Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Media’

Bahasa Sarana Dakwah

Living The Language
Sekejap bersama akhi Wawan Susanto (Ustaz Wawan atau ustaz Marwan teriak Akh Nahar) dan akhi Kelly Bangun Setiadi (akhi Khalid teriakku) dirasakan sarana atau wacana bahasa itu begitu penting sebabnya kosa kata pada kedua rumpun bangsa yang sama antara kita (Malaysia & Indonesia) banyak bezanya.

Sesuatu kekayaan kepada para duat dengan penguasaan bahasa yang meluas dan banyak. Ia dilihat dari segi semantic pemikiran dan penggunaan bahasa yang tepat dalam menyampaikan segala penjelasan dan maklumat tentang tugas seorang daie.

Bahasa Melayu, Inggeris, Arab dan Jepun, serta bermacam boleh saja dijadikan perantara dakwah kepada mereka yang berminat dan berpotensi untuk sama-sama mempercepat sebaran dakwah sejagat.

Penggunaan bahasa yang pelbagai dapat memudahkan perhubungan dan jaringan dakwah yang boleh meluas. Bahasa memungkinkan golongan daie ini pergi sejauh mungkin dalam lipatan masyarakat yang pelbagai pendidikannya hatta bahasa dapat diwarnakan lagi dengan telo atau loghatnya.

Kita berbincang dari segi pengembangan dakwah pada bukan hanya yang beragama Islam malah kepada yang bukan Islam juga dan kepada mereka yang berminat.

Pastinya alat komunikasi antara dua itu terselit penggunaan bahasa yang sesuai dan memujuk dan mengajak mad’u yang kita harapkan.

Be Semantic, Think Systemic!

Kesedaran dan peningkatan dalam aspek ini selalu sahaja perlu konsisten dan selari dengan aktiviti dakwah seharian yang pastinya juga perlu berkadar terus dan meningkat.

Allahualam

Fauzan Ibrahim
Desa Saujana Bangi
MISI 07
Mukhayyam Intensif Siswa Siswi Islah
10 Jun 2007

Baca juga ๐Ÿ™‚ :

Read Full Post »

« Newer Posts

%d bloggers like this: