Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Gaza’

Dipetik dari IniJalanKuUstaz Abd Halim Abdullah

Dikala ramai pihak dan masyarakat dunia menyaksi dan menunggu PBB, Kuasa-kuasa Besar Dunia, pemimpin-pemimpin negara-negara Arab dan Islam bersidang dan bersidang, beresolusi demi resolusi tapi diveto demi veto, cara tulin dan sebenar memerdekakan Palestin dari penjajahan Yahudi sejak 1947 ialah melalui kejelasan sikap, berpegang kepada Prinsip-prinsip dan mengibarkan panji-panji Jihad. Inilah prinsip gerakan HAMAS dan jemaah Ikhwan Muslimin yang dipilih oleh majoriti rakyat Palestin.

Prinsip-prinsip jamaah Ikhwan Muslimin boleh kita fahami dari tulisan-tulisan pengasasnya, Al-Iman Asy-Syahid Hasan Al-Banna dan juga melalui kenyataan-kenyataan pemimpin-pemimpin tertingginya atau para Mursyid-mursyid Am mereka. Oleh itu saya kira adalah penting menyampaikan kenyataan Ustaz Mahdi Akef, Mursyid Am Ikhwan Muslimin berhubung dengan apa yang sedang berlaku di Gaza. Kepada Allah jua kita memohon pertolongan dan kemenanganNya. Ameen.

Kenyataan Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Ustaz Mahdi Akef tentang apa yang sedang berlaku di Gaza.

Dengan Nama Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan mereka yang berwalak kepadanya (Walak = tempat kecintaan, rujukan dsb. – pent.)..

Firman Allah swt bermaksud, “Allah menetapkan, ‘Sungguh Aku akan memenangkan (agama) Aku dan Rasul-rasulKu. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, Maha Perkasa” (Al-Mujadalah:21). “Sesungguhnya Kami akan memenangkan Rasul-rasul Kami dalam kehidupan di dunia dan di hari dibangkitkan saksi-saksi” (Ghafir:51). Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Akan terus dari umatku mereka yang terang-terang atas kebenaran. Tidak akan memudharatkan mereka oleh orang-orang yang memusuhi mereka sehingga datang ketetapan Allah, sedang mereka dalam keadaan sedemikian’. Sahabat bertanya, ‘Dimanakah mereka’. Rasulullah saw menjawab, ‘Mereka di Jerusalem dan disekeliling Jerusalem (Palestin)’.

(more…)

Read Full Post »

Khutbah Jumaat Gaza Diserang

qunut-nazilah

Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan merekaYa Allah,Leburkanlah kumpulan mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan merekaGoncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah, Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.

Teks Khutbah Jumaat 2 Januari 2009

Awal tahun baru hijrah 1430H menyaksikan satu lagi tindakan biadap  rejim zionis Israel.  Rakyat Gaza yang menderita sejak 18 bulan yang lalu akibat penutupan sempadan oleh Israel sehingga terputus bekalan makanan dan ubat-ubatan kini menghadapi  seranga bertubi-tubi Israel dengan menggunakan jet-jet pejuang F-16 dan helikopter penggempur Apachee ke atas sasaran awam. Bilangan orang awam di Gaza yang terbunuh kini telah mencecah lebih dari 300 orang dan Lebih 1500  orang mengalami kecederaan. Bilangan kematian dikalangan rakyat Palestin akan terus meningkat kerana masih ramai mangsa yang tertimbus dalam runtuhan bangunan. Serangan juga akan diteruskan oleh Israel tanpa ada tanda-tanda ia akan dihentikan. Bahkan pasukan darat tentera Israel juga sedang bersedia di perbatasan Gaza dan akan melancarkan serangan besar-besaran pada bila-bila masa. Sudah tentu ini akan meningkatkan lagi kemusnahan, dan kematian di kalangan penduduk Gaza.

Allah Ta’ala berfirman:

(more…)

Read Full Post »

Assalamu’alaikum wa rahmatullah

Januari

PBB mulai melaksanakan operasi meningkatkan pemakanan kanak-kanak dan wanita di wilayah selatan Balochistan, sumber utama minyak dan gas pakistan. Sasarannya ialah kira-kira 100,000 kanak-kanak dalam tempoh 6 bulan.

Peperangan di Somalia – ribuan rakyatnya keluar negara untuk mendapatkan perlindungan.

22 Januari – Letupan di pasar Baghdad yang meragut 88 nyawa.

April

11 April – Letupan bom lagi, kali ini di Algiers, ibu negara Algeria yang meragut sekurang-kurangnya 33 nyawa dan mencederakan 222 orang.

16 April – Pelajar berbangsa Korea menembak melulul dan membunuh 32 pelajar lain di perkarangan Virginia Polytechnic Institute dan State University di Blackburg, Virginia. Satu sejarah pembunuhan yang terbanyak dalam sehari di Amerika Syarikat.

25 April – Cubaan gembala kambing mendirikan bangunan tertinggi di dunia. Kiamat makin dekat? Burj Dubai mencecah ketinggian menara Sear dalam menuju menjadi pencakar langit tertinggi di dunia.

Mei

15 Mei – Kerajaan campuran Fatah dan Hamas pecah. Pergaduhan di antara penyokong tercetus di Segenting Gaza.

20 Mei – Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid al Maktom membuat sedekah paling banyak dalam sejarah moden dunia dengan pemberian berjumlah kira-kira 36 bilion kepada yayasan pendidikan Asia Barat.

Julai

3 Julai – Hujan lebat menyebabkan banjir buruk paling teruk yang pernah dialami Sudan dalam sejarah.

Ogos

1 Ogos- Kegagalan kejuruteraan, Jambatan menyeberangi sungai Mississippi, sebahagian dari lebuh raya I-35W di Minnepolis, Minnesota runtuh, ketika laluan dipenuhi pemandu yang pulang dari kerja, membunuh 10 orang.

31 Ogos – rakyat Malaysia menyambut 50 tahun kemerdekaan.

Sept

26 September – Junta tentera Myanmar cuba mematahkan kumpulan sami Buddha yang menentang kekejaman pemerintah.

Oktober

10 Oktober – Angkasawan Malaysia cipta sejarah buat bangsa Melayu.

20 Oktober – Kebakaran di Selatan California memusnahkan lebih 1,600 buah rumah dan perniagaan dan memaksa lebih sejuta penduduk berpindah.

November

9 November – Peperangan dalaman di antara puak masih tidak berkesudahan. Di Congo ribuan rakyat terpaksa berpindah untuk menyelamatkan diri dan keluarga.

10 November –Perhimpunan Bersih 2007

25 November – Perhimpunan HINDRAF (Hindu Rights Action Force)

Disember

31 Disember – Sambutan 2008 di KLLC oleh Astro dan Tv3 di Shah Alam.

Read Full Post »

%d bloggers like this: