Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Communication Skill’

Bismillah saya mulakan.Mengajar di sekolah tekanan dan bebanannya lebih terasa di sekolah berbanding mengajar di pusat tuisyen.Bagaimana menguruskan tekanan ini?

Saya ketemu ia dalam ayat 6 surah Al Fatihah. Ihdinas sirat al mustaqim. – tunjukkan kami jalan yang lurus.

Berdoa, itu penerangan mudahnya.
Sewaktu mengajar sekalipun hati kita perlu sentiasa berdoa agar apa yang diajar dapat difahami. Dapat pelajar kita mengamalkannya.

Apa yang dituntut dalam ayat 6 al Fatihah ini?
1. Teknik menyelami minda
2. Teknik mengetahui punca sesuatu perkara/masalah/perselisihan/kesempitan
3. Teknik ‘give and take’ antara guru dan pelajar
4. Teknik memohon kekuatan dari yang Maha Kuasa/Kuat

Bagaimana itu?
1. Teknik menyelami minda

Ayat 6 ini mengajar saya bagaimana mahu menyoal dengan berkesan kepada pelajar. Bukan sekadar ilmiah berkait intelek, malah ia turut membawa emosi disebalik pengajaran. Contohnya, ‘Bagaimana kita boleh tunjukkan kita sayangkan Rasulullah?’, atau ‘Apa hobi awak sewaktu di rumah selepas habis persekolahan?’

2. Teknik mengetahui punca sesuatu

Kaedah ini memerlukan kita sedia mendengar dan bertanya dengan efisyen. Kita bertanya secara personal dan bersemuka. Inilah waktunya pelbagai punca akan dapat kita ketahui. Contohnya perkara seperti – Apakah yang mengganggu pelajar kita daripada fokus dalam kelas? – Apakah masalah yang merunsingkan minda pelajar? –

Hal ini membantu pelajar menjadikan kita rujukannya.

Dengan kata lain. Kita membantu mereka menguruskan emosi dan gelora jiwa.

Formula Berjaya ada dalam Al Fatihah – Perinciannya ada di dalam surah seterusnya.

3. Teknik ‘give and take’

Pelajar dan guru sebenarnya memerlukan satu sama lain. Itupun tanpa mereka sedar sebenarnya mereka sangat memerlukan. Dalam konteks berinteraksi, ia berlaku.

Dalam sistem pendidikan universiti, di akhir setiap semester, pensyarah akan memberikan helaian banci atau soal selidik kepada pelajar. Ini bertujuan untuk menyemak setakat mana silibus yang diajar difahami. Disamping itu komen pelajar perlu dibuat kepada si pengajar.

Namun, kaedah di atas sedikit kaku dan tidak mesra atau tidak semulajadi – natural.

Lebih bagus semasa kelas pertama itu diterangkan apa peraturan dan syarat semasa belajar. Lebih tepatnya – Adab Belajar dan menuntut ilmu.

Seterusnya mintalah pandangan pelajar, bagaimana caranya guru boleh membantu mereka dalam kelas. Samada diberi nota, tayangan video, soalan berterusan atau sebagainya.

4. Teknik memohon kekuatan dari Yang Maha Kuasa/Kuat

Sesungguhnya teknik ini adalah teknik yang paling banyak dilakukan di setiap sekolah. Ianya adalah BERDOA. Sesekali kita perlu berdoa bersama pelajar. Dan sesekali juga kita perlu meminta pelajar memimpin bacaan doa.

Doa yang dibacakan bukan doa umum tapi doa khusus.

Contoh?

‘Ya Allah, kau berikanlah kefahaman keda kami pelajar 2 Mutiara berjumlah 39 orang ini. Berikan kami ketenangan minda.’

Sebutkan nama juga jika perlu. Tanpa kita mengaibkan nama yang disebut. Doakan yang baik dan berikan semangat dalam doa tersebut.

Doa lah mengembalikan tautan hati dan niat asal kita belajar dan mengajar.

Allahualam

Baca dan dengar juga laman ini:

Read Full Post »

Perbezaan ketara yang mewarnakan dunia generasi muda hari ini telah disenaraikan oleh Dr. Gary Chapman di dalam bukunya, ‘The Five Love Languages of Teenagers’. Menurut beliau, generasi muda hari ini mempunyai lima perbezaan ketara jika dibandingkan dengan generasi silam, sebagaimana yang disenarikan di bawah ini:

  1. Kemajuan dalam teknologi (Advancement in technology)
  2. Pengetahuan dan pendedahan terhadap unsur keganasan (Knowledge of and exposure to violence)
  3. Keluarga yang berpecah-belah (The fragmented family)
  4. Pengetahuan dan pendedahan terhadap unsur seks (Knowledge and exposure to sexuality)
  5. Nilai moral dan agama yang neutral dan longgar (Neutral moral & religious values)

Nyata bahawa segala perbezaan ini membawa sedikit sebanyak kepada kelainan perspektif dan nilai pandang kepada generasi hari ini terhadap erti kehidupan dan persoalan diri. Gaya hidup penuh materialistic dan hedonistic menumpulkan daya tahan generasi muda untuk menggunakan ketajaman akal fikiran merenung jauh ke hadapan dan juga ke dalam dirinya sendiri. Aspek spiritual dan agama dianggap sesuatu yang abstrak dan sukar digambarkan. System nilai yang mengawal tingkah laku dan perbuatan dikira sebagaiu sekatan dan kongkongan kepada kebebasan diri yang perlu diekspresikan sepanjang waktu. Generasi muda rimas melihat kepayahan hidup yang sempit dan menekan, lantas mahu bebas lepas tanpa batasan dan peraturan.

Read Full Post »

Percayalah dan Bersedialah… pasti akan berlaku dalam hidup kita pelbagai silap faham dan tidak sama pendapat. Kenapa? Sebabnya kita semua tidak sama tahap kefahamannya terhadap sesuatu perkara.

Namun percaya lah juga… bahawa kita semua yang berselisih dan silap faham tadi akan saling tegur, mengenai kesalahan atau idea yang kurang bernas dalam perbincangan dan mencari solusi sesuatu letak perkara yang dibincangkan.

Tujuan Menegur

“Kau tegur aku atau kau marah aku?”

“Engkau mahu nasihatkan aku atau engkau mahu tohmah caci aku?!”

Dialog di atas cukup menjengkelkan dan ia sering berlaku kepada kita bahkan.

Si penegur atau tukang beri nasihat perlu jelas bahawa perbuatannya hanya satu, tawasau bil Haq wa tawasau bis Sabr. Membetulkan kesilapan dengan memahamkan kebenaran dan mendamaikan dengan kesabaran.

(more…)

Read Full Post »

%d bloggers like this: