Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Allah’

Hamba dan Tuan

Dalam-dalam diamat,
renung pada gelas berisi air penuh bersih,
perlahan-lahan diminum air masuk dalam tekak,
dalam-dalam dirasa nikmat dahaga sudah diusir pergi,
begitulah juga dalam-dalamnya rasa cinta Tuan pada hamba.

Hamba merasa sejuknya dalam pelukan Tuan,
sehari-hari hamba pergi dalam kepayahan,
Tuan lah yang meringankan malah menenangkan,

Dalam-dalam hamba baca pesanan Tuan,
Apa makna menjadi hamba?
Dalam-dalam juga hamba faham bagaimana caranya,
Moga hamba faham apa jawapannya,
juga benar amalnya.

Fauzan Ibrahim
22 Julai 2008

Read Full Post »

Hadis 1: Niat & Intipatinya

Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ibn Khattab radhiallahu anhu katanya: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahualaihi wa sallam bersabda: “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah. – Riwayat Dua imam Muhaddisin – Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al Mughirah ibn Bardizbah Al Bukhari dan Abul Husain Muslim bin Al Hujjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaburi dalam sahih keduanya.

Latar Belakang hadis:

Hadis ini telah dilafazkan oleh Nabi Muhammad pada masa seorang lelaki berpindah dari Makkah ke Madinah semasa peristiwa Hijrah demi semata-mata kerana mengahwini seorang wanita bernama Ummu Qais dan tidak berhijrah dengan sebab Islam.

(more…)

Read Full Post »

Lord Teach Us Once Again

O Lord teach us once again
O Lord teach us once again the truth
To regain the unshakable truth
From the revelation revealed
If on mountains and hills leave them shattered

O Lord make us once again
Understand what the reality of prayer is
Which combines innermost outpourings
Of soul with together with Your Response
Transmuting us into vigint intelligence and souls

(more…)

Read Full Post »

Assalamualaikum wa rahmatullah

Apa itu kepercayaan Trinity?

Secara ringkasnya, kepercayaan Trinity ialah suatu bentuk kepercayaan (iqtiqad) yang mempercayai bahawa Tuhan itu tiga (ada tiga tuhan). Iaitu terdiri daripada Tuhan Ayah (Father – Allah), Tuhan Anak (Jesus Christ), dan Ruhul Qudus (Ruh yang suci).

Di samping itu, Jesus Christ yang dimaksudkan oleh kepercayan ini adalah nabi Isa. Mereka (penganut Kristian) menganggap nabi Isa sebagai tuhan anak (anak tuhan) iaitu salah satu daripada tiga tuhan yang dimaksudkan…

Kepercayaan ini terdapat di dalam majoriti mazhab Kristian. Baiklah, kita cuba teliti apa kata al-Qur’an dan bible sendiri berkenaan kepercayaan ini…

Al-Qur’an dan Bible Menolak Kepercayaan Trinity:

Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan”. padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa Yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Al Maidah: 73)

And one of the scribes came, and heard them questioning together, and knowing that he had answered them well, asked him, What commandment is the first of all? Jesus answered, The first is, Hear, O Israel; The Lord our God, the Lord is one. (Mark – 12: 28-29, Bible Software, American Standard Version (ASV), Keluaran BibleOcean.com)

Nabi Isa Sebenarnya Adalah Salah Seorang Rasul Allah:

Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Maryam berkata: “Wahai Bani Israil, Sesungguhnya Aku ini pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab Yang diturunkan sebelumku, Iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira Dengan kedatangan seorang Rasul Yang akan datang kemudian daripadaku – bernama: Ahmad”. (As Saff: 06)

And when he was come into Jerusalem, all the city was stirred, saying, Who is this? And the multitudes said, This is the prophet, Jesus, from Nazareth of Galilee. (Matthew – 21: 10-11, Bible Software, American Standard Version (ASV), Keluaran BibleOcean.com)

Nabi Isa (Jesus) Menyatakan Hanya Allah Yang Wajib Disembah Di Dalam Bible:

Then saith Jesus unto him, Get thee hence, Satan: for it is written, Thou shalt worship the Lord thy God, and him only shalt thou serve. (Mark – 4: 10, Bible Software, American Standard Version (ASV), Keluaran BibleOcean.com)

Seruan Al Qur’an Kepada Ahli Kitab (Yahudi Dan Kristian):

Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyi kan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan. (Al Maidah: 15)

Wahai ahli Kitab! mengapa kamu campur adukkan Yang benar Dengan Yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya? (Ali Imran: 71)

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah Yang bersamaan antara Kami Dengan kamu, Iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian Yang lain untuk dijadikan orang-orang Yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”. kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka Katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu Bahawa Sesungguhnya Kami adalah orang-orang Islam”. (Ali Imran: 64)

Read Full Post »

Nyanyian Cinta

Manusia bernyanyi cinta,
Menggila mencarinya,
Racau kembaranya!

Diilhamkan pada manusia,
Sukma kefasikan dan ketaqwaan,
Beruntung bagi yang menyucikannya,
Merugi bagi yang mengotorinya!

Pada cinta itu dijiwa manusia,
Ada rasa haus dahaga,
Ada rasa panas melekit,
Ada rasa pedih sakit,
Ada rasa suka buta,
Ada rasa risau sasau,
Ada rasa sayang melayang,

(more…)

Read Full Post »

Older Posts »

%d bloggers like this: