaitkan segala aktiviti harian dengan Allah
– sedarilah bahawa modal kita yang paling besar adalah WAKTU

————–
Bagaimanakah memberi nasihat tanpa menyakiti hati?
————–
– ini telah diisyaratkan oleh kalimah ‘tawasau’
– asal kalimah dari ‘wasiya’ atau ‘wasiat’
– wasiat itu mesti disampaikan dengan kata-kata yang lembut dan memujuk
– meskipun berhadapan dengan penguasa yang bengis dan kejam contoh firman
Allah kepada Nabi Musa supaya berpesan kepada Firaun dengan perkataan
lembut – qaulan laiyinan

————–
Kesimpulan
————–
1. Hargailah masa/waktu
– Nabi ada memberi pesan
– seorang selama belum dikalahkan akalnya oleh nafsunya, peruntukanlah
masanya untuk Tuhan, waktu untuk meneliti dirinya (introspeksi), masa
untuk mengenai kejadian alam (mengaji ilmu), masa untuk keluarga
– masa itu dibahagi secara yang berpatutan

2. Sedarilah penyesalan tidak datang terlebih dahulu, tetapi penyesalan
itu datang sesudah akhir kehidupan

3. Tiada waktu yang sial atau waktu yang mujur, waktu adalah neutral
– tiada hari yang ong, tiada hari yang sial

Read Full Post »

Ada 3 macam suruhan Allah agar kita melihat. Tiga cara penglihatan ini perlu kita sebaik mungkin agar memenuhi maksud ‘melihat’.

Raa – lihat dengan pandangan mata kasar – sifat orang munafiq dan kafir sentiasa dapat kita lihat dengan mata kasar kita

Nazoro – melihat dengan akal dan ilmu

Basoro – melihat dengan mata hati

Seandainya, ketiga-tiga teknik melihat di atas tidak kita lakukan, maka teknik ke-4 yang dilarang Allah akan kita gunapakai dan merosakkan diri kehidupan kita, iaitu lah melihat dengan pandangan nafsu semata.

Read Full Post »

Older Posts »

%d bloggers like this: