Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Pendidikan’

Wahyu yang pertama diturunkan adalah IQRA’ yang bermaksud baca. Dalam bahasa Inggeris, digunakan perkataan ‘read’ dan ‘recite’.

Dalam kamus Merriam Webster, ‘read’ ditafsirkan dengan banyak penerangan, antaranya:

  1. mempelajari formula minda dalam komunikasi yang disampaikan, membaca sebuah situasi atau jalan cerita
  2. mempelajari, menelaah daripada apa yang dilhat dan dijumpai dalam teks yang dicetak : (to learn from what one has seen or found in writing or printing)
  3. menjadi akrab dengan buku yang dibaca atau isi kandungan yang dibaca : (to become acquainted with or look over the contents of (as a book)
  4. untuk melaksanakan apa yang telah dibaca (to perform the act of reading words)

Tip Membaca Buku: (Kajian dari School of Information, University of Michigan)

  • Pilih buku yang kita minati – Mulakan dengan buku yang diminati dan berkaitan dengan hobi atau kegemaran. Contohnya kita menunggang basikal, maka buku yang kita pilih pastinya mengenai basikal.
  • Membaca untuk menulis – Ini adalah amalan orang yang bijak. Orang bijak selalu menulis setlah dia membaca. Ini adalah asas kepada pembelajaran dan ia akan kekal dalam ingatan. Ia juga menjadi proses asas pembelajaran di sekolah. Membuat nota dan menyiapkan kerja sekolah.
  • Pilih Bahan Bacaan Ringan Dahulu – Merupakan langkah awal untuk memulakan tabiat membaca. Baca buku yang seronok atau penuh dengan gambar.
  • Baca buku yang mencabar dan susah difahami gaya bahasanya – Kaedah ini adalah untuk menambahkan pengetahuan dan mengembangkan kemahiran menguasai bahasa. Hanya dengan membaca bahan seperti ini, seseorang itu mampu meningkatkan kemampuannya ke tahap yang baru. Tidak mungkin seseorang itu akan maju, sekiranya dia asyik membaca buku yang sama sepanjang hidupnya, melainkan dengan kefahaman dan panduan yang mendalam. Buku yang sama boleh dibaca dan menambah keyakianan hanya Al Quran
  • Baca sebuah buku pada satu-satu masa – Untuk menambahkan
  • Tetapkan masa membaca – Lama masa membaca ditentukan oleh tempat dan aktiviti yang kita lalui seharian. Membaca ketika makan amat mengganggu.
  • Kongsikan apa anda baca dengan orang lain – Kaedah ini amat sinonim dengan guru, pensyarah, penceramah dan lain orang yang punyai fungsi menyampaikan sesuatu.
  • Sediakan soalan untuk sebuah buku – Kita sediakan soalan ini adalah seperti ‘Apa yang dibincangkan dalam buku ini?’ – ‘Apa kepentingan tajuk buku ini?’ – ‘ Apa kesimpulan buku ini?’ – ‘Apa bukti buku ini menerangkan begini dan begitu?’ dan berbagai lagi soalan yang boleh difikirkan
  • Baca dari kulit ke kulit – Baca keseluruhan buku. Ini antara kaedah yang kurang diminati bagi pemula atau beginner.
  • Tetapkan Tujuan dan Strategi untuk membaca sesuatu buku – Seseorang itu membaca buku resepi memasak, besar kemungkinannya dia ingin mengetahui sesuatu yag bakal dia masak didapurnya nanti. Seseorang yang lain pula membaca buku mengenai enjin kereta, dia mungkin bersedia untuk membuka sebuah bengkel kereta.
  • Baca 3 kali ulangan – Kali yang pertama untuk meneliti idea besar yang ditulis dalam sebuah buku. Kali yang kedua untuk memahami perincian dan kali yang terakhir adalah untuk menulis nota menggunakan bahasa sendiri.
  • Fokus bahagian yang berisi informasi/maklumat – selak buku pada mukasurat yang sarat dengan maklumat penting dan berguna. Ini menjimatkan masa.

Kesimpulannya, membaca perlu kepada pengurusan yang betul. Membaca adalah satu amalan yang boleh membentuk peribadi dan tindakan.

Read Full Post »

Assalamualaikum

Perhatian kepada semua banin dan banat PMR 2012. Antum boleh download soalan percubaan di sini, moga berjaya.

Klik sini

Read Full Post »

Assalamualaikum

Kepada pelajarku yang dikasihi.
Moga cuti yang singkat ini berhasil mendapatkan antum ruang untuk meneruskan kerja yang masih belum dilangsaikan.
Moga Allah membantu.

Modul 1 – modul 1

Modul 2 – tiada disertakan oleh ana.

Modul 3 – MODUL 3(BARU)

Modul 4 – Modul 4 GS

Jika ada kemusykilan boleh hubungi melalui FB – Fauzan Ibrahim

Moga berjaya

Read Full Post »

DEBAT ini merupakan satu mercu tanda kepada bermulanya politik sihat, politik matang, politik ide dan juga politik bersih yang diimpikan oleh majoriti rakyat Malaysia. Masyarakat sudah meluat dengan politik fitnah, politik identiti dan juga perkauman yang mendominasi dan cuba dipaksakan ke atas mereka.
Rakyat Malaysia amat bertuah kerana terdapat pihak yang sanggup mengusahakan program debat ini agar berjaya. Ia mungkin julung kali diadakan, terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) selari dengan perkembangan politik matang negara-negara maju, dan akan merintis jalan kepada debat-debat lain yang melibatkan ahli politik-ahli politik yang lebih kanan.

Kita berharap permulaan ini akan menatijahkan kemuncaknya iaitu debat di antara calon Perdana Menteri dari kalangan BN dengan calon Perdana Menteri dari kalangan PR.

Kedua-dua ahli politik muda ini memberikan harapan kepada kita bahawa para pemimpin pelapis yang akan menjadi peneraju Malaysia di masa hadapan sudah bersedia untuk membawa perubahan.

Khairy Jamaluddin dalam perkara ini merupakan spesis unik dari partinya. Keberaniannya wajar dijadikan contoh kepada para pemimpin Umno yang sehingga kini masih lagi menikus apabila diajak berdebat di dalam isu-isu melibatkan kepentingan rakyat dan negara.

Bagi Rafizi pula, beliau memberikan harapan baru bahawa PKR dan PR juga sudah bersedia untuk menyajikan para pemimpin berkualiti bertaraf antarabangsa yang boleh membawa Malaysia ke tahap yang lebih baik.

Keberanian Kumpulan Media Karangkraf, Astro Awani dan radio Bernama24 untuk menjadi penganjur bersama debat bersejarah ini wajar diberikan pujian.

Diharapkan media-media cetak dan penyiaran lain akan turut mengikuti jejak langkah mereka di dalam mendidik masyarakat, mematangkan politik negara dan juga memberikan maklumat yang saksama kepada rakyat agar mereka dapat membuat pilihan yang tepat dan adil dalam PRU13 nanti.

Rakyat Malaysia amat merindukan media yang berintegriti, berkualiti, mempunyai kredibel dan menghayati semangat demokratik dan juga politik hujah.

Akhir sekali, kepada rakyat Malaysia, diharapkan dapat mengambil peluang untuk menonton debat yang amat bermakna ini. Segala hujah para pendebat seharusnya membuatkan rakyat berfikir untuk diterjemahkan kepada pilihan mereka dan juga menjadi panduan untuk mereka menjadi warga yang lebih matang.

Semoga langkah yang pertama ini akan mengangkat rakyat Malaysia dari kepompong politik fitnah dan sempit yang dipaksakan ke atas mereka kepada politik yang lebih bertanggungjawab dan mengangkat martabat akal dan kemanusiaan.

* Dr Maszlee Malik, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia akan mengendalikan debat PTPTN 22 Mei 2012

Rakaman – Debat Khairy Jamaludin VS Rafizi

Read Full Post »

Belajar, sesungguhnya seseorang itu tidak dilahirkan alim,
dan tiadalah orang berilmu menyamai orang yang jahil.

Sesungguhnya pembesar kaum yang tiada ilmu,
menjadi kecil bila dikerumuni bala tenteranya (meminta pandangannya).

Seorang yang hina sekiranya berilmu,
ia menjadi besar bila dikerumuni oarang ramai (yang ingin belajar).

Jadi, janganlah redha dengan kerendahan (kehinaan),
Dan janganlah nasib hanya berpada dengan apa yang ditinggal orang terdahulu.

Imam Shafie~

Read Full Post »

Older Posts »

%d bloggers like this: