Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Cuti’

Assalamu’alaikum wa rahmatullah ๐Ÿ™‚

Kebiasaan anak akan bertanya, “Apa yang akan kita buat waktu cuti sekolah nanti ayah (atau ibu)?”. Si ayah atau ibu yang kurang periksa akan tergamam atau menjawab dengan bersahaja, “Duduk lah kamu di rumah ulangkaji apa yang patut.” Si anak memuncungkan bibir.

Sebaliknya, ayah atau ibu yang proaktif pula menjawab, “Ha, itu kamu jangan risaukan, ayah dan ibu dah rancangkan program menarik untuk kita sekeluarga”. Si anak tersenyum tahu kedua orang tuanya punya agenda ‘surprise’ untuk dirinya.

Ada perbezaan bagi kedua-dua situasi tersebut.

Jikalau ini tidak berlaku atas sebab yang kritikal. Mungkin anda si pembaca yang menyandang tanggungjawab selaku ahli keluarga iaitu sebagai abang, kakak, adik, pakcik, makcik yang berkelapangan dan kreatif, ciptalah suasana yang meriah di rumah atau adakan aktiviti menarik seperti melancong jika punya wang lebih. Boleh juga disemarak dengan aktiviti gotong royong mengecat dan mengemas rumah, membersih semak di ladang dusun datuk nenek ataupun adakan projek rumah seperti mengumpul bahan kitar semula untuk jualan.

Pelbagai perkara dapat dilakukan sewaktu cuti sekolah. Bukan hanya terpaku di depan komputer atau menonton video filem dan menambahkan jam tidur sebagai alasan ganti tidur yang kurang akibat belajar.

Amat penting hubungan sesama keluarga dipupuk. Ada bahasa indah dapat dipelajari dari kehidupan bersama keluarga. Ianya hanya mungkin sekali seumur hidup. Bayangkan pula mereka yang tidak punya keluarga dan sanak saudara untuk berbual. Tiada orang untuk dipanggil anak atau anak saudara. Atau juga tiada insan yang boleh diteriak datuk atau nenek.

Bersyukurlah dan rancanglah untuk bahagia!

Read Full Post »

%d bloggers like this: