Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Jalan Juang’

Bismillahir Rahmanir Raheem

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (Al Baqarah: 214)

Sungguh oleh sebab terlalu cintanya Yusuf kepada Allah, dia diduga dengan godaan isteri tuannya hingga dipenjara kerana fitnah.

Sungguh Muhammad Abdullah itu, Rasulullah yang paling dikasihi Allah, paling dekat dengan kita umatnya telah dibiarkan merasai kesusahan berdakwah. Ditohmah, dicaci, dicarut, diugut bunuh, dihunjam anak panah, diserang bunuh, dibunuh rakannya, dipulau kaum sekelilingnya, dibiar lapar, diperangi negerinya.

Kini di Mesir 15 April 2008 lalu, episod itu berlaku lagi dan ia takkan berhenti setakat itu. Hingga benar pengumuman Allah kepada semua bahawa kebenaran itu memang menuntut yang besar dari diri setiap Muslim.

15 April) Mahkamah Tentera Mesir menjatuhkan hukuman ke atas Khairat Syatir, Naib Kedua Mursyid Am Ikhwan Muslimin dan anggota Ikhwan yang dikenali sebagai ‘kumpulan 40′. Beliau dan 39 pimpinan dan ahli Ikhwan yang lain telah ditahan pada 12 Disember 2006 yang lepas di atas dakwaan ‘penyeludupan dan pembersihan wang (money laundering)’ dan ‘cubaan menghidupkan semula organisasi yang telah diharamkan’. Dakwaan itu sepatutnya dibicarakan di mahkamah biasa. Tetapi pihak kerajaan Mesir menukarnya ke Mahkamah Tentera pada 6 Februari 2007 dan mereka tidak dibenarkan untuk diikat jamin.

Di antara mereka yang aku baca tulisan tangannya seperti saudara Dr. Taufiq Yusuf Al Waie. Dipenjarakan 10 tahun.

Ya Allah betapa hebat perjuangan kekasihMu kau berikan. Terkedu kelu, demi yang dicita rupanya begitu besar galang gantinya. Meluap darah mereka Kau beli. Mereka redha memberi.

Bacaan luas:

(more…)

Read Full Post »

%d bloggers like this: