Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Bahasa’

mekar-benar.jpg

Kredit kepada pelukis

Mereka telah bangkit
Dari buku yang dibacanya
Dari tembok yang melindunginya
Dengan bendera dan lilit kepala.

Mereka telah bersuara
Dari bumi tanahair yang subur
Demi ISLAM YANG MENGAJAR HIDUP BERANI
Demi janji yang kini telah dimungkiri.

Mereka sekarang telah bangkit
Ditengah-tengah gelombang zaman
Dari keperibadian yang telah ditindas
Untuk masa depan warisan keturunan.

Dari BAHASA lidah zaman hidup kita
Kebangkitan ini dipancang detik batu-tanda
Untuk pelaksanaan SATU BAHASA
Yang berdaulat menyinar mutiara.

( Puisi ini telah ditulis pada tahun 1967, kira-kira 41 tahun dahulu oleh seorang manusia berjiwa halus yang bernama Usman Awang @ Tongkat Warrant @ Sasterawan Negara Malaysia. Kata-kata yang sungguh relevan sampai ke hari ini. Semoga Roh Allahyarham Dato’ Usman Awang dicucuri rahmat oleh Allah Subhanahu wa Taala. Al Fatihah… )

Ya Allah, moga aku tergolong dari kalangan -mereka-!

Advertisements

Read Full Post »

Assalamualaikum ๐Ÿ™‚

(Perhatian: Saya bukan ahli sastera tapi mula berjinak & ingin memahami apa itu ilmu yang boleh diperolehi dari sastera dan ilmu persuratan-saya sebagai pembaca biasa yang mahu belajar dan mahu menyebar yang baik dan segar)

Tulisan ini cuba melihat & menelaah isu-isu mutakhir melalui penulisan novel Faisal Tehrani atau Mohd Faizal bin Musa bertajuk Tuhan Manusia. Sesudah dinukilkan Bila Tuhan Berbicara (novel drama), Faisal Tehrani tampil dengan novel berat berkisar persoalan kehidupan manusia yang memerlukan Tuhan.

Ayat keramat dari Al Quran sering diulangkali demi mengajak para pembaca menanggapi Tuhan manusia itu satu dan tidak boleh pada masa yang sama menjadi tiga atau lebih, hanya Satu.

Ayat ini berluang:

ANDAI kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama.

(more…)

Read Full Post »

%d bloggers like this: