Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Guru’

Guru – Mendidik dengan Hati Imannya

Pengalaman cetek mengajar saya betapa pentingnya mengajar dan mendidik anak murid di sekolah dengan hati yang rela – hati yang beriman kepada Allah.

Saban hari, saya mendengar omelan dan bualan guru lain tentang anak murid yang degil dan malas. Ini suatu kebiasaan yang parah dan perlu kita ubah.

Pelajar yang bermasalah perlu ditegur dan diberitahu secara lembut dan tegas. Tanpa memalukannya, pasti. Elakkan kekerasan. Permudahkan jalan menjadi baik buat anak murid.

Niatkan dan doakan dalam hati pada anak murid kita tadi agar rajin dan mendengar kata.

Fahamkan pula dengan pemahaman bahawa – belajar itu perlu hati yang seronok dan rela

Read Full Post »

Buat Guru

Buat semua yang pernah mengajar dan masih mengajar hingga kini…terutama pada dua ibu ayahku, guru-guru sekolah, pensyarah, ustaz & ustazah dan semua yang memberi faham pada aku apa itu hidup…

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi..

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa

Dialah Ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulamak yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibukota
Di bangunan tua sekolah hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara

Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat ‘cikgu’ kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

(Usman Awang 1979)

Buat guru-guru & pensyarah-pensyarahku yang mencurah jasa di:

  • Tadika KEMAS Taman Keramat
  • Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Keramat (2) 54200 Kuala Lumpur (1992-1997)
  • Sekolah Rendah Agama Taman Keramat (1992-1997)
  • Sekolah Agama Menengah Rawang Selangor (SAMER) – (1998-1999)
  • Sekolah Menengah Rendah Agama Repah Tampin Negeri Sembilan (2000)
  • Sekolah Menengah Agama Dato’ Klana Petra Maamor Ampangan (Jan-Mac 2001)
  • Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah (SMASKP) – (April 2001-2002)
  • Maahad Ahmadi Gemencheh Negeri Sembilan (2003)
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (2003-2006)

>> Nota: Khusus untuk Ustazah Haini yang mengajar subjek Sejarah di SMASKP yang dalam keadaan gering. Teringat katamu selalu…

——–

Barangsiapa mahu menjadi guru,
biarkan dia memulai mengajar dirinya sendiri
sebelum mengajar orang lain,
dan biarkan dia mengajar dengan teladan sebelum mengajar dengan kata-kata.

Sebab mereka yang mengajar dirinya sendiri dengan memperbetulkan perbuatan-perbuatannya sendiri
lebih berhak atas penghormatan dan kemuliaan
daripada mereka yang hanya mengajar orang lain
dan memperbetulkan perbuatan-perbuatan orang lain.

~ Khalil Gibran

————-

A teacher stands in debt to those he teaches, for the great honour they have done him in opening themselves. And, as in all things, the honour of teaching is in fact a deep and sacred trust. An honest student places their suddenly vulnerable selves into the teacher’s hands. What greater sacrifice could there be?

This is why a teacher must first be a student themselves. How can you hope for the gift of another’s heart unless you have first struggled to surrender your own?

Ma’as salama,
Abdur Rahman

Read Full Post »

(more…)

Read Full Post »

%d bloggers like this: