Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Organ Dalaman’

Derma Organ…Mahu atau apa?

Assalamu’alaikum wa rahmatullah

Tajuk ini di kalangan blogger agak popular di Malaysia ini, terutamanya selepas kes Tee Hui Yee dan Allahyarhamah Siti Salmah Jasni menjalani proses pemindahan organ hasil penderma budiman.

Singapura, Julai 2007 dilaporkan ada mengemukakan Akta Pemindahan Organ Manusia (Hota) yang memasukkan warga Muslim secara automatik sebagai penderma organ. Usaha ini sebenarnya di Singapura lebih mendapat perhatian dari kalangan warga bukan Muslim.

Di Malaysia, statistik penderma organ dapat dilihat taburannya yang tidak sepadan, iaitu di Malaysia yang rata-rata penduduknya Melayu langsung majoriti beragama Islam, tetap kurang bilangan penderma organ, sedang kaum Melayu dan Muslim juga yang menjadi golongan paling memerlukan organ.

Sumber: Pusat Sumber Transplan Kebangsaan (NTRC) di Hospital Kuala Lumpur. Statistik sehingga 30 November 2005

Menurut Presiden Persatuan Transplantasi Malaysia, Datuk Dr. Zaki Morad Mohd. Zaher, didapati bahawa masih belum ramai individu yang tampil untuk menjadi penderma organ. Untuk tahun 2005, hanya 10 atau 11 orang sahaja yang ke hadapan untuk tujuan mulia ini.

Tidak kira sama ada pesakit itu adalah orang Melayu, Cina ataupun India, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai masyarakat prihatin untuk membantu mereka.

Isu kemasyarakatan seperti ini perlu mendapat sokongan kuat dari kita yang beragama Islam. Sebab apa? Sebab kita jika memberi, ganjarannya sudah tentu pasti lantaran pemberian kita bukan sebab berfikir organ tidak berguna pada badan setelah mati tetapi dek kerana memberi digalakkan dalam Islam.

Tangan yang di atas lebih mulia dari tangan yang di bawah.

Mari Derma Organ, awal Januari 2008 ini, saya dah berniat untuk mendaftar sebagai penderma organ. Tapi sebelum itu mohonlah izin dari keluarga agar semuanya jelas.

BAGAIMANA -MAHU- jadi Penderma Organ?

  • Dapatkan persetujuan keluarga atau penjaga dan keluarga terdekat
  • Dapatkan borang di premis hospital kerajaan
  • lengkapkan borang dan hantar semula
  • hubungi pegawai kesihatan yang sah yang mengurus hal pendermaan organ
  • dapatkan khidmat nasihat pendermaan organ

Read Full Post »

%d bloggers like this: