Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Islam’

Sabar

الحمد لله رب العالمين ، القائل فى كتابه الكريم (إِنَّهُ مَن يَتَّقِ وَيِصْبِرْ فَإِنَّ اللّهَ لاَ يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِين) يوسف 90 ، والصلاة والسلام على نبيه الأمين القائل ، فى حديث صهيب (عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ ، وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَه) رواه مسلم  .

 

Bersyukur kepada Allah Tuhan Semesta Alam yang telah berfirman:

“Sesungguhnya orang yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan”.

Selawat dan salam ke atas Nabi-Nya SAW yang jujur lagi amanah. Baginda telah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Suhaib:

“Ajaib sungguh urusan orang yang beriman. Sesungguhnya semua urusannya membawa kebaikan baginya.Dan yang demikian itu tidak dikurniakan kecuali bagi orang mukmin sahaja di mana jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, maka itu baik baginya.Jika dia diuji dengan kesusahan, dia bersabar, maka itu juga baik baginya”.

 

Risalah ini aku titipkan daripada jantung hatiku kepada kalian semua, lantaran situasi yang telah kita lalui bersama itu.Saya secara peribadi merasai kepahitan dan keperitannya, selepas melihat sendiri pengorbanan yang dilakukan oleh ikhwah dan akhawat ke arah pengislahan menyeluruh tanahair tercinta ini.Kita telah berusaha mendokong kebenaran bersama-sama semua warganegara yang prihatin.

Sekalung ucapan tahniah kita hadiahkan kepada semua setelah keputusan pilihan raya diiklankan bahawa Allah SWT telah mengetahui apa yang tersirat di hati kita semua, Dia maha mengetahui tentang keikhlasan hati ini. Allah SWT melihat gerak kerja kita, lalu Dia mendapati padanya usaha dan pengorbanan yang baik lagi mulia. Semoga Allah SWT mengurniakan ganjaran yang setimpal dan kita meyakini bahawa Allah SWT tidak sekali-kali akan mensia-siakan amalan kita di dunia dan di akhirat. Allah SWT berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ إِنَّا لَا نُضِيعُ أَجْرَ مَنْ أَحْسَنَ عَمَلًا) الكهف 30 .

“Sungguh, mereka yang beriman dan mengerjakan kebaikan, Kami benar-benar tidak akan mensia-siakan pahala orang yang mengerjakan perbuatan baik itu”.

 

Di bawah ini saya titipkan beberapa nasihat dan berita yang menggembirakan:

1. Bergembiralah….bahawa Allah sentiasa bersama kita, kerana apa yang telah kita usaha dan korbankan adalah semata-mata untuk mendapat keredhaan-Nya jua. Dari sini marilah kita yakini bahawa Allah akan sentiasa bersama membantu dan menolong kita. Itulah perasaan yang dialami oleh Nabi SAW, dikongsi dan diluahkan kepada sahabatnya di Gua Hira’ bila Nabi SAW mendapati Abu Bakar RA bersedih dan diselubungi ketakutan.

 

Nabi SAW berkata kepada Abu Bakar RA; Allah berfirman:

 

 

إِلَّا تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا فَأَنزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (التوبة 40)

“Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya.Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

 

2. Bergembiralah…. Sesungguhnya telah tetaplah ganjaran pahala tersebut insha Allah kerana Allah tidak menilai kita di atas hasil gerak kerja kita, akan tetapi Dia akan menghisab kita atas apa yang kita lakukan dengan penuh ikhlas dan sabar. Firman-Nya:

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ ( الزمر 10)

“Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas”.

Firman-Nya lagi:

وَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَيُوَفِّيهِمْ أُجُورَهُمْ ، وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ (آل عمران 57 )

“Dan adapun orang yang beriman dan melakukan kebajikan, maka Dia  akan memberikan pahala kepada mereka dengan sempurna. Dan Allah tidak menyukai orang zalim”.

 

Kita amat yakin bahawa semua ikhwah dan akhawat kita bekerja dengan ikhlas untuk mendapatkan keredhaan Allah dan membantu memenangkan kebenaran. Imam Al-Banna telah berwasiat kepada kita, katanya:

لا يغرنك أن يحسبك الناس عاملا ، ولكن همك أن يعلم الله منك صدق ذلك ، فإن الناس لن يغنوا عنك من الله شيئاً

“Jangan kalian tertipu oleh sangkaan manusia bahawa kalian adalah orang yang bekerja, tetapi matlamat kalian ialah agar Allah SWT mengetahui bahawa kalian bersikap benar dalam melaksanakan kerja tersebut.Sesungguhnya manusia tidak dapat memberi apa-apa kepada kalian selain Allah SWT”.

 

3.  Bergembiralah… maka Allah sekali-kali tidak akan mensia-siakan hak mereka yang ikhlas bekerja kerana neraca timbangan langit adalah lebih adil dari neraca timbangan dunia. Jika hak tersebut luput di dunia, maka ia pasti tidak akan luput di sana (padang mahsyar) di hadapan Tuhan Rabbul Jalil. Firman-Nya:

وَنَضَعُ الْمَوَازِينَ الْقِسْطَ لِيَوْمِ الْقِيَامَةِ فَلا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا وَإِنْ كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ أَتَيْنَا بِهَا وَكَفَى بِنَا حَاسِبِينَ (الأنبياء 47)

Maksudnya: ”Dan Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tidak seorang pun dirugikan walau sedikit; sekalipun hanya sebesar biji sawi, pasti Kami akan mendatangkannya (pahala). Dan cukuplah Kami yang membuat perhitungan.”

4.  Bergembiralah dan jangan kalian berputus-asa… kerana Allah-lah yang menguruskan hamba-hambaNya dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani. Allah SWT berfirman:

وَلَا تَيْأَسُوا مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِنَّهُ لَا يَيْأَسُ مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ (يوسف 87)

“Dan janganlah kalian berputusasa dari rahmat Allah.Sesungguhnya tidak akan berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”.

 

Firman-Nya lagi:

قَالُواْ بَشَّرْنَاكَ بِالْحَقِّ فَلاَ تَكُن مِّنَ الْقَانِطِينَ ، قَالَ وَمَن يَقْنَطُ مِن رَّحْمَةِ رَبِّهِ إِلاَّ الضَّآلُّونَ (الحجر 55 – 56)

“Mereka (malaikat) berkata; Kami khabarkan berita gembira buat kamu dengan benar.Maka janganlah kamu termasuk di kalangan orang yang berputus-asa.Ia berkata; barangsiapa yang berputus-asa dari rahmat Allah ia termasuk di kalangan orang yang zalim”.

 

Imam Al-Banna berkata:

لا تيأسوا فليس اليأس من أخلاق المسلمين وحقائق اليوم أحلام الأمس وأحلام اليوم حقائق الغد ولازال في الوقت متسع ولازالت عناصر السلامة قوية عظيمة في نفوس شعوبكم المؤمنة رغم طغيان مظاهر الفساد والضعيف لا يظل ضعيفاً طول حياته والقوي لا تدوم قوته أبد الآبدين يقول تعالى :(وَنُرِيدُ أَن نَّمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ ، وَنُمَكِّنَ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ).

“Jangan kalian berputus asa kerana berputus asa itu bukan akhlak kaum muslimin. Hakikat hari ini adalah mimpi-mimpi semalam dan mimpi hari ini adalah hakikat yang akan berlaku esok. Masih tetap ada lagi waktu dan anasir-anasir yang baik masih utuh dan kuat dalam jiwa-jiwa bangsa para mukmin sekalipun kerosakan bermaharajalela. Yang lemah tidak akan selama-lamanya menjadi lemah sepanjang hidupnya, sebaliknya yang kuat tidak akan selama-lamanya kuat sepanjang hidupnya. Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan Kami (Allah SWT) mahu mengurniakan (kekuatan) kepada orang-orang yang lemah di muka bumi ini dan Kami akan jadikan mereka pemimpin dan pewaris kepimpinan serta Kami akan menguatkan kekuasaan mereka di atas muka bumi ini”.

 

5.  Bergembiralah dan bersabarlah…. Sesungguhnya bersama kesusahan itu adanya kesenangan dan bahawa kemenangan itu mengiringi bersama kesabaran. Allah berfirman:

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ، إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (الشرح 5 – 6 )

Cuba perhatikan bahawa Allah telah menyebutkan di dalam ayat di atas secara ‘bersama’ (المعية), Allah tidak menyebutnya secara ‘kemudian selepas itu’ (التبعية).Ia memberi ketenangan kepada hati kita bahawa kemenangan itu sebenarnya dekat dan bahawa kesenangan itu datang bersama kesusahan. Maka bergembiralah kalian semua dengan kemenangan yang amat dekat kerana waktu malam yang pekat hitamnya ialah sejurus sebelum masuknya waktu fajar. Allah SWT merahmati penyair yang berkata:

إذا ضاقت بك الدنيا          ففكر في:(ألم نشرح)

           فـعسر بـين يسرين           تأمَّـــــــــل فيهما تفــــــــرح .

 

“Apabila kamu rasa sempitnya dunia, maka fikirkanlah pada  ألم نشرح,

Maka kesusahan itu sebenarnya berada di antara dua kesenangan,

Renung-renungkanlah pada kedua-duanya itu, nescaya kamu akan rasa gembira….”

 

6.  Bergembiralah dan laksanakanlah dakwah ini… Kita semua adalah pembawa risalah, kita adalah lelaki-lelaki pembawa dakwah yang berkesinambungan.Medan dan bidang dakwah ini pelbagai; antaranya politik.Maka sebarkanlah dakwah kamu ini di kalangan manusia.Sebarkanlah kebaikan dan kelebihan dakwah ini ke segenap lapisan masyarakat.Jangan kalian terkesan dengan peristiwa-peristiwa yang mendatang ini. Sebarkanlah dakwah kalian di kalangan manusia di kampung, bandar, taman, masjid, sekolah, universiti dan kelab-kelab (persatuan). Kita adalah duah (pendakwah) kepada Allah dan kita membawa kebaikan untuk manusia. Allah SWT berfirman:

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ * وَلا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلا السَّيِّئَةُ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ * وَمَا يُلَقَّاهَا إِلا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ (فصلت 33 – 35) .

Maksudnya: “Dan siapakah yang  lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata,’Sunguh, aku termasuk orang muslim (yang berserah diri)?’ (33) Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia. (34) Dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar. (35)”

 

7.  Bergembiralah dan hendaklah kalian mengambil perhatian di sepanjang jalan tarbiyah ini… Maka medan pembinaan dan tarbiyah sentiasa menunggu kalian kerana sebagaimana kalian mengetahui bahawa “Tarbiyah dan Takwin merupakan jalan kita menuju kekuasaan”. Maka hendaklah kalian semua mengambil berat soal-soal yang berkaitan dengan program-program tarbiyah serta pelbagai wasilahnya kerana ia adalah asas pembinaan individu dan rumah tangga. Ia juga adalah titik bermulanya ke arah pembinaan masyarakat dan daulah. Allah SWT merahmati Imam Syahid Hasan Al-Banna ketika beliau berkata:

كونوا أنفسكم تتكون بكم أمتكم

“Bentuklah jiwa-jiwa kalian, nescaya akan terbentuklah dengan kalian ummah kalian”.

 

Ayuh-lah wahai ikhwan yang dikasihi… marilah sama-sama kita berusaha memantapkan tarbiyah…

 

8.  Akhir sekali…. Yakinlah dengan Tuhan kalian, Dia-lah Allah yang sentiasa meliputi pengetahuan-Nya terhadap apa yang kalian lakukan. Sentiasalah melakukan ketaatan dan jadilah kalian semua rabbaniyyin.Kemudian yakinlah dengan jalan dakwah, kepimpinan dan manhaj kalian. Peliharalah ukhuwah kalian kerana ia adalah rahsia kekuatan dan asas kegemilangan. Kemudian teruskan bekerja dan jangan kalian berputus-asa. Tunggulah kelapangan dan kesenangan yang akan Allah kurniakan dalam masa terdekat daripada hamba-hamba-Nya yang baik. Allah berfirman:

…وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ ، بِنَصْرِ اللَّهِ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ ، وَعْدَ اللَّهِ لَا يُخْلِفُ اللَّهُ وَعْدَهُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُون (الروم 4 : 6 ).

Maksudnya: “…Dan pada hari (kemenangan bangsa Romawi) itu bergembiralah orang-orang yang beriman (4), kerana pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang Dia kehendaki. Dia Maha Perkasa, Maha Penyayang. (5) (Itulah) janji Allah. Allah tidak akan menyalahi janji-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (6)

وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين

أخوكم / محمد حامد عليوة
8/5/2013

 

 

Read Full Post »

Wahyu yang pertama diturunkan adalah IQRA’ yang bermaksud baca. Dalam bahasa Inggeris, digunakan perkataan ‘read’ dan ‘recite’.

Dalam kamus Merriam Webster, ‘read’ ditafsirkan dengan banyak penerangan, antaranya:

  1. mempelajari formula minda dalam komunikasi yang disampaikan, membaca sebuah situasi atau jalan cerita
  2. mempelajari, menelaah daripada apa yang dilhat dan dijumpai dalam teks yang dicetak : (to learn from what one has seen or found in writing or printing)
  3. menjadi akrab dengan buku yang dibaca atau isi kandungan yang dibaca : (to become acquainted with or look over the contents of (as a book)
  4. untuk melaksanakan apa yang telah dibaca (to perform the act of reading words)

Tip Membaca Buku: (Kajian dari School of Information, University of Michigan)

  • Pilih buku yang kita minati – Mulakan dengan buku yang diminati dan berkaitan dengan hobi atau kegemaran. Contohnya kita menunggang basikal, maka buku yang kita pilih pastinya mengenai basikal.
  • Membaca untuk menulis – Ini adalah amalan orang yang bijak. Orang bijak selalu menulis setlah dia membaca. Ini adalah asas kepada pembelajaran dan ia akan kekal dalam ingatan. Ia juga menjadi proses asas pembelajaran di sekolah. Membuat nota dan menyiapkan kerja sekolah.
  • Pilih Bahan Bacaan Ringan Dahulu – Merupakan langkah awal untuk memulakan tabiat membaca. Baca buku yang seronok atau penuh dengan gambar.
  • Baca buku yang mencabar dan susah difahami gaya bahasanya – Kaedah ini adalah untuk menambahkan pengetahuan dan mengembangkan kemahiran menguasai bahasa. Hanya dengan membaca bahan seperti ini, seseorang itu mampu meningkatkan kemampuannya ke tahap yang baru. Tidak mungkin seseorang itu akan maju, sekiranya dia asyik membaca buku yang sama sepanjang hidupnya, melainkan dengan kefahaman dan panduan yang mendalam. Buku yang sama boleh dibaca dan menambah keyakianan hanya Al Quran
  • Baca sebuah buku pada satu-satu masa – Untuk menambahkan
  • Tetapkan masa membaca – Lama masa membaca ditentukan oleh tempat dan aktiviti yang kita lalui seharian. Membaca ketika makan amat mengganggu.
  • Kongsikan apa anda baca dengan orang lain – Kaedah ini amat sinonim dengan guru, pensyarah, penceramah dan lain orang yang punyai fungsi menyampaikan sesuatu.
  • Sediakan soalan untuk sebuah buku – Kita sediakan soalan ini adalah seperti ‘Apa yang dibincangkan dalam buku ini?’ – ‘Apa kepentingan tajuk buku ini?’ – ‘ Apa kesimpulan buku ini?’ – ‘Apa bukti buku ini menerangkan begini dan begitu?’ dan berbagai lagi soalan yang boleh difikirkan
  • Baca dari kulit ke kulit – Baca keseluruhan buku. Ini antara kaedah yang kurang diminati bagi pemula atau beginner.
  • Tetapkan Tujuan dan Strategi untuk membaca sesuatu buku – Seseorang itu membaca buku resepi memasak, besar kemungkinannya dia ingin mengetahui sesuatu yag bakal dia masak didapurnya nanti. Seseorang yang lain pula membaca buku mengenai enjin kereta, dia mungkin bersedia untuk membuka sebuah bengkel kereta.
  • Baca 3 kali ulangan – Kali yang pertama untuk meneliti idea besar yang ditulis dalam sebuah buku. Kali yang kedua untuk memahami perincian dan kali yang terakhir adalah untuk menulis nota menggunakan bahasa sendiri.
  • Fokus bahagian yang berisi informasi/maklumat – selak buku pada mukasurat yang sarat dengan maklumat penting dan berguna. Ini menjimatkan masa.

Kesimpulannya, membaca perlu kepada pengurusan yang betul. Membaca adalah satu amalan yang boleh membentuk peribadi dan tindakan.

Read Full Post »

Hadis 20 – Malu

Hadith ke 20 – Malu

Read Full Post »

Sayonara Jahiliyyah

1. Al Wala’

– ia merangkumi 3 aspek. Qurb iaitu mendekati Allah dalam mencari redhaNya, Nusrah iaitu menolong mengembangkan agama Islam, dan Muhibbun iaitu mencintai kebaikan.

Ramai yang mengaitkan al Wala’ ini dengan ketaatan, ya betul. Namun ia juga adalah kejelasan dalam mendahulukan Allah daripada manusia. Ia juga adalah pertolongan dan bantuan yang diberikan kepada yang memerlukan. Ia juga kecintaan yang menyegerakan pada mengecap kebahagiaan sebenar di akhirat kelak.

————————–

Tadabbur Surah An Najm ayat 3 dan 4

Mengikut Imam asy Syatibi, pilihan manusia cuma ada dua (2). Syariat atau Hawa’. Tiada yang ketiga atau yang ditengah-tengah.

Tolerasi hanya ada dalam urusan muamalat individu, selain itu ia adalah hawa’ semata.

Apa itu al Hawa’? Ianya adalah semua yang tidak bertepatan dengan syariat, itu dinamakan al Hawa’. Begitu juga syahwat adalah cabang kepada al Hawa’.

————————–

Kepentingan Syura

  1. Percambahan idea dari pelbagai kepakaran
  2. Pemilihan kaedah terbaik sesuatu perkara dalam perbincangan
  3. Perkembangan dan perkongsian ilmu dijana lebih cepat
  4. Peluang mengenali sahabat
  5. Merancang aktiviti yang lebih teratur dan menjana hasil yang lebih memuaskan
  6. Berada dalam rahmat Allah dan lebih diberkati

Paling sikit amalan syura boleh berlaku adalah perhubungan suami isteri.

Makin besar tanggungjawab, makin perlu kepada syura.

Read Full Post »

Dewasakini, ilmu pembangunan insani makin terlihat dan sedang pesat membangun dengan wujudnya banyak institusi yang berteraskan skil dan kefahaman praktis yang syumul seperti Akademi Sinergi, PTS Publications.

Di samping itu banyak juga penerbitan majalah yang berunsur menjana kefahaman dan kejelasan dalam beramal seperti majalah JOM!, Q&A, Solusi dan pelbagai yang seumpamanya.

Antara fokus banyaknya perkembangan di atas adalah remaja. Tentang cara bagaimana mendekati dan menyantuni remaja yang suatu hari nanti bakal mengemudi kepimpinan negara seluruhnya.

Golongan yang sedang meningkat dewasa ini sedang menduduki kerusi persekolahan dan peperiksaan di sekolah dan universiti. Malah kini ramai juga telah memasuki alam pekerjaan dan perkahwinan.

Mereka inilah generasi yang bakal membentuk masyarakat pemimpin seterusnya iaitu untuk tahun 2020 dan seterusnya.

Maka dengan itu, saya ingin berkongsi satu slaid pembentangan yang pernah dipelajari sedikit masa lalu. Mungkin ada baiknya slaid ini saya kongsikan untuk tatapan dan pembacaan, moga menjadi bekal ilmu bagi persiapan mendekati dan menyantuni golongan Gen Y yang sedang melalui zaman perubahan teknologi canggih.

Klik di sini – KEIBUBAPAAN+DAN+ANAK+REMAJA

Read Full Post »

Older Posts »

%d bloggers like this: