Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Pendidikan’

Salamun Alaykum,

Kepada semua pembaca.

Artikel ini ditujukan khas pada adik-adik yang baru sahaja menamatkan SPM.

Beberapa artikel boleh dibaca untuk membantu membuat persediaan sebelum menjejakkan kaki ke menara gading.

  1. Memperkasa kerjaya graduan Pengajian Islam – I
  2. Memperkasa kerjaya graduan Pengajian Islam – II
  3. Memperkasa kerjaya graduan Pengajian Islam – III
  4. Kenapa Mahu Menjadi Doktor?
  5. Berpelajaran Tidak Berpendidikan!
  6. Kejayaan yang Tidak Diraikan
  7. Erti Kejayaan Diri
  8. Bimbang Soalan atau Jawapan?
  9. Anjakan Paradigma Huffaz al Quran
  10. Jadilah Manusia Hebat – mengurus dilema
  11. Tutorial Adik-adik Lepasan SPM dan STPM
  12. Kenapa Mahu Menjadi Ustaz?

Semua orang bercakap tentang remaja. 90% berbincang tentang produk yang ingin dijual kepada remaja. Hanya 10% sahaja yang berminat untuk berbincang bagaimana menyelamatkan remaja. Dan dari 10% itu, hanya segelintir yang memindahkan perbincangan kepada agenda. Moga kita termasuk di dalam segelintir yang kecil itu!

Read Full Post »

Catatan 15/4/2011
Fauzan Ibrahim
_____________

turun di Makkah
wahyu yang ke-13 diterima Ar Rasul

________
Apa maksud Al ‘Asr?
_________
– biasanya ia dinisbahkan kepada masa
– namun Quran guna pelbagai istilah untuk menunjuk masa
– ada istilah Dahr (keberadaan alam ini)
– kita pernah satu ketika lahir, dunia ini sudah ada walaupun kita belum lahir
contohnya jika seseorang itu lahir 1950, bumi itu 1949 sudah ada
– adapun ‘asr = itu ialah masa yang dilalui oleh sesuatu – contohnya lahir 1950,
mati pada 1990… maka masa antaranya adalah ‘asr

-waktu – masa dimana satu pekerjaan itu mesti selesai

– ada juga pendapat – waktu solat ‘asr
– ada juga maknanya menurut pendapat yang paling baik – memeras, memerah,
– kenapa dinamakan ‘asr pabila matahari terbenam dinamai ‘asr kerana manusia
sudah hampir selesai kerja dan mahu pulang – waktu itu seakan-akan sudah
terperas keringat usaha manusia

________
ayat 2
________
khusrin – apa sahaja yang negatif dan celaka, mudarat, maka dia khusr atau rugi
________
insan – bererti manusia
– ulama mengkhususkan kalimah ini kepada mukallaf yang boleh berfikir
berakal, dewasa
khusrin – ada tanwin, itu bermaksud aneka ragam, banyak,

sesungguhnya manusia benar-benar dalam aneka kerugian

—————
Kenapa Allah bersumpah dengan masa?
—————
– sebab modal manusia yang paling berharga adalah WAKTUnya

_______
Bila dirasakan RUGI itu?
_______
– akan dirasai ketika asar kehidupan

_______
lafi khusrin = di dalam kerugian
————–
– total, seluruhnya manusia itu rugi

————–
illa = kecuali
————–

ada 4 sifat yang perlu dicakupi secara bersama untuk ELAK dari RUGI

1- menjadi orang beriman
2- orang yang membuat amal soleh dan baik pada diri dan orang lain
3- menyampaikan sesuatu kebenaran
4- menyampaikan kebenaran dengan kesabaran

jika hanya 1 dan 2, tapi 3 dan 4 ditinggalkan ia masih dalam kerugian

nanti bila melaksanakan ke4-4 perkara ini barulah terbebas
daripada kerugian

disambung 18/4/2011
————–
Siapakah orang yang beriman itu?
————–
– iman = pembenaran oleh hati, rasa kagum atau cinta
– orang bercinta selalu ada tanda tanya pada awalnya contohnya seperti
Nabi Ibrahim yang bertanya untuk meneguhkan keyakinannya
– ia juga umpama seperti di lautan samudera kerana mahu ke daratan,
terkumpul 2 rasa, iaitu cemas dan harap, cemas dan takut agar tidak
terjatuh dalam air, namun dalam masa yang sama berharap mahu selamat ke
daratan
– percaya kepada apa yang disampaikan oleh Rasulullah

————–
Siapakah yang beramal soleh?
————–
– ayat ini datang selepas ayat ‘aamanu’
– seakan-akan jika mahu beriman mesti dibuktikan dengan amal pekerjaan
– amal = menggunakan daya fikir, daya qalbu
– tapi yang dituntut beramal itu bukan sebarang amal tetapi amal soleh
– amal soleh yang terpenuhi olehnya sebagai ibadah kepada Allah

————–
Tawasau
————–
– asal kata = wasiya = wasiat
– tanah yang wasiya – adalah tanah yang terus-menerus subur
– wasiat itu – pula adalah sesuatu urusan yang disampaikan dengan
perkataan yang lembut
– maka, tawasau itu sifatnya berterusan dan saling wasiat-mewasiati
– contoh jika Ahmad menyampaikan (mewasiat) kebenaran pada Alif,
Ahmad masih rugi jika Alif tidak mewasiatkan kebenaran kepada Ahmad,
begitu juga sebaliknya

————–
Haq
————–
– Haq – adalah sesuatu yang Mantap dan tidak berubah
– kebenaran itu tidak boleh diubah dan tidak boleh dipertikai
– apakah puncak kepada yang mantap dan tidak berubah? ALLAH

————–
maka, tawasau bil haq itu – adalah saling nasihat-menasihati sesama kita
bersangkut wasiat Allah

banyak wasiat Allah yang terdapat dalam Quran
– wasiat paling besar adalah bertaqwa kepada Allah
– ada 10 wasiat Allah dalam surah al An’am

————–
Sabar
————–
– diperlukan oleh orang muda mahupun tua, orang kaya kaya ataupun miskin
– sabar = bermaksud menahan
– sabar juga adalah KUNCI kejayaan
– orang kaya juga perlukan sabar, jangan semua benda mahu dibeli, tanpa
sebab yang munasabah
– jika orang kaya perlukan sabar, maka orang miskin lagi perlu sebab
dia belum punya banyak perkara
– jika sudah solat fardhu, masih perlu bersabar dan meneruskan solat sunat
– sabar bertujuan membantu mencapai yang terbaik dalam sesuatu yang
dilakukan
– jika tidak bersabar, ia akan tergesa-gesa yang mendekatkan kepada
sifat syaitan (‘ajl)

– sahabat-sahabat Nabi tidak berpisah melainkan dibaca terlebih dahulu
surah Al ‘Asr ini

menurut pandangan Imam Syafiei, jika tiada apa yang diturunkan surah lain,
melainkan surah ini, itu sudah cukup untuk manusia
——–
Soalan
——–

Apakah tips untuk elak menjadi orang rugi?
————–
– kaitkan segala aktiviti harian dengan Allah
– sedarilah bahawa modal kita yang paling besar adalah WAKTU

————–
Bagaimanakah memberi nasihat tanpa menyakiti hati?
————–
– ini telah diisyaratkan oleh kalimah ‘tawasau’
– asal kalimah dari ‘wasiya’ atau ‘wasiat’
– wasiat itu mesti disampaikan dengan kata-kata yang lembut dan memujuk
– meskipun berhadapan dengan penguasa yang bengis dan kejam contoh firman
Allah kepada Nabi Musa supaya berpesan kepada Firaun dengan perkataan
lembut – qaulan laiyinan

————–
Kesimpulan
————–
1. Hargailah masa/waktu
– Nabi ada memberi pesan
– seorang selama belum dikalahkan akalnya oleh nafsunya, peruntukanlah
masanya untuk Tuhan, waktu untuk meneliti dirinya (introspeksi), masa
untuk mengenai kejadian alam (mengaji ilmu), masa untuk keluarga
– masa itu dibahagi secara yang berpatutan

2. Sedarilah penyesalan tidak datang terlebih dahulu, tetapi penyesalan
itu datang sesudah akhir kehidupan

3. Tiada waktu yang sial atau waktu yang mujur, waktu adalah neutral
– tiada hari yang ong, tiada hari yang sial

Read Full Post »

Ada 3 macam suruhan Allah agar kita melihat. Tiga cara penglihatan ini perlu kita sebaik mungkin agar memenuhi maksud ‘melihat’.

Raa – lihat dengan pandangan mata kasar – sifat orang munafiq dan kafir sentiasa dapat kita lihat dengan mata kasar kita

Nazoro – melihat dengan akal dan ilmu

Basoro – melihat dengan mata hati

Seandainya, ketiga-tiga teknik melihat di atas tidak kita lakukan, maka teknik ke-4 yang dilarang Allah akan kita gunapakai dan merosakkan diri kehidupan kita, iaitu lah melihat dengan pandangan nafsu semata.

Read Full Post »

Mengapa Saya ke Sekolah dan Belajar?

Bismillah

“Mengapa ya saya ke sekolah?”

“Kenapa kau pergi sekolah? Kan lebih baik kau ponteng, boleh pergi bersantai di kedai permainan video?”

Dua soalan yang biasa namun masih perlu kita jawab. Bukan jawapan kepada penyoal itu yang penting. Namun jawapan itu penting untuk diri kita yang menjawab.

Eh, kenapa pula? Sebab kita yang menjawab lah yang akan menentukan siapa kita untuk hari ini dan seterusnya.

Ada orang atau guru sering bertanya, ‘Apa cita-cita awak 10 tahun akan datang?’ Soalan yang ditanya ketika berumur 13 tahun. Umur bergelumang dunia bekerja adalah sekitar 23.

Ramai yang boleh menjawab dengan senang hati. Polis, tentera, cikgu, jurutera, doktor, arkitek dan seterusnya.

Jom pergi ke soalan mudah seterusnya, ‘Mengapa awak ke sekolah pada semalam dan hari berikutnya? Adakah sebab awak diminta ibu dan ayah? Atau sebab mahu pergi ke sekolah sebab mahu ikut orang lain yang ke sekolah? Atau sahaja mahu suka dan bergelak ketawa bersama kawan-kawan?”

Untuk belajar lah, apalagi, takkan nak duduk rumah je menghabiskan beras dan lauk! Jawapan yang escapism. Kurang berfikir.

Guru bertanya kembali, ‘Sebab apa awak mahu bercita-cita menjadi seorang anggota polis? Awak pula doktor? Awak pula jurutera? Dan awak semua dengan cita-cita awak masing-masing?’ macam marah bunyi soalan guru tersebut, tapi soalannya makin kritikal.

Semua pelajar tadi terpinga-pinga. Diam seribu bahasa, tiada kata.

“Sebab saya mahu belajar sesuatu agar jadi orang berguna.” seorang pelajar cuba bangun menjawab dan memecah kesunyian.

“Untuk apa awak belajar? Dari umur 6 tahun hingga  17. Itu semua mengambil masa 12 tahun dari tadika hingga ke Tingkatan 5.”

“Tolong orang lain cikgu! Saya nak jadi polis supaya masyarakat saya tenteram dari sebarang jenayah.”

“Baiklah, sekarang ini, boleh jawab tak, siapa yang akan bantu awak untuk berjaya mencapai cita-cita awak semua tadi?”

“Cikgulah, siapa lagi?”

“Yakah begitu?”

“Satu orang pelajar sejak dia mula ke tadika hingga tamat ke tingkatan 5, sudah berapa ramai guru yang mendidik dia? Ramai tentunya! Namun antara pelajar ada juga yang memilih jalan jenayah, jalan susah menjadi perompak dan perogol serta penzina. Adakah cikgu yang ramai tadi yang membantu?”

Sekali lagi, semua diam. Sedang berfikir barangkali untuk jawapan seterusnya.

Namun terus diam, puas mencari jawapan.

“Baiklah, untuk akhir kelas pada hari ini, saya berpesan bahawa yang akan membantu diri awak dalam kebanyakan masa hidup awak bermula hari pertama persekolahan ini, adalah DIRI AWAK SENDIRI. Untuk membantu orang lain di masa kelak, awak terlebih dahulu wajib membantu diri sendiri agar sentiasa belajar bersungguh-sungguh. Sentiasa. Wassalam.”

Read Full Post »

Bismillah

Pengalaman mengajar Al Quran selama hampir 3 tahun memberikan pelbagai inspirasi kepada kaedah mengajar kanak-kanak membaca Al Quran.

Beberapa kaedah perlu disediakan bagi memberi impak yang menyeluruh kepada pembacaan.

Antara:

1. Nasyid sebutan atau makhraj huruf dalam Al Quran (28 huruf) –
2. Nasyid baris panjang mad, pendek dan tanwin –
3. Nasyid mengenal huruf –
4. Nasyid baris sukun
5. Nasyid baris tasydid

perkara 1-5 tanpa dilihatkan bentuk huruf

Alhamdulillah sehingga kini kaedah awal ini dapat membantu pelajar kanak-kanak mengikuti Al Quran secara cepat dan mudah.

Nasyid disampaikan dan dihafaz dengan sebutan betul dan irama yang betul – selama 15 credit hours – atau 15 kali pertemuan tanpa menulis atau sebarang visual kecuali audio

Kaedah ini adalah demi membina perkembangan mendengar kanak-kanak.

Jika dibanyakkan pendengar kanak-kanak pada ayat-ayat Al Quran, mereka akan menghargai Al Quran. Minat membacanya juga bangkit dalam bentuk tulisan yang boleh dilihat.

Pendapat Ulamak Tentang Non Muslim Membaca Al Quran

Read Full Post »

« Newer Posts - Older Posts »

%d bloggers like this: