Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Ibrah’

Kiriman ini adalah dari kawan yang bersama dalam program Puan Rasya Al Adlouni (Ummu Muhammad) yang merupakan isteri kepada As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi di Masjid Negeri Shah Alam pada 24 Mac 2009, Selasa lalu.

——————–

img_6862

Assalamualaikum,

Alhamdulillah malam semalam, Selasa 24.3.09 saya dapat mendengar penyampaian dari Puan Rasya Al Adlouni (Ummu Muhammad) yang merupakan isteri kepada As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi di Masjid Negeri Shah Alam.

Melihat kepada kekuatan ucapannya dengan suaranya yang begitu bersemangat sambil berdiri terasa seolah-olah yang berucap itu adalah As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi sendiri. Itulah tarbiyah yang telah dilaksanakan oleh Dr Abdul Aziz kepada isterinya yang akan meneruskan usaha-usaha dakwah dan jihad di Palestin walaupun beliau telah pergi menemui Allah swt dalam keadaan “Hidup Dan Mendapat Rezeki DariNYA”.

Puan Rasya Al Adlouni adalah simbol kegigihan wanita Gaza yang telah membuktikan bahwa semangat dan kekuatan wanita yang beriman benar-benar boleh kita jadikan contoh tauladan bagi kaum wanita di negara-negara umat Islam lain. Walaupun umurnya sudah 55 tahun dan kini mempunyai 20 orang cucu, beliau masih mampu berdakwah dan menyampaikan kebenaran tanpa ditimpa oleh perasaan lemah dan gentar. Marilah kita menelusuri jejak dan kekuatan wanita-wanita di Gaza yang sentiasa melahirkan pejuang-pejuang dan mujahid-mujahid yang akan membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Israel.

Inilah kisah sebuah bangsa di atas sejengkal Tanah Suci. Penduduk Syam yang merangkumi Palestin, Lebanon, Syria dan Jordan memang penduduk yang mempunyai sifat keteguhan. Banyak peristiwa yang pernah berlaku di sana dan akan banyak lagi yang kelak akan berlaku di sana di akhir zaman ini. Semua kita harus belajar dari peristiwa ini terutama umat Islam. Semua segi harus menjadi pelajaran termasuk dari sisi kemanusiaan sebagai wanita.
(more…)

Read Full Post »

Ibrah dari Sebuah Kembara

Semalam telah aku sengaja merajinkan diri untuk ke bandar Melaka. Ya, bandar Melaka yang kini telah dipenuhi pelbagai bangunan yang besar dan serba mewah khusus untuk rakyat Melaka dan pengunjung luar membeli belah.

Ribuan orang datang ke sini. Ada Mahkota Parade, ada Carrefour, ada Taming Sari, A Famosa aka Saint Paul Hill dan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.

Paling mengesani aku adalah ketika berjalan dengan perlahan di padang Dataran Pahlawan. Dulunya, 10 tahun lalu ia penuh dengan warna hijau. Kini dikelilingi banyak bangunan. Kurang sejuk sekarang. Tapi aku seronok di situ melihat di situ ada beberapa buah keluarga pelbagai bangsa menikmati kehijauan padang tersebut. Rumputnya lembut dan tebal. Dan padang itu direka jaya diatas binaan beli belah.

Mereka berlarian. Ibu ayah dan anak mereka. Kaum Cina berlumba lari sesama. India bermain bola plastik. Melayu berjalan sambil memegang kasut mereka di tangan. Menikmati kehijauan yang jarang dilihat mata kini. Semuanya menguntum di bibir. Menampakkan barisan gigi. Tiada marah dan keji. Segalanya dilihat bahagia. Indah sungguh pemandangan ini padaku.

Puas aku melihat, aku berjalan lagi menuju Bukit St. Paul. 500 meter dari Dataran Pahlawan. Percuma. Melewati ramai pengunjung dari China dan Korea. Muda-mudi remaja yang memenuhi petang dengan kawan-kawan. Mengambil gambar berlatarbelakang Kota A Famosa. Selepas dai satu gaya, bertukar pula kepada gaya yang lain.

Setelah 10 tahun aku tidak berkunjung ke sini, suasana tidak banyak berubah. Masih dipenuhi dengan ramai penjual barang kraf dan lukisan. Binaan kapal dan harmonika. Hampir kesemuanya berharga RM10.

Tatkala aku menaiki menuju Bukit St. Paul, tiba-tiba hati membisikkan ayat 138-140 dari Surah Ali ‘Imran yang mengingatkan aku akan peri pentingnya melihat semula sejarah. Dan akibat kepada manusia yang didalamnya.
Serta aku terpana pada pujukan Allah pada mengatakan bahawa jika mereka yang berjuang pada jalan Allah itu akan diganjarNya kelak. Sakit dan seksa mereka di dunia dibayar Allah di akhirat kelak.

Aku merasa sebak. Sebab bumi yang sedang aku pijak ini dahulunya dipenuhi darah ulama bumi Melaka. Kesemua mereka dibunuh di sini demi menghalang kebangkitan semangat Melayu Islam ketika dijajah.

Satu nama dari kalangan ulama yang terbunuh itu tidak tercatat di bukit itu. Hanya nama penjajah dan patung batu berhala yang ada. Ramai lah pula yang bergambar kenangan dengan patung itu.

Itulah ibrah buat diriku pada sebuah kembara yang sebentar di bukit ini.

Read Full Post »

%d bloggers like this: