Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Boikot’

Boikot: Berkesankah?

card28

Dimulakan dengan dialog:

Setakat nak memboikot, tidak akan memberi kesan kepada yahudi, ini kerana sumber kewangan mereka sangat kukuh..mereka mempunyai penaja mereka sendiri..terus terang mereka katakan yang mereka tdk takut dengan ancaman luar, apakan lagi dengan usaha boikot kita, yg penting sekarang, kita harus bersatu untuk memusnahkan terus kaum laknatullah itu, firman Allah, “Allah tidak akan mengubah takdir sesuatu kaum itu, kecuali kaum itu sendiri yg mengubah takdir mereka sendiri”.

Begitulah ayatnya, kebanyakan komentar yang diletakkan dalam blog atau hasil tulisan penulis di seluruh Malaysia yang melancarkan boikot kepada pembaca maya mahupun kepada masyarakat awam di kampung mahupun pekedai runcit.

Ada pula berbunyi begini,

Ustaz, saya tak mahu campur bab-bab begini. Itu bukan bidang saya (saya polis).

Saya menerima respons ini dan banyak lagi yang boleh anda lihat dalam blog ini.

Apakah yang Sebenarnya Pendirian Kita?

Boikot itu adalah usaha umat Islam yang prihatin dan jelas tentang permasalahan saudara seIslam Palestin..

Ia bukan masalah 1 sen atau berapa sen nilai boikot umat Islam terhadap ekonomi mereka tetapi boikot adalah kerana ianya ISU AQIDAH pada kita, masyarakat lain boleh bicarakan hal ini sebagai isu kemanusiaan. tapi dalam bahasa kita sebagai Muslim, kita wajib faham ia sebagai isu aqidah.

KERJA KITA ADALAH BERUSAHA DENGAN IKHLAS MENGHINDARI SEGALA UNSUR-UNSUR YAHUDI DAN KUFFAR DALAM HIDUP SAMADA PEMAKANAN, HIBURAN DAN BERBAGAI LAGI..HASIL USAHA ITU ALLAH YANG MENENTUKANNYA..BUKANLAH KERJA KITA MEMASTIKAN NATIJAH-NATIJAH BAGI SETIAP USAHA ADALAH SEPERTI DIHARAPKAN KERANA SEMUA ITU ADALAH KUASA ALLAH S.W.T.

Read Full Post »

Kebiadapan adalah ketamadunanmu
kedegilan dlm keengkaran adalah akhlakmu
merosakkan bangsa lain adalah dakwahmu
memang kau bangsa keji
merampas hak orang lain tanpa sepalit malu
mengakui hak orang lain tanpa segan silu
menjadi bangsa dagang warganegaramu
ke mana jua kau pergi
pasti laknat mengiringi
kerana kau bangsa tidak boleh dipercayai
Sesungguhnya tinta nukilan sejarah telah terpahat
tidakkan berubah sampai bila-bila
kau kini terhimpit tersepit
bukan kerana tohmahan dunia yang bersatu menentangmu
kerana itu bisa kau tangani dgn duniawi
namun yang sangat kau takuti
adalah sumpahan Ilahi terhadapmu
ketakutanmu jelas kelihatan
memusnahan apa sahaja tanpa ehsan
Kau bunuh pemuda agar perjuangan dilumpuhkan
Kau bunuh anak-anak kecil agar bangsa palestin dilenyapkan
Kau hancurkan bangunan, kemudahan
agar negara Palestin diratakan
dan tiada lagi ketamadunan dan kerajaan..
Tapi kau terpedaya..
dan sememangnya dari dulu kau kaum terpedaya
dengan keegoaanmu kau tuli dan buta
bahawa empunya cakerawala ini Maha Empunya
Dia Mencipta dan Dia Memelihara
Hanya DIA Pemusnah Hakiki
kerna aku pasti kau mengetahui
kisah Aad, Kisah Tsamud, Kisah Luth
yang pasti kau akui..
Ketakutanmu makin bermaharajalela
walau kau cuba sembunyikan
namun terserlah dari perbuatan
kerana
makin byk kau musnahkan
tentera Islam masih mampu bertahan
makin berkobar semangat ingin terkorban
makin banyak kau gempur beribu kematian
makin banyak pula yang akan dibangkitkan
dan dilahirkan
dan kau sebenarnya keletihan…
kerana dengan senjata yang kau miliki
dengan kemudahan yang kau adakan
kau masih belum mampu menewaskan
rakyat Palestin yang berjuang bermati-matian
walau mereka hanya bersenjatakan
batu-batu ditangan..
tanpa pesawat bersenjata
namun roket mereka tetap meluncur jauh tanpa kau sangka
ternyata perancanganmu menuju kekalahan
dan kau tidak dpt lagi bersembunyi
disebalik kehebatan dunia
disebalik kehebatan senjata
kerna Agama ni ada Pemeliharanya
yang tiadakan padam dgn apa jua usaha
kerana Islam pasti menang
sama ada kau suka atau sebaliknya
Kau lihat mayat bergelimpangan
petanda kejayaan dipihakmu
namun penilaianmu ternyata sebaliknya
kerana yang bergelimpangan itu jasadnya
sedang rohnya sedang terbang menuju syurga
itulah kemenangan yang dihajati
kerana umat Islam berjuangan utk mati
merindui nikmat hakiki di negeri abadi
Tapi kau?
Kau akan terus terseksa dengan sumpahan buatmu
walau gah dirimu khabarkan kepada dunia
bahawa dirimulah yang paling berkuasa
sebenarnya kau hanya menutupi pekung didada
kerana sudah tersurat dalam kepercayaanmu sendiri…
bahawa kau pasti akan dikalahkan
dan Islam pasti dimercu kejayaan
sehingga kau akan menjadi pelarian
sehingga kau akan bersembunyi ketakutan
Wahai saudara seagamaku di atas muka bumi ini
sedarlah kita bahawa jihad di Palestina
adalah jihad buat kita
jihad yang Allah tunjukkan terang-terangan
jihad sebenarnya menyerah nyawa dan badan..
dimedan pertempuran
tanpanya sudah pasti kita semakin alpa
tanpanya sudah pasti generasi berikutnya
tidak kenal erti perjuangan jihad dimedan peperangan..
usah ada lagi suara-suara sumbang
Palestin wajar menerima balanya
kerana dosa-dosa mereka
kerana perpecahan di kalangan penduduknya..
sebelum kau dendangkan lirik hujah yang pincang itu
aku ingatkan agar kau telusuri dulu sejarah lalu
kau selidiki fakta-fakta
kerana berjuangnya mereka
demi tanah air yang dirampas
demi masjid suci yang diceroboh
demi maruah uamat Islam yang diinjak
kerana kebiadapan yang disengajakan
kerana hak-hak kemanusiaan yg ditertawakan
oleh kuncu-kuncu zionus laknatullah!
apa yg ada pada mereka selain mempertaruh nyawa?
daripada diratah mentah
baik syahid bermandi darah!
kerana bahasa mereka bukan bahasa perdamaian
bahasa yang difahami mereka adalah bahasa senjata
dan untuk umat Islam menang atau terkorban
kerna itulah sahaja 2 pilihan
Apakah kita masih rela berpangku tangan?

Ummu Anis
180109
11.30pm

Read Full Post »

palestina

Asal dari:

http://rohahassan.blogspot.com/2009/01/tabung-palestine-muhammad-danial-sufi.html

Assalamualaikum wbt…

Ini adalah secebis kisah seorang anak kecil berumur 4 tahun 11 bulan dalam menyampaikan rasa simpatinya pada “kawan-kawan”nya di Palestine.

Muhammad Danial Sufi memang tidak mengerti tentang apa yang berlaku di Gaza, Palestine. Untuk memahamkan dirinya tentang apa yang berlaku juga memerlukan cara dan pendekatan yang sesuai. Namun selepas difahamkan, dia cuba memahami dan membantu mengikut cara dan kemampuannya sendiri.

Dikongsikan beberapa perkara bagaimana Danial meluahkan rasa simpatinya pada “kawan-kawan” di Palestine.
1. Kesian kawan-kawan Danial kena bunuh
Kami tidak pernah melepaskan peluang mengikuti perkembangan di Gaza melalui kaca TV. Setiap kali paparan kanak-kanak Gaza, Palestine di bunuh, Danial pasti akan berkata, “Kesian kawan-kawan Danial kena bunuh”.
2. Tutuplah radio
Tiba-tiba satu hari semasa dalam perjalanan mengambil Acu, Danial menyuruh Anjang mematikan radio. Ketika itu berita tentang pencerobohan Israel sedang dibacakan. Kata Danial, “Asyik asyik Israel! Israel! Kesian Palestine” Anjang sendiri terkejut. Macam mana anak ini boleh bercakap macam ni. Agaknya dia dengar apa yang Anjang bincangkan dengan Acunya dan kawan-kawan. Cepatnya Danial belajar!
3. Jom pi McDonald
Untuk memahamkan kanak-kanak ini tentang kempen boikot McDonald bukanlah mudah. Anjang dan Acu jenuh menerangkan kepada dia. Kelakar juga mengingatkanya. AlhamdulilLah akhirnya Anjang dapat idea, kata Anjang, “Danial tak boleh beli burger McDonald”. “Kenapa? tanya Danial kurang gembira. Aduh…susahnya Anjang nak terangkan kepada Danial. Fikir punya fikir, Anjang bagi tau Danial, “Sebab dia bagi duit kat Israel yang bunuh kawan-kawan Danial yang macam kat TV tu”. Lepas tu Danial diam seketika semacam faham.
Tiba-tiba Danial pandang wajah anjang dan berkata, “Jom kita pi McDonald” ajak Danial. “Alamak” kata Anjang dan Acu, “Kan tadi dah bagi tau tak boleh beli burger McDonald” Tegas Acunya. Jawab Danial pula dengan selamba, “Memang la…, tapi Danial nak pi McDonald bukan nak beli burger! Danial nak bagi tau Kakak kat McDonald tu, jangan bagi duit kat orang yang bunuh kawan-kawan Danial tu…” ha..ha..ha..anjang dan acu tergelak sama-sama mendengar jawapan Danial yang tak terfikirpun oleh kami.
4. Tabung Palestine Danial


Dengan harga RM5 satu tabung, kami telah membeli 2 tabung untuk membolehkan Anjang dan acu mendidik Danial menabung untuk Palestine. Maka Danialpun mulalah menabung, untuk diberikan kepada “kawan-kawan” Danial di Palestine. Bukan main sibuk lagi Danial memindahkan duit syiling Anjang dalam balang ke dalam Tabung Palestine Danial…wah. wah.wah. Danial kata nak hantar ke JIM bila Tabung penuh!
Anjang doakan semoga Danial akan terus memiliki sifat keprihatinan dan simpati pada “kawan-kawan”nya di Gaza, Palestine sehingga dewasa. Juga diharapkan Danial dan kawan-kawannya lah yang akan memperjuangkan nasib Palestine atau mana-mana negara dan umat islam jika dizalimi dizaman mereka kelak.
Apa-apapun, jauh disudut hati mendoakan segala penderitaan rakyat Palestine berakhir segera dengan kemenangan di pihak yang hak!
Selain dari itu, jom ajak anak-anak, adik-adik, murid-murid, ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran-jiran kita menabung untuk Palestine!
~ Roha Hassan~
240109

Read Full Post »

Kenapa Perlu Boikot Israel & Sekutunya?

Boikot kepada produk dan perniagaan Israel dan sekutunya adalah merupakan usaha kita sebagai pengguna untuk memilih keperluan yang sentiasa menjurus kepada terhapusnya kekejaman dan kezaliman Israel terhadap bangsa Palestin.

Usaha tersebut harus dilihat sebagai salah satu langkah protes secara aman dan adil, justeru memberi tekanan di peringkat antarabangsa terhadap rejim teroris Israel sepertimana yang pernah dilakukan oleh mesyarakat dunia terhadap rejim aparthied Afrika Selatan dengan jayanya.

Adakah kita memboikot semua kaum Yahudi?

Tidak. Usaha boikot tidak sekali-kali ditujukan kepada agama mahupun etnik tertentu. Boikot hanya ditujukan kepada entiti perniagaan yang secara langsung dan jelas menyokong, terlibat atau membantu penindasan terhadap Palestin.

Kita tidak membezakan antara penyokong Israel – sekiranya sebuah perniagaan yang dimiliki seorang Muslim dengan jelas menyokong kekejaman Israel, ia perlu diboikot sama sepertimana entiti perniagaan yang lain.

Apakah boikot satu tindakan yang adil dan dibenarkan?

Dewan Perniagaan dari seluruh pelusuk dunia, termasuk UNISON, iaitu dewan perniagaan terbesar di United Kingdom dengan keahlian sebanyak 1.4juta mengesyorkan tindakan boikot terhadap semua produk Israel. Pertubuhan Kristian, termasuk Christian Aid, telah bersatu dalam usaha boikot ini, malahan mereka menyeru kepada pemansuhan perjanjian perdagangan Eropah-Israel. Beberapa pertubuhan Yahudi seperti B’Tselem dan Gush Shalom telahpun melancarkan usaha boikot mereka sendiri kepada produk Israel.

Bagi masyarakat Islam, tokoh-tokoh Ulama terkenal dari berbagai latar-belakang menyokong usaha ini dan memberi fatwa yang jelas terhadap tindakan boikot ini. Antaranya, Sheikh Yusuf al Qaradawi berkata:

Setiap riyal, dirham… yang digunakan untuk membeli produk mereka akan akhirnya menjadi peluru-peluru yang digunakan untuk menembak saudara-saudara dan anak-anak di Palestin. Oleh itu, adalah menjadi kewajiban untuk tidak sekali-kali membantu (musuh Islam) dengan membeli produk mereka. Membeli produk mereka adalah menyokong tirani, penjajahan dan kekejaman.

(more…)

Read Full Post »

Lakukan Sesuatu – UntukMu Palestin

banner-2

Jan 2009

Yusuf Al Qardhawi mewartakan Fatwa: (terjemahan bebas ana, kefahaman dari Dr. Hafidzi – wakil HAMAS di Malaysia)

Setiap orang dari kalangan Muslim wajib lakukan sesuatu untuk berusaha ke arah menyelamatkan saudara mereka di Palestin

Kefahaman: Lakukan Sesuatu? – bermaksud dengan segala keupayaan yang ada:

  1. bercakap – 1 to 1 person
  2. ceramah – di masjid, kilang, surau, IPTA/S
  3. jualan produk kesedaran – Tshirt/badge/ video/buku/ car boot sale
  4. buat video palestin
  5. infaq wang, duit – PALING MUDAH – boleh setiap hari
  6. bantu kawan yang mendokong usaha memerdekakan Palestin
  7. Karnival – pelbagai games peringkat umur
  8. Menulis – Blog, website, youtube, artikel suratkhabar
  9. Lukisan – Kartun Movie, Komik
  10. Lakonan – boleh divideokan, pementasan, drama, skrip kan ia
  11. Translator – terjemahkan berita sumber sahih berbahasa arab dari sumber dipercayai
  12. Rekrut Diri – sebagai Palestine Speaker/ilmu Islam yang sahih
  13. Flood Message – to US & Egypt Embassy
  14. BAJU – bersopan dan PAKAI baju bermesej ‘BEBASkan PALESTIN’ – pun mudah – remaja dan famili suka
  15. Kaunter Penerangan – kaunter Penerangan/pasar malam/shopping complex/FAQ session
  16. BOIKOT produk Amerika- jangan beli langsung – atau – ‘buy american last’
  17. DAN BANYAK LAGI…ANDA AKAN LEBIH KREATIF JIKA ANDA BENAR-BENAR MAHU

Read Full Post »

Older Posts »

%d bloggers like this: