Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Aqidah’

Boikot: Berkesankah?

card28

Dimulakan dengan dialog:

Setakat nak memboikot, tidak akan memberi kesan kepada yahudi, ini kerana sumber kewangan mereka sangat kukuh..mereka mempunyai penaja mereka sendiri..terus terang mereka katakan yang mereka tdk takut dengan ancaman luar, apakan lagi dengan usaha boikot kita, yg penting sekarang, kita harus bersatu untuk memusnahkan terus kaum laknatullah itu, firman Allah, “Allah tidak akan mengubah takdir sesuatu kaum itu, kecuali kaum itu sendiri yg mengubah takdir mereka sendiri”.

Begitulah ayatnya, kebanyakan komentar yang diletakkan dalam blog atau hasil tulisan penulis di seluruh Malaysia yang melancarkan boikot kepada pembaca maya mahupun kepada masyarakat awam di kampung mahupun pekedai runcit.

Ada pula berbunyi begini,

Ustaz, saya tak mahu campur bab-bab begini. Itu bukan bidang saya (saya polis).

Saya menerima respons ini dan banyak lagi yang boleh anda lihat dalam blog ini.

Apakah yang Sebenarnya Pendirian Kita?

Boikot itu adalah usaha umat Islam yang prihatin dan jelas tentang permasalahan saudara seIslam Palestin..

Ia bukan masalah 1 sen atau berapa sen nilai boikot umat Islam terhadap ekonomi mereka tetapi boikot adalah kerana ianya ISU AQIDAH pada kita, masyarakat lain boleh bicarakan hal ini sebagai isu kemanusiaan. tapi dalam bahasa kita sebagai Muslim, kita wajib faham ia sebagai isu aqidah.

KERJA KITA ADALAH BERUSAHA DENGAN IKHLAS MENGHINDARI SEGALA UNSUR-UNSUR YAHUDI DAN KUFFAR DALAM HIDUP SAMADA PEMAKANAN, HIBURAN DAN BERBAGAI LAGI..HASIL USAHA ITU ALLAH YANG MENENTUKANNYA..BUKANLAH KERJA KITA MEMASTIKAN NATIJAH-NATIJAH BAGI SETIAP USAHA ADALAH SEPERTI DIHARAPKAN KERANA SEMUA ITU ADALAH KUASA ALLAH S.W.T.

Read Full Post »

Mengenal Tuhan

Assalamu’alaikum wa rahmatullah 🙂

Entri kali ini adalah berkenaan sastera dan ketuhanan. Sasteranya adalah datang dari sastera novelan juga sastera yang agung dari Al Quran.

Sungguh hidup ini hanya bagi semua manusia hanya akan dikembalikan kepada tuhan pemilik alam. Mahu tidak mahu, percaya atau tidak, manusia itu kehidupannya akan dipulangkan kepada tuhan pemiliknya, walau ada antara sekian banyak manusia itu bertuhankan dirinya tanpa sedar dia tidak miliki apapun.

Menelusuri novel Manikam Kalbu nukilan Faisal Tehrani, saya menelah manusia itu amat sukakan kecantikan dan kemewahan dunia, namun di sudut lainnya, di dalam hatinya manusia itu inginkan bahagia yang muluk di jiwa.

(more…)

Read Full Post »

ba_01_big.jpg
Dr. Hafidzi Mohd Noor

4 Mac 2008, Utusan Malaysia

Kekejaman puak zionis terhadap masyarakat Islam Palestin tidak pernah reda. Dalam kes terbaru, Israel melancarkan serangan roket yang mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin termasuk kanak-kanak berusia sebulan.

(more…)

Read Full Post »

%d bloggers like this: