Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Media’

Hasil Tanganku

Image

Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Yang kekal hanya tulisanku di atas buku,
Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku,
Doakan keselamatan aku dari azab.

Advertisements

Read Full Post »

Ada 3 macam suruhan Allah agar kita melihat. Tiga cara penglihatan ini perlu kita sebaik mungkin agar memenuhi maksud ‘melihat’.

Raa – lihat dengan pandangan mata kasar – sifat orang munafiq dan kafir sentiasa dapat kita lihat dengan mata kasar kita

Nazoro – melihat dengan akal dan ilmu

Basoro – melihat dengan mata hati

Seandainya, ketiga-tiga teknik melihat di atas tidak kita lakukan, maka teknik ke-4 yang dilarang Allah akan kita gunapakai dan merosakkan diri kehidupan kita, iaitu lah melihat dengan pandangan nafsu semata.

Read Full Post »

Assalamu’alaikum wa rahmatullah

Meneliti nota lama Januari lepas, catitan sebulan sudah. Ada nota dari satu perjumpaan yang bermakna.

Antara isinya adalah:

  • Seruan sesetengah kita yang Muslim kepada yang bukan Muslim: “Jangan main-main dengan Islam!“. Nadanya bagaimana itu? Ada keras dan tidak diplomatik. Menakutkan. Ada Islamophobia.
  • Matlamat kita adalah memperlihatkan ISLAM itu adalah PELINDUNG semua MANUSIA serta alam sekitar. Mengapa mesti bengis?
  • Antara skop Islam adalah – melindungi orang Islammelindungi orang bukan Islammelindungi alam sekitar.
  • Senario kini: mesej yang sampai kepada bukan Islam adalah celaru sebab Muslim turut melakukan perkara haram dan keji. Bagaimana mungkin masyarakat bukan Islam bisa melihat ini?

Wallahu’alam

Read Full Post »

Assalamualaikum sekalian pembaca terhormat. 🙂

Dunia ini agak luas rupanya, saban hari ada sahaja yang akan mencari-cari andai terjumpa maklumat di laman maya teknologi canggih serba moden. Ada yang cuba mencari info berkaitan tugasan harian pembelajaran pemberian pensyarah, ada pula yang suka membaca untuk percambahan idea penguat minda agar terus dioptimumkan penggunaan otak dan ada juga yang membaca untuk diambil pengajaran serta dibuat perkongsian untuk rakan yang tidak sempat membaca di ruangan maya.

Keluasan itu sering juga terdapat cacat dan celanya di samping manfaat yang terlalu besar buat insan yang menggelar mereka hamba Allah. Perkataan ‘hamba’ itu sebenarnya punya hak istimewa dan ianya gelaran paling mulia buat manusia yang mengabdi diri pada Allah. Hatta Nabi Muhammad SAW itu digelar juga hamba Allah yang setia.

Penggunaan blog sedia sahaja diguna sebenarnya untuk kebaikan semua, contohnya: (more…)

Read Full Post »

Penolakan Itu Biasa & Relevan

Dalam keghairahan kita menyampaikan kefahaman Islam kepada masyarakat umum, seringkali kita ditolak mentah-mentah walau belum sempat berkata sepatah pun.

Itu pengalaman kita yang dapat dirasai sedikit daripada sekian banyak episod yang bakal kita hadapi selepas dari tahap ini.

Sesungguhnya akan ada penolakan yang begitu ekstrem dari kalangan umum terhadap apa yang ingin kita cuba dengarkan kepada mereka.

Ya pasti pelbagai faktor kelemahan diri kita menjadi puncanya, namun kita perlu ingat bahawa penolakan itu fitrah dalam dunia ini sebabnya graf kehidupan manusia itu secara keseluruhannya tidaklah sama kesemuanya, mahu menerima sesuatu dengan mudah dan cepat. Terlebih lagi dalam perkara yang menunjukkan kredibiliti ilmunya dan maruahnya.

Inverse response is everywhere.

Maka terimalah hakikat ini dengan senang bahawa ada yang menerima dan ada juga yang menolak dan memalingkan wajahnya.

Wallahualam
Fauzan Ibrahim
Desa Saujana Bangi
MISI 07
10 Jun 2007

Read Full Post »

Older Posts »

%d bloggers like this: