Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Amal’

Hasil Tanganku

Image

Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Yang kekal hanya tulisanku di atas buku,
Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku,
Doakan keselamatan aku dari azab.

Read Full Post »

Assalamu’alaikum wa rahmatullah

Selalu kita membaca surah Al-‘Asr. Paling kurang, apabila di hujung majlis, kita ada membaca surah tersebut walaupun ada yang tidak faham mengapa mereka membacanya. Dalam kesempatan kali ini, mari kita memerhati apakah maksud al-‘asr yang dinyatakan dalam surah tersebut. Asas makna al-‘asr ini ialah “memerah sesuatu sehingga menitis.” Inilah yang dinyatakan oleh Ibn Faris dalam Mu’jam Maqayis al-Lughah.

Atas dasar itulah, Allah menggunakan perkataan mu’siraat sepertimana tertulis dalam surah an-Naba’ ayat 14 yang bermaksud:

[Dan Kami menurunkan dari awan (mu’siraat) , air hujan yang mencurah-curah.]

Awan ialah mu’siraat yang dikaitkan dengan perkataan al-‘asr di mana awan akan ‘diperah‘ bagi menghasilkan hujan yang turun dan dapat kita nikmati dalam kehidupan seharian. Atas roh inilah juga kita memahami al-asr atau masa umur yang Allah kurniakan pada kita. Apa yang perlu kita buat? Kita perlumemerah‘nya sekuat tenaga agar terhasil iman dan amal. Orang yang tidak memerah umurnya akan sentiasa berada dalam kerugian.

Syarahan Bahasa

Mengikut kamus Mawrid – ‘Asr diterjemah sebagai – to press (out), squeeze (out), express (cepat), compress (singkat)

Masa juga disebut Allah dalam banyak perkataan yang lain seperti:

  • as Subh – masa pagi yang bersinar – Surah al Muddastsir ayat 34 (74:34)
  • al Fajr – waktu Fajar – Surah al Fajr ayat (89:1)
  • ad Dhuha – matahari pagi – Surah ad Dhuha ayat 1 (93:1)
  • an Nahar dan al Layl – Siang dan Malam – Surah al Layl
  • al Waqt – waktu – masa yang diperuntukkan bagi melaksanakan sesuatu tugasan atau pekerjaan (an Nisa’ ayat 103)
  • ad Dahr – masa yang belum adanya manusia atau ketika manusia belum wujud dan ciptakan (al Insan 76: ayat 1)

Tetapi perkataan ‘Asr ini digunakan Allah untuk menunjukkan urgensi atau ia sangat penting, sebabnya ia berkenaan dengan maksud ‘Asr itu sendiri iaitu, ‘Asr adalah waktu yang diberikan kepada manusia sejak dia hidup lagi hingga dia mati di dunia ini untuk beribadah dan dipertanggungjawabkan kelak di akhirat.

Muhammad Shafee’: katanya ‘Asr itu perlu diumpamakan sebagai susah payah manusia untuk menjual ais. Ais itu bakal cair dan si penjual perlu menjualnya dengan cepat dan segera sebelum berakhirnya waktu operasi. Jika tidak, segala penat lelah dan usahanya itu menjadi sia-sia.

Ada beberapa kesimpulan dari ayat 1 ini, iaitu:

  1. Allah menghendaki kita melihat rantaian masa yang kita lalui
  2. Manusia selalu berada dalam kerugian, berdasarkan ayat 2 sebagai bukti, sebabnya masa itu berlalu dan pergi tanpa datang kembali

Selain itu, Allah menyatakan setelah beriman dan beramal soleh, ia tidak berhenti di situ sahaja. Perlu ada nasihat atas dasar kebenaran dan kesabaran kerana dengan kaedah ini sahajalah, kita akan mampu untuk terus beriman dan beramal. Jika tidak, ia akan mendatangkan kelesuan dan keletihan seterusnya kita gugur dalam lapangan iman amal. Marilah kita sama-sama memerhati makna al-asr yang sebenar-benarnya. Memang ‘amal perlu diusahakan. Ia tidak sepertimana cita-cita kosong (amal – dieja dengan alif mim laam). ‘Amal (dieja ‘ain mim laam) perlu diberi satu tujahan untuk menjadi realiti. Jangan lagi kita menanti dan menunggu, tetapi tujahkan diri kita agar mampu ber’amal dengan sebenarnya.

Berkenaan tafsir surah ini pula, ianya diturunkan di Mekah dan mengandungi 3 ayat serta merupakan surah terpendek dan paling ringkas dalam Al Quran.

Terdapat kisah semasa penurunan surah ini, iaitu kisah antara ‘Amr bin Al ‘As dan Musailamah Al Kazzab. Musailamah Al Kazzab bertanya pada ‘Amr:

Apa yang telah disampaikan kepada kawan kau (Muhammad) pada masa ini?

‘Amr menjawab:

Surah yang pendek dan padat.

“Apa dia?” tanya Musailamah.

‘Amr membaca:

surah-al-asr-103.jpg

Setelah mendengar ayat yang dibacakan itu, Musailamah berfikir sejenak, lalu berkata.

Hampir serupa dengan apa yang diturunkan kepada aku.

“Apa dia?” tanya ‘Amr.

Hai Wabr (kecil, mamalia berbulu mammal), Hai Wabr! Kamu hanyalah dua telinga dan satu dada dan selebihnya kamu menggali…

Apa pendapatmu ‘Amr? Musailamah bertanya.

Demi Allah! Sesungguhnya, engkau pun tahu bahawa kau ini hanya menipu dusta.

Menurut Abu Bakr Al-Khara’iti dalam bukunya Masawi’ ul-Akhlaq, Wabr itu adalah menyerupai kucing, dan benda paling besar pada Wabr adalah kedua telinganya, torsonya. Musailamah cuba meyakinkan orang lain, namun seorang penyembah berhala pun tidak mempercayai segala kata-katanya. Semua itu adalah antara sebab dia digelar Al Kazzab iaitu seorang pendusta dan penipu.

Imam At Tabrani merakamkan bahawa – apabila dua orang sahabat Rasulullah bertemu, mereka tidak akan berpisah melainkan salah seorang membaca surah ini, surah Al ‘Asr dan yang seorang lagi menyampaikan salam.

_____________________________

Baca juga:

Read Full Post »

Assalamu’alaikum wa rahmatullah

Merujuk perkara di bawah ingin mengambil perhatian sekalian pembaca bagi menjayakan Projek Rayuan Qurban Eidul Adha & Aqiqah 1428H.

Mengenai QurbanKlik

Data Pelaksanaan Projek

Aliran Agihan

Borang Qurban Eidul Adha & AqiqahKlik

Pamplet Lengkap

Read Full Post »

Assalamu’alaikum wa rahmatullah

Ketika dalam bas menuju ke kediaman lepas seharian merayau mencari buku bacaan untuk dibeli. Letih duduk di kerusi dalam bas. Dua tempat duduk. Setelah bergerak lebih 15 minit perjalanan bas, berhenti mengambil penumpang. Sebelah tempat kosong.

Naiklah ramai anak gadis, pelajar IPT kebetulan dalam laluan bas yang sama. Tiba-tiba salah seorang dari mereka duduk di sebelah dengan senang hati. Bila diperhati keliling masih ada kerusi yang kosong untuk diduduki wanita muda ini dan teman sebelahnya adalah wanita juga. Saya naik hairan.

Lantas mencadangkan wanita disebelah saya itu untuk duduk bersama kakak di sana yang masih kosong di sana. Saya bilang itu lebih bagus untuk kita berdua. Dibalasnya, “Kenapa, tak boleh ke?”. Dia bertudung dan kemas pakaiannya. Saya diam sebentar. Berpaling.

(more…)

Read Full Post »

Bacaan

midas.jpg

Bismillah

Membaca buku ini, ia menerangkan betapa sains dan teknologi itu perlu dikawal dari segi niat penggunaan dan pemanfaatannya. Terkadang dalam mengejar keuntungan dan kemewahan dari sains dan teknologi, manusia dilupakan dari memelihara maslahat ummah dan alam bumi yang diamanah Tuhan.

Baca juga 🙂 :

Read Full Post »

Older Posts »

%d bloggers like this: