Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Keadilan’

leadershipdna.gif

Assalamualaikum wa rahmatullah, Peace be upon you.

Al Amin secara bahasa bererti yang setia, jujur dan terpercaya dipercayai. Seorang pemimpin yang mempunyai sifat ini ketika menerima jawatan akan menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan penuh dedikasi. Sifat seperti ini selalunya muncul pada individu yang percaya dengan yakin bahawa tugas dan jawatan yang disandang adalah sebagai amanah dari Allah. Dia meyakini amanah itu akan dipertanggungjawab dan dipersoalkan kelak di akhirat.

Setiap pemimpin dilahirkan sebagai pemimpin. Rasulullah Muhammad Sallallahualaihi wa sallam berkata:

Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin itu akan ditanya tentang natijah kepimpinannya.

(more…)

Read Full Post »

adik-comel.jpg

Pendahuluan (Tulisan ini saya gabungkan antara artikel tulisan Dr. Hafidzah Mustakim dan Dr. Danial Zainal Abidin)

Antara isu yang sering menarik perhatian dan menjadi salah faham serta serangan golongan anti Islam adalah berhubung dengan isu wanita. Isunya pelbagai tetapi temanya sering sama berkaitan dengan penindasan, diskriminasi, keganasan, ketidakadilan dan tiada kebebasan yang diberikan kepada wanita Islam dalam menjalankan kehidupan mereka.

Perbincangan ‘Kemuliaan Mahkota Wanita’ dipilih secara simboliknya kerana rambut dikaitkan sejak sekian lama dengan kecantikan dan kemuliaan wanita. Namun, kita akan membincangkan topik ini dalam konteks bagaimana Islam menjaga kehormatan wanita dengan mewujudkan satu sistem hijab yang merangkumi antara lain garis panduan pakaian menutup aurat dan menjaga pandangan dan batas-batas pergaulan untuk mengatur (bukan menyekat) interaksi antara lelaki dan perempuan dalam masyarakat.

Sejarah Tudung

Sejarah pemakaian tudung kepala ini sebenarnya bermula berkurun lamanya sebelum kedatangan Islam. Sejarah Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung kepala diamalkan oleh rahib wanita mereka. Dengan kedatangan Islam wanita diperintahkan Allah untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi belahan dada. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Petanda keimanan mereka terserlah dengan sikap Sami’na Wa’ato’na (Kami mendengar dan kami taat) terhadap apa jua perintah dan ketetapan Allah tanpa perlu melihat rasional dan hikmah yang terselindung di sebalik perintah tersebut.

(more…)

Read Full Post »

%d bloggers like this: