Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Palestin’

Prinsip dan Etika Perang Nabi

Prinsip dan Etika Perang Nabi

Read Full Post »

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL

rencana@utusan.com.my

SECARA tiba-tiba, Israel kebelakangan ini menerima tekanan antarabangsa yang cukup hebat. Ia bermula dengan Laporan Goldstone pada Oktober lalu yang membuktikan Israel melakukan jenayah perang dan kemanusiaan dalam serangan selama 22 hari ke atas Semenanjung Gaza pada 2008. Awal bulan ini pula, Kesatuan Eropah (EU) mengeluarkan kenyataan supaya Baitulmaqdis dijadikan ibu negara bersama Palestin dan Israel. Pernyataan itu merupakan draf awal yang akan dikeluarkan oleh Sweden selaku Pengerusi EU yang antara lain turut menyebut bahawa Baitulmaqdis Timur seharusnya menjadi ibu negara Palestin pada masa depan. Malah, negara-negara EU turut menyokong tertubuhnya negara Palestin yang terdiri dari Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Pernyataan itu menimbulkan kemarahan Israel apabila ia secara langsung menafikan kedudukan Israel ke atas Baitulmaqdis yang ditawan sejak perang 1967.

Malah, Israel sekali lagi tersentak apabila Britain pula mengeluarkan waran tangkap terhadap Menteri Luar Israel, Tzipi Livni yang menjadi arkitek di sebalik serangan yang membunuh lebih 1,600 penduduk Gaza pada 2008. Waran tangkap itu dikeluarkan ketika Livni dijadual memberi pidato di negara berkenaan. Meskipun waran tangkap itu ditarik balik kerana Livni tidak hadir, namun ia memberi tamparan yang hebat kepada Israel. Apatah lagi Britain sebelum itu juga menghentikan import barangan dari Israel kerana menganggap ia tidak sah kerana dihasilkan di sebuah negara yang tidak sah. Tindak-tanduk Eropah yang menentang Israel itu sebenarnya selaras dengan kemahuan masyarakat antarabangsa yang semakin kuat menolak sikap berdolak-dalik Israel ke atas Palestin. Isu yang paling memberi kesan ialah pembangunan komuniti Israel di wilayah Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur yang secara terang-terangan melanggar resolusi antarabangsa. Isu lain ialah perdagangan organ tawanan perang Palestin yang dijual pada harga beratus-ratus dolar di Israel dan Palestin. Isu ini pernah mendapat liputan meluas media antarabangsa selepas ia pertama kali didedahkan oleh wartawan Sweden dengan bukti bergambar mayat warga Palestin yang dibedah. Kecenderungan Eropah memihak kepada Palestin itu sedikit-sebanyak menyuntik harapan perdamaian bagi konflik yang berusia lebih enam dekad di Asia Barat itu. Tidak keterlaluan juga jika boleh disandarkan harapan, 2010 bakal menjadi tahun yang lebih baik bagi rakyat Palestin.

(more…)

Read Full Post »

Forever Palestine

Mother don’t cry for me I am heading off to war
God almighty is my armour and sword
Palestine, Forever Palestine

Children being killed for throwing stones in the sky
They say to their parents don’t worry, God is on our side
Palestine, Forever Palestine

Mother don’t worry when they come for us at night
Surely they’ll be sorry when God puts them right
Tell me why they’re doing what was done to them
Don’t they know that God is with the oppressed and needy
Perished were the nations that ruled through tyranny
Palestine, Forever Palestine

Children of Palestine are fighting for their lives
They say to their parents we know that Palestine is our right
They to say to their parents we’ll fight for what is right
They say not to worry God is on our side
They say we’ll die for Palestine
Palestine, Forever Palestine

Read Full Post »

Undang-undang Israel ke atas Palestin

Rule #1:

Di Timur Tengah, ianya selalu dikatakan Palestin yang memulakan serangan, dan ketika itulah jua Israel dikatakan sebagai ‘mempertahankan diri sendiri’. Dakwaan ini dipanggil ‘balas dendam‘.

Rule #2:

The Palestinians are not allowed to kill Israelis. This is called “terrorism”.

Orang Palestin tidak dibenarkan membunuh dan menyerang balas askar Israel. Jika berlaku juga, ia dipanggil ‘terrorism’ walau ia berlaku dalam situasi perang.

Rule #3:

Israel has the right to kill Palestinian civilians; this is called “self-defense”, or “collateral damage”.

Israel punya hak mutlak untuk bunuh dan serang rakyat Palestin dan ini dipanggil “pertahan diri sendiri”, atau “tak sengaja” akibat runtuhan bangunan.

Rule #4:

When Israel kills too many Palestinian civilians, the Western world calls for restraint. This is called the “reaction of the 20 international community”.

Apabila Israel telah membunuh ramai rakyat Palestin, Dunia Barat gelar ia -menyekat- tindakan ganas Palestin. Ini juga dipanggil -reaksi sah dan dipatuhi oleh 20 negara antarabangsa-.

(more…)

Read Full Post »

Dihidangkan maklumat yang cukup bermanfaat dari wakil HAMAS, Dr. Hafidzi Mohd Noor.

Ayuh! sama-sama kita jadi jurucakap untuk Hamas, jurubicara keadilan sejagat!

Ada satu isu yang harus (wajib) dijelaskan tentang pendirian Hamas terhadap gesaan gencatan senjata oleh PBB. Majlis Keselamatan yang bersidang telah meluluskan resolusi 1860 dengan sokongan 14-0 (Amerika abstain – tidak mengundi) iaitu kedua-dua pihak Isreal dan Hamas menghentikan serangan.

Khaled Meshal dengan tegas menyatakan pendirian Hamas untuk menolak syarat-syarat gencatan senjata.

[1] Hamas tidak menolak gencatan senjata tetapi syarat-syarat gencatan senjata. Ini untuk menolak dakwaan Hamas tidak berminat untuk mewujudkan keamanan dan menjamin keselamatan orang awam.

[2] Hamas bersedia untuk menghentikan serangan roket seperti yang dikehendaki oleh Resolusi 1860 apabila Israel mengundurkan tenteranya dari Gaza dan membuka semua sempadan dan pintu masuk ke Gaza (termasuk sempadan Rafah di Mesir). Inilah punca kepada penentangan Hamas dan rakyat Palestin. Jangan lupa Gaza terkepung sejak 18 bulan lalu sehingga mencetuskan tragedi kemanusiaan yang dahsyat.

[3] Menerima syarat gencatan senjata yang diluluskan oleh PBB bererti balik kepada status qou iaitu kembali kepada kepungan. Gaza akan terus dicengkam oleh krisis kemanusiaan yang parah. Ini yang disebut oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi: “Rakyat Gaza ada 2 pilihan; Sama ada mati perlahan-lahan akibat kebuluran atau mati dengan segera akibat pengeboman.” Jangan kita biarkan saudara kita tersepit di antara dua pilihan tidak munasabah ini.

[4] Israel sendiri menolak gesaan gencatan senjata ini. Jadi, jangan fokus kepada Hamas tetapi fokus kepada Israel yang merupakan pihak penyerang.

[5] Israel selamanya tidak akan tunduk kepada tekanan antarabangsa termasuk resolusi PBB. Setelah mereka tidak mengendahkan lebih dari 80 resolusi Majlis Keselamatan sejak 1948, apakah mereka akan menerima dan menghormati resolusi terbaru dari PBB?

[6] Syarat gencatan senjata juga yang menghendaki kehadiran tentera asing ditolak oleh Hamas. Ingat, jika OIC berjaya mendapat kelulusan untuk hantar tentera pengaman ianya akan ditolak oleh Israel. Israel yang akan memutuskan tentera negara mana yang dibenarkan untuk menjadi pasukan pengaman di Gaza. Apa yang akan berlaku pasukan pengaman ini hanya akan memastikan keselamatan dan sekuriti Israel untuk terus mengepung dan menduduki Gaza. Sedang pejuang Palestin akan dilumpuhkan, dilucutkan senjata, dihalang dari membentuk pertahanan. Akhirnya Isreal bebas untuk melakukan apa sahaja ke atas wilayah Gaza tanpa sebarang penentangan dari pejuang Palestin.

Moga penerangan di atas dapat mencerahkan kefahaman kita.

Wahai rakyat Malaysia, wahai rakyat Palestin! Jiwa kita bersatu, sehinggalah bumi Al-Quds dibebaskan dari cengkaman Zionis yang zalim berserta sekutunya.

Bacaan Lanjut – Sejarah: Palestin – Israel

Read Full Post »

Older Posts »

%d bloggers like this: