Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Peperiksaan’

Bismillahir Rahmanir Raheem

Assalamu’alaikum wa rahmatullah 🙂

Sungguh cepat masa berlalu. Memang terkadang ada benar, masa itu kurang dapat kita ukur ia sebab masa itu sendiri adalah kita ini, manusia yang hidup sehari-hari.

Saat ini, semuanya sangat sengit buat mahasiswa. Mereka sedang bergulatan dan berperang dengan diri mereka sendiri untuk memenangi perang peperiksaan akhir semester atau yang terakhir buat pembelajaran dan pengajian.

Meski di antara mereka ini ramai pula juga aktif sebagai penggerak dakwah dan rancak juga sebagai fasilitator sekolah dalam aktiviti motivasi.

Sesungguhnya dalam kesulitan itu ada kesenangan (dan kemudahan).

Demikian, difahami keterangan Allah dalam ayatNya dalam Al Quran berkenaan siapa yang bersungguh dalam menjayakan agama Allah akan dibantuNya dengan bantuan yang tidak disangka-sangka.

Saat ini, ada sahabat yang sedang bersedia untuk menduduki kerusi dalam dewan peperiksaan.

Saat ini juga, ramai juga sahabat yang sedang bertungkus lumus untuk menyudahkankerja terakhir pembaikan dalam projek sarjana muda (PSM) mereka.

Semogalah Allah membantu dan mengurniakan yang muluk-muluk bagi mereka ini yang banyak mengorbankan hari Sabtu dan Ahad mereka untuk ummah. Tidur malam mereka dikurangkan untuk membantu insan lain sambil mengambil iktibar dari peristiwa sekeliling mereka.

Ameen ya Rabbal ‘Alamin.

Read Full Post »

%d bloggers like this: