Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Perjuangan’

Kiriman ini adalah dari kawan yang bersama dalam program Puan Rasya Al Adlouni (Ummu Muhammad) yang merupakan isteri kepada As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi di Masjid Negeri Shah Alam pada 24 Mac 2009, Selasa lalu.

——————–

img_6862

Assalamualaikum,

Alhamdulillah malam semalam, Selasa 24.3.09 saya dapat mendengar penyampaian dari Puan Rasya Al Adlouni (Ummu Muhammad) yang merupakan isteri kepada As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi di Masjid Negeri Shah Alam.

Melihat kepada kekuatan ucapannya dengan suaranya yang begitu bersemangat sambil berdiri terasa seolah-olah yang berucap itu adalah As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi sendiri. Itulah tarbiyah yang telah dilaksanakan oleh Dr Abdul Aziz kepada isterinya yang akan meneruskan usaha-usaha dakwah dan jihad di Palestin walaupun beliau telah pergi menemui Allah swt dalam keadaan “Hidup Dan Mendapat Rezeki DariNYA”.

Puan Rasya Al Adlouni adalah simbol kegigihan wanita Gaza yang telah membuktikan bahwa semangat dan kekuatan wanita yang beriman benar-benar boleh kita jadikan contoh tauladan bagi kaum wanita di negara-negara umat Islam lain. Walaupun umurnya sudah 55 tahun dan kini mempunyai 20 orang cucu, beliau masih mampu berdakwah dan menyampaikan kebenaran tanpa ditimpa oleh perasaan lemah dan gentar. Marilah kita menelusuri jejak dan kekuatan wanita-wanita di Gaza yang sentiasa melahirkan pejuang-pejuang dan mujahid-mujahid yang akan membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Israel.

Inilah kisah sebuah bangsa di atas sejengkal Tanah Suci. Penduduk Syam yang merangkumi Palestin, Lebanon, Syria dan Jordan memang penduduk yang mempunyai sifat keteguhan. Banyak peristiwa yang pernah berlaku di sana dan akan banyak lagi yang kelak akan berlaku di sana di akhir zaman ini. Semua kita harus belajar dari peristiwa ini terutama umat Islam. Semua segi harus menjadi pelajaran termasuk dari sisi kemanusiaan sebagai wanita.
(more…)

Read Full Post »

Sempena sambutan Maulid Nabi SAW yang diraikan setiap tahun pada 12 rabiul Awal maka penulis ingin mengingati peristiwa penting ini dengan berlatar belakangkan perjuangan rakyat Palestin yang semakin mendapat liputan hari ini ekoran dari kepungan dan serangan biadap Israel ke atas Gaza.

Rasulullah SAW adalah Nabi terakhir yang dinanti-nantikan oleh semua terutama dari kalangan ahli kitab (Yahudi dan Nasara). Kelahiran Nabi yang bernama Ahmad ini disebut di dalam kitab Injil dan Taurat (termasuk kitab perjanjian Lama dan Baru iaitu kitab-kitab suci yang diselewengkan oleh rahib-rahib dan rabbi-rabbi yahudi). Malangnya apabila Nabi Muhammad SAW ini muncul di Tanah Arab yang kelahirannya dinantikan dengan tanda-tanda yang amat dikenali oleh mereka berdasarkan apa yang terkandung di dalam kitab-kitab Taurat dan Injil, baginda didustakan. Pendustaan ini dirakamkan oleh Al-Quran seperti dalam surah as-saff. ‘Dan berkata Isa anak Maryam, Wahai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah Rasul yang diutus kepada kamu yang membenarkan apa yang diwahyukan kepada kamu dalam Taurat dan membawa berita gembira tentang kelahiran seorang Rasul yang bernama Ahmad. Apabila Nabi ini diutus mereka mengatakan ‘Ini adalah sihir yang nyata’.

(more…)

Read Full Post »

Undang-undang Israel ke atas Palestin

Rule #1:

Di Timur Tengah, ianya selalu dikatakan Palestin yang memulakan serangan, dan ketika itulah jua Israel dikatakan sebagai ‘mempertahankan diri sendiri’. Dakwaan ini dipanggil ‘balas dendam‘.

Rule #2:

The Palestinians are not allowed to kill Israelis. This is called “terrorism”.

Orang Palestin tidak dibenarkan membunuh dan menyerang balas askar Israel. Jika berlaku juga, ia dipanggil ‘terrorism’ walau ia berlaku dalam situasi perang.

Rule #3:

Israel has the right to kill Palestinian civilians; this is called “self-defense”, or “collateral damage”.

Israel punya hak mutlak untuk bunuh dan serang rakyat Palestin dan ini dipanggil “pertahan diri sendiri”, atau “tak sengaja” akibat runtuhan bangunan.

Rule #4:

When Israel kills too many Palestinian civilians, the Western world calls for restraint. This is called the “reaction of the 20 international community”.

Apabila Israel telah membunuh ramai rakyat Palestin, Dunia Barat gelar ia -menyekat- tindakan ganas Palestin. Ini juga dipanggil -reaksi sah dan dipatuhi oleh 20 negara antarabangsa-.

(more…)

Read Full Post »

Saat langit berwarna merah saga

Dan kerikil perkasa berlarian

Meluncur laksana puluhan peluru

Terbang bersama teriakan takbir

Semua menjadi saksi

Atas langkah keberanianmu

Kita juga menjadi saksi

Atas keteguhanmu

Ketika yahudi-yahudi membantaimu

Merah berkesimbah di tanah airmu

Mewangi harum genangan darahmu

Membebaskan bumi jihad Palestina

Perjuangan telah kau bayar dengan jiwa

Syahid dalam cintaNya

Bacaan Lanjut – Sejarah: Palestin – Israel

Read Full Post »

Bismillahir Rahmanir Raheem

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (Al Baqarah: 214)

Sungguh oleh sebab terlalu cintanya Yusuf kepada Allah, dia diduga dengan godaan isteri tuannya hingga dipenjara kerana fitnah.

Sungguh Muhammad Abdullah itu, Rasulullah yang paling dikasihi Allah, paling dekat dengan kita umatnya telah dibiarkan merasai kesusahan berdakwah. Ditohmah, dicaci, dicarut, diugut bunuh, dihunjam anak panah, diserang bunuh, dibunuh rakannya, dipulau kaum sekelilingnya, dibiar lapar, diperangi negerinya.

Kini di Mesir 15 April 2008 lalu, episod itu berlaku lagi dan ia takkan berhenti setakat itu. Hingga benar pengumuman Allah kepada semua bahawa kebenaran itu memang menuntut yang besar dari diri setiap Muslim.

15 April) Mahkamah Tentera Mesir menjatuhkan hukuman ke atas Khairat Syatir, Naib Kedua Mursyid Am Ikhwan Muslimin dan anggota Ikhwan yang dikenali sebagai ‘kumpulan 40′. Beliau dan 39 pimpinan dan ahli Ikhwan yang lain telah ditahan pada 12 Disember 2006 yang lepas di atas dakwaan ‘penyeludupan dan pembersihan wang (money laundering)’ dan ‘cubaan menghidupkan semula organisasi yang telah diharamkan’. Dakwaan itu sepatutnya dibicarakan di mahkamah biasa. Tetapi pihak kerajaan Mesir menukarnya ke Mahkamah Tentera pada 6 Februari 2007 dan mereka tidak dibenarkan untuk diikat jamin.

Di antara mereka yang aku baca tulisan tangannya seperti saudara Dr. Taufiq Yusuf Al Waie. Dipenjarakan 10 tahun.

Ya Allah betapa hebat perjuangan kekasihMu kau berikan. Terkedu kelu, demi yang dicita rupanya begitu besar galang gantinya. Meluap darah mereka Kau beli. Mereka redha memberi.

Bacaan luas:

(more…)

Read Full Post »

Older Posts »

%d bloggers like this: