Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Baca’

Tafsir Al Misbah – An Nas
Quraish Shihab
ditulis 17/4/2011
—————

Allah mengulangi kalimah auzu (istiazah)
– demi mengajar manusia supaya selalu meminta kepada Allah
– mintalah pada Allah, dia akan beri

menggunakan 3 nama Rabb-Rabbin Nas-Malikin Nas-Ilaahin Nas
– berbza dengan surah Al Falaq yang hanya guna 1 nama Rabb
iaitu Rabbil Falaq walaupun permintaan ada 3 namun semuanya
permintaan mengelak dari unsur luaran manusia
– surah An Nas pula meminta perlindungan daripada kejahatan yang
datang dari dalam diri manusia
– ini menunjukkan kepentingan menolak kejahatan dari dalam diri
lebih mustahak

———-
al khannas
———-
– ertinya ia datang dan boleh berundur atau beredar
– contohnya syaitan itu akan dekat kepada manusia apabila dia lupa
pada Allah, tapi menjauh bila manusia ingat Allah

———-
fi sudurin nas
———-
– dalam hati manusia
– ada ulama berpendapat kalimah an nas dalam ayat ini asalnya
adalah ‘an Nasi’ iaitu pelupa kepada Allah
– sama juga dengan maksud ayat ‘wa ma kholaqtul jinna wal insa illa
liya’budun’ sebagai sebenarnya –liya’buduni— supaya menyembahku
——
Soalan
——
1.Bagaimana mahu mengelak ajakan buruk kawan-kawan?
—————————————————
– PERTAMA-jauhi berteman dengan kawan yang suka kepada maksiat,
walaupun sesudah kita menasihatinya berulang kali
– jika sekali ajakan, mungkin kita masih mampu menolak, tetapi jika
100 kali ajakan, pasti ada beberapa kita mengalah dan mengikut
jejak buruknya
-jangan memperkecilkan dosa, kerana itu bibit godaan syaitan dan manusia
kepada dosa yang lebih besar

Kenapa guna perkataan An Nas, bukan al Insan atau al Basyar?
———————————————————–
Beza kalimah Basyar, Insan dan Nas
– basyar adalah manusia yang sama mempunyai sifat fizikal yang sama
punya mata di depan, telinga ditepi, dua kaki di bawah
– insan merujuk kepada sifat peribadi dalaman contoh Nabi Muhammad
berbeza dengan Abu Bakar
– An Nas pula adalah merujuk semua manusia
-maka dengan sebab itu surah ini menggunakan kalimah An Nas

————–
Kesimpulannya
————–
1. Jika meminta perlindungan, mintalah kepada Allah, jangan selain-Nya
2. Musuh dan rayuan yang bersumber dari dalam diri manusia itu
jauh lebih besar dan lebih bahaya dari gangguan bersumber dari luar,
hati-hati dengan rayuan syaitan yang tidak dapat kita lihat dan
dia melihat anda
3. Ada godaan syaitan itu berbentuk jin ataupun manusia,
maka pilih-pilihlah teman anda

Advertisements

Read Full Post »

Iqra’

Iqra’ adalah simbol pengetahuan, sedangkan bi ismi rabbik adalah simbol agama. Iqra’ tanpa bi ismi rabbik tidak mengangkat martabat manusia dan kemanusiaan.

Read Full Post »

Sebagaimana yang dinyatakan oleh ramai ulamak bahawa terdapat perselisihan tentang hukum non muslim membaca al Quran. Namun disini saya memetik beberapa pendapat ulama-ulama silam termasuk yang dari nusantara yang bermazhab Syafii yang membolehkan mereka membaca al-Quran. Fatwa-fatwa mereka ini boleh dimanfaatkan untuk bertujuan dakwah terhadap non-muslim pada masa kini.

1. Syeikh Muhammad al-Khatib al-Syarbini menjelaskan:”Adapun orang kafir, maka dia tidak ditegah daripada membaca al-Quran, kerana dia tidak beriktikad tentang haramnya perbuatan demikian, sebagaimana kata al-Mawardi” (Mughni al-Muhtaj, jilid 1 halaman 72)

2. Pengarang kitab I’anah al-Talibin telah memetik keterangan dari kitab Busyra al-Karim seperti berikut:”maka tidak ditegah orang kafir daripada membaca al-Quran, jika dia tidak bersikap menentang dan diharap dia akan memeluk islam” (I’anah al-Talibin, jilid 1 halaman 85)

3. Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari berkata:”dan hanyasanya ditegah kafir daripada menyentuh mashaf kerana haram menyentuh dia itu terlebih muakkad dengan dalil haram menanggung dia serta hadas dan haram menyentuh ia dengan najis bersalahan dengan membaca Quran kerana harus membaca dia serta hadas dan harus membaca dengan mulut yang kena najis” (Sabil al-Muhtadin, jilid 1, halaman 112)

4. Syeikh Daud al-Fatani berkata:”dan keluar dengan kata muslim orang kafir maka jangan ditegahkan dia daripada membaca Quran kerana tiada iktikad akan haramnya tetapi jika kita harap akan islamnya” (Bughyah al-Tullab, jilid 1, halaman 49)

Nyata dari 2 buah buku iaitu I’anah al-Talibin dan Bughyah al-Tullab bahawa non muslim boleh membaca al Quran dengan maqasidnya kita mengharapkan kefahaman mereka terhadap Islam.

Pandangan ini dikira cocok dengan yang dipegang oleh ramai ulamak dalam gerakan Islam di Malaysia kini terutamanya TG Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dan ia pun agak mesra dengan kehendak ramai non muslim yang berminat sebagaimana kenyataan dan tulisan mereka dalam akhbar.

Namun oleh kerana ia dikira merupakan antara perkara khilaf maka prinsip adab ikhtilaf mesti kita hormati.

Wallahua’lam.

Baca dan Manfaatnya

Read Full Post »

Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah syukur, dalam pada masa anda menuruni scroll browser internet anda, walaupun bukan di laman ini, anda telah melakukan proses pembacaan. Mudah-mudahan kita mendapat manfaat.

Tujuan pertama saya telah pun berjaya dengan mengjak ramai pengguna internet turut sama merangsang minda dan ingatan. Tidak dilupakan tujuan dan manfaat di dunia online, hasil sebenarnya diterjemahkan ke dalam dunia offline. Kadangnya terdapat golongan yang mendekati dunia online ini sebagai salah satu punca rezeki yang membina jambatan persaudaraan, budaya dan tamadun pengetahuan.

Hakikat Pembacaan

Suruhan Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah Al ‘Ala yang menegaskan dalam ayat pertama sekali tentang perihal MEMBACA, kata Allah itu dimulakan dengan kata suruhan yang difahami dengan penegasan iaitu BACALAH disambung pula dengan DENGAN NAMA TUHANMU. Begitulah literasi umum yang dapat dibuat dari ayat tersebut.

Pernah seorang pengurus syarikat konsultan iaitu Encik Arifin Hassan menyatakan kepada golongan muda (yanag mendengar pesanannya ketika itu) mengatakan bahawa suruhan IQRA’ atau BACA itu dalam dunia global kini bermaksud, YAHOO SEARCH lah, GOOGLE lah dan sewaktu dengannya.

Pernah juga sahabat saya menyatakan bahawa suruhan ini bermaksud pada dirinya, ‘membaca’ keadaan sekeliling dan juga ‘membaca’ peluang yang wujud untuk dimanfaatkan pada mendatangkan kebaikan dengan cara yang paling baik.

Ingatlah juga, seseorang yang tugasnya mengkaji atau menyelidik itu dikira juga sebagai ‘pembaca’ sebabnya dia dapat membaca dan menterjemahkan budaya yang dikaji dan dapat pula dia menyampaikan apa yang dikaji kepada khalayak. Ini salah satu aspek penting dalam kita memahami falsafah membaca.

Wallahualam, apapun jua pemahaman dan pentafsirannya, perlu diingat bahawa kita mesti ‘membaca’ dengan nama Allah demi memperolehi manfaat ‘membaca’ dengan hakikat yang sebenar dan adil bagi diri kita dan orang lain.

Dengan kata lainnya, membaca itu salah satu tool atau skill yang Allah sarankan kepada manusia bagi memperolehi ilmu dan manfaat dunia serta akhirat pastinya.

Sebolehnya kita mesti membaca supaya mendapat kefahaman yang dikehendaki Allah. Maka itu akan dinamakan ‘membaca dengan nama Tuhan’.

25 Julai – 3 Ogos 2008, Kompleks PKNS Selangor – klik sini.

Fenomena & Manfaat Membaca

(more…)

Read Full Post »

Bacaan

midas.jpg

Bismillah

Membaca buku ini, ia menerangkan betapa sains dan teknologi itu perlu dikawal dari segi niat penggunaan dan pemanfaatannya. Terkadang dalam mengejar keuntungan dan kemewahan dari sains dan teknologi, manusia dilupakan dari memelihara maslahat ummah dan alam bumi yang diamanah Tuhan.

Baca juga 🙂 :

Read Full Post »

%d bloggers like this: