Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Lelaki’

Belajar, sesungguhnya seseorang itu tidak dilahirkan alim,
dan tiadalah orang berilmu menyamai orang yang jahil.

Sesungguhnya pembesar kaum yang tiada ilmu,
menjadi kecil bila dikerumuni bala tenteranya (meminta pandangannya).

Seorang yang hina sekiranya berilmu,
ia menjadi besar bila dikerumuni oarang ramai (yang ingin belajar).

Jadi, janganlah redha dengan kerendahan (kehinaan),
Dan janganlah nasib hanya berpada dengan apa yang ditinggal orang terdahulu.

Imam Shafie~

Read Full Post »

Buku ini saya kenali sewaktu di tahun 2 pengajian diploma sewaktu mengikuti program sebulan di Kersani Training Centre di Segamat. Program tersebut dipanggil Madrasatul Hayaah. Buku tersebut diperkenalkan oleh saudara Fazrul Fahmee Ismail, penulis dan pelopor Pemikiran Sistemik terbitan PTS yang kedua selepas penerbitan dengan PMRAM.

Sewaktu itu, saya sedang mengikuti slot Kalimah Syahadatain oleh Fazrul Ismail. Dan beliau ada menyebut teori kecemerlangan insan yang juga boleh didapati dari buku John Gray ini. Ianya dalam memahami psikologi lelaki dan wanita. Malahan kanak-kanak sebab John Gray turut menulis buku bertajuk Children Are From Heaven tentang bagaimana meladeni anak-anak yang membesar.

Apapun Fazrul Ismail telah cuba memurnikan tulisan ini dengan keluaran buku beliau yang bertajuk, 7 Ciri Berjaya Lelaki dan Perempuan berdasarkan kajian beliau pada surah Al Mukminun.

Selain itu buku John Gray ini turut menampilkan kisah benar dari sudut keluarga John Gray dan dia memang secara kritis dan bijak menjadikan keluarganya sebagai bahan eksperimen berjaya untuk kajiannya dalam psikologi antara lelaki dan wanita.

Lelaki yang lebih bersikap membetulkan dan membuat keputusan dan wanita yang lebih kepada perihal menjaga perasaan dan menghargai pengorbanan hati dan kesungguhan dalam kebersamaan.

Read Full Post »

Kata Ayah

Tulisan Asal (oleh Zaharah Muhammad, Sungai Buloh)
Sedikit tambahan oleh saya pada rangkap kelima pada mengenal dua jantina baiknya.

 

Sewaktu nasi tumpah ke tanah
Kata ayah, ia bukan rezki untuk kita
Saya memandang putih mata
Mencari makna pada usia yang terlalu muda.

Sewaktu petang menua pulangkan warna terang
Kata ayah, itulah anugerah Tuhan untuk kita
Saya merenung dalam penuh tanya
Mencari makna malam dan gelap yang datang.

Sewaktu usia membawa saya kepada remaja
Kata ayah, ia adalah tempoh yang paling mahal
Saya mengira dengan akal
Mencari berapakah mahalnya harga usia.

Kata ayah, maruah adalah cinta
Hanya satu tiada dua
Anugerah paling berharga, jagailah ia dengan nyawa.

Kata ayah, lelaki adalah khazanah
Padat dengan segala kudrat
Taklif selalu menjadikannya imam di depan
Bukan kerana kuat tapi sebab taat

Kata ayah, perempuan adalah rahsia
Penuh rasa malu tercipta
Tanpanya benteng takkan tega
Menongkah perit cubaan dunia.

Kata ayah, lindungilah dirimu wahai anak
Dari sinar panahan syaitan
Yang menunggu waktu kau layu
Dia mencarimu disetiap yang bernama keseronokan.

Kata-kata ayah saya simpan dalam peti azimat
Buat bekal di perjalanan
Apabila saya terasa hidup ini cukup penat
Ia akan jadi pedoman yang mengingat.

Kini,
Setika saya sudah dewasa dan memamah erti hidup
Dengan segala rasa payah, saya mencari makna kata-kata ayah
Saya pegang amanah maruah
Saya junjung beban kasih yang melimpah
Hanya kerana pesan ayah, bahawa
Cinta itu wahai anak
Bukanlah benda yang dapat dicari
Tidak juga boleh dibeli
Jauh lagi untuk dimusihi
Pun bukan untuk dipenuhi
Atau untuk dibinasai.

Cinta itu wahai anak
Adalah yang mewangi bila diuji
Yang tabah bila disakiti, yang redha bila dilukai
Yang tidak hilang bilamana musim berganti.

Kau akan berjaya
Bila siang yang terang tidak mampu memanah kulitmu
dan malam tidak mampu menggelapkan hatimu
dan ujian tidak mampu meruntuhkan dirimu
dan cinta tidak mampu menurunkan darjatmu
dan kegembiraan tidak mampu membeli kekhusyukanmu
dan pada ketika itu
kau akan merasa dunia ini manis dalam ujian yang pilu
kau akan dapati indahnya ketekunanmu memelihara malu
pada ketika cinta sejati yang Tuhan kurniai
tidak mampu mendorongmu menyerahkan harga diri.

Sebaliknya,
Kau tetap segar dan mekar
Di dalam pagar syariat yang kukuh, utuh dan ampuh
Kau melindungi diri
Kau dilindungi Tuhan Yang Maha Tinggi.

Demikian, pesan ayah saya simpan
Di sudut hati yang paling suci
Mengisi segala nilai-nilai murni!

Read Full Post »

Assalamu’alaikum wa rahmatullah

Alhamdulillah setelah lama saya berkira-kira menulis entri kali ini akhirnya saya beranikan diri untuk dipaparkan buat tatapan umum. Ia adalah ilmu yang bukan rahsia. Ia suatu ilmu yang perlu kita pelajari. Bahkan saya telah mempelajari bab ini sekitar umur di tingkatan 2 persekolahan. Ia tidak pelik dan tidak perlu kita hairankan sebab ilmu itu perlu diketahui juga untuk manfaat besar buat generasi seterusnya. Ilmu itu adalah ilmu tentang menjaga hati dan jiwa serta ilmu membina rumahtangga bahagia.

(more…)

Read Full Post »

Assalamu’alaikum wa rahmatullah

Ketika dalam bas menuju ke kediaman lepas seharian merayau mencari buku bacaan untuk dibeli. Letih duduk di kerusi dalam bas. Dua tempat duduk. Setelah bergerak lebih 15 minit perjalanan bas, berhenti mengambil penumpang. Sebelah tempat kosong.

Naiklah ramai anak gadis, pelajar IPT kebetulan dalam laluan bas yang sama. Tiba-tiba salah seorang dari mereka duduk di sebelah dengan senang hati. Bila diperhati keliling masih ada kerusi yang kosong untuk diduduki wanita muda ini dan teman sebelahnya adalah wanita juga. Saya naik hairan.

Lantas mencadangkan wanita disebelah saya itu untuk duduk bersama kakak di sana yang masih kosong di sana. Saya bilang itu lebih bagus untuk kita berdua. Dibalasnya, “Kenapa, tak boleh ke?”. Dia bertudung dan kemas pakaiannya. Saya diam sebentar. Berpaling.

(more…)

Read Full Post »

Older Posts »

%d bloggers like this: