Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Isa’

Nabi Isa – Diangkat atau Wafat?

Assalamualaikum wa rahmatullah

Para ulama Islam berselisih pendapat berkaitan dengan keadaan Nabi Isa setelah pengangkatannya. Mereka sepakat bahawa beliau tidak disalib tetapi Allah SWT mengangkatnya di sisi-Nya. Tetapi ketika ia tidak disalib, maka bagaimana keadaannya setelah itu: Apakah ia masih hidup, ataukah ia mati seperti matinya nabi yang lain? Majoriti mengatakan bahawa Allah SWT mengangkat Isa dengan fizikalnya dan ruhnya di sisi-Nya. Mereka mengambil zahir dari firman-Nya:

“Tetapi Allah mengangkatnya di sisi-Nya.” (An Nisa’: ayat 158)

Juga sebahagian hadis yang mendukung hal tersebut. Sementara itu, kelompok yang lain dari kalangan mufassirin, dan ini adalah kelompok yang minoriti, mereka mengatakan bahwa Nabi Isa hidup sehingga Allah SWT mematikannya sebagaimana Dia mematikan nabi-nabi-Nya lalu Dia mengangkat ruhnya di sisi-Nya sebagaimana ruh para nabi diangkat, begitu juga ruh para siddiqin (orang-orang yang benar) dan syuhada. Mereka mengambil zahir firman-Nya:

“(Ingatlah) ketika Allah berfirman: ‘Hai Isa, sesungguhnya Aku akan menyampaikan kamu kepada akhir ajalmu dan mengangkat kamu kepada-Ku serta membersihkan kamu dari orang-orang yang kafir.” (Ali ‘Imran: ayat 55)

Pendapat yang pertama itu lebih jelas dan mengukuhkan iman sebab ia sangat sesuai—sebagai mukjizat yang luar biasa—dengan kelahiran Isa di mana kelahiran tersebut dipenuhi dengan mukjizat yang luar biasa, juga sesuai dengan kehidupannya dan kesuciannya. Jadi, kedua-duanya merupakan mukjizat yang luar biasa.

Baca juga:

Read Full Post »

Assalamualaikum wa rahmatullah

Apa itu kepercayaan Trinity?

Secara ringkasnya, kepercayaan Trinity ialah suatu bentuk kepercayaan (iqtiqad) yang mempercayai bahawa Tuhan itu tiga (ada tiga tuhan). Iaitu terdiri daripada Tuhan Ayah (Father – Allah), Tuhan Anak (Jesus Christ), dan Ruhul Qudus (Ruh yang suci).

Di samping itu, Jesus Christ yang dimaksudkan oleh kepercayan ini adalah nabi Isa. Mereka (penganut Kristian) menganggap nabi Isa sebagai tuhan anak (anak tuhan) iaitu salah satu daripada tiga tuhan yang dimaksudkan…

Kepercayaan ini terdapat di dalam majoriti mazhab Kristian. Baiklah, kita cuba teliti apa kata al-Qur’an dan bible sendiri berkenaan kepercayaan ini…

Al-Qur’an dan Bible Menolak Kepercayaan Trinity:

Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan”. padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa Yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Al Maidah: 73)

And one of the scribes came, and heard them questioning together, and knowing that he had answered them well, asked him, What commandment is the first of all? Jesus answered, The first is, Hear, O Israel; The Lord our God, the Lord is one. (Mark – 12: 28-29, Bible Software, American Standard Version (ASV), Keluaran BibleOcean.com)

Nabi Isa Sebenarnya Adalah Salah Seorang Rasul Allah:

Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Maryam berkata: “Wahai Bani Israil, Sesungguhnya Aku ini pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab Yang diturunkan sebelumku, Iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira Dengan kedatangan seorang Rasul Yang akan datang kemudian daripadaku – bernama: Ahmad”. (As Saff: 06)

And when he was come into Jerusalem, all the city was stirred, saying, Who is this? And the multitudes said, This is the prophet, Jesus, from Nazareth of Galilee. (Matthew – 21: 10-11, Bible Software, American Standard Version (ASV), Keluaran BibleOcean.com)

Nabi Isa (Jesus) Menyatakan Hanya Allah Yang Wajib Disembah Di Dalam Bible:

Then saith Jesus unto him, Get thee hence, Satan: for it is written, Thou shalt worship the Lord thy God, and him only shalt thou serve. (Mark – 4: 10, Bible Software, American Standard Version (ASV), Keluaran BibleOcean.com)

Seruan Al Qur’an Kepada Ahli Kitab (Yahudi Dan Kristian):

Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyi kan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan. (Al Maidah: 15)

Wahai ahli Kitab! mengapa kamu campur adukkan Yang benar Dengan Yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya? (Ali Imran: 71)

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah Yang bersamaan antara Kami Dengan kamu, Iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian Yang lain untuk dijadikan orang-orang Yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”. kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka Katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu Bahawa Sesungguhnya Kami adalah orang-orang Islam”. (Ali Imran: 64)

Read Full Post »

(Dipetik dari buku: RESPONS – Intelektual Muslim & Isu-Isu Semasa, susunan Ann Wan Seng, terbitan Harakah, Jabatan Penerangan dan Penyelidikan, Parti Islam SeMalaysia, 2006) Artikel ini adalah hasil tulisan Abdul Aziz Bari*.

Persoalan mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (Internal Security Act) 1960 sering menjadi perbahasan yang hangat di kalangan rakyat Negara ini. Akta yang lebih dikenali dengan akronim Inggerisnya, ISA dianggap zalim, tidak berperikemanusiaan, drakonian, menentang demokrasi, undang-undang rimba dan sebagainya.

ISA dan Kerangka Perlembagaan
(more…)

Read Full Post »

%d bloggers like this: