Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Keluarga’

Assalamu’alaikum wa rahmatullah ๐Ÿ™‚

Kebiasaan anak akan bertanya, “Apa yang akan kita buat waktu cuti sekolah nanti ayah (atau ibu)?”. Si ayah atau ibu yang kurang periksa akan tergamam atau menjawab dengan bersahaja, “Duduk lah kamu di rumah ulangkaji apa yang patut.” Si anak memuncungkan bibir.

Sebaliknya, ayah atau ibu yang proaktif pula menjawab, “Ha, itu kamu jangan risaukan, ayah dan ibu dah rancangkan program menarik untuk kita sekeluarga”. Si anak tersenyum tahu kedua orang tuanya punya agenda ‘surprise’ untuk dirinya.

Ada perbezaan bagi kedua-dua situasi tersebut.

Jikalau ini tidak berlaku atas sebab yang kritikal. Mungkin anda si pembaca yang menyandang tanggungjawab selaku ahli keluarga iaitu sebagai abang, kakak, adik, pakcik, makcik yang berkelapangan dan kreatif, ciptalah suasana yang meriah di rumah atau adakan aktiviti menarik seperti melancong jika punya wang lebih. Boleh juga disemarak dengan aktiviti gotong royong mengecat dan mengemas rumah, membersih semak di ladang dusun datuk nenek ataupun adakan projek rumah seperti mengumpul bahan kitar semula untuk jualan.

Pelbagai perkara dapat dilakukan sewaktu cuti sekolah. Bukan hanya terpaku di depan komputer atau menonton video filem dan menambahkan jam tidur sebagai alasan ganti tidur yang kurang akibat belajar.

Amat penting hubungan sesama keluarga dipupuk. Ada bahasa indah dapat dipelajari dari kehidupan bersama keluarga. Ianya hanya mungkin sekali seumur hidup. Bayangkan pula mereka yang tidak punya keluarga dan sanak saudara untuk berbual. Tiada orang untuk dipanggil anak atau anak saudara. Atau juga tiada insan yang boleh diteriak datuk atau nenek.

Bersyukurlah dan rancanglah untuk bahagia!

Advertisements

Read Full Post »

Bismillahir Rahmanir Raheem

Oleh Endok Sempo Mohd Tahir

15 Jun 2005

BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya:Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan.Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi ejen โ€˜penyelesai masalahโ€™ yang baik apabila dewasa berbanding kanak-kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya.

(more…)

Read Full Post »

Bismillahir Rahmanir Raheem
abdullahazam02.jpg

26 November 1989, Dr. Abdullah Azzam dikurniakan syahid setelah berjihad di bumi Palestin dan Afghanistan. 26 November 2007, genaplah 18 tahun pemergian beliau. Peribadi kebanggaan umat. Seorang ulamaโ€™ yang memilih untuk hidup sebagai mujahidin, meninggalkan segala kesenangan hidup dan pendapatan yang lumayan. Kisah syahidnya diketahui oleh semua. Beliau akan terus menjadi qudwah kepada mujahidin dan pendakwah sepanjang zaman. Moga Allah menerima ruhnya dan menggantikan kepada umat ini mujahid seumpamanya.

Saya kongsikan di sini beberapa kisah menarik di dalam kehidupan beliau sebelum beliau berjihad di bumi Afghanistan untuk dijadikan renungan dan teladan buat kita.

(more…)

Read Full Post »

Assalamu’alaikum wa rahmatullah

Alhamdulillah setelah lama saya berkira-kira menulis entri kali ini akhirnya saya beranikan diri untuk dipaparkan buat tatapan umum. Ia adalah ilmu yang bukan rahsia. Ia suatu ilmu yang perlu kita pelajari. Bahkan saya telah mempelajari bab ini sekitar umur di tingkatan 2 persekolahan. Ia tidak pelik dan tidak perlu kita hairankan sebab ilmu itu perlu diketahui juga untuk manfaat besar buat generasi seterusnya. Ilmu itu adalah ilmu tentang menjaga hati dan jiwa serta ilmu membina rumahtangga bahagia.

(more…)

Read Full Post »

(more…)

Read Full Post »

Older Posts »

%d bloggers like this: