Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Pesan’

Hasil Tanganku

Image

Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Yang kekal hanya tulisanku di atas buku,
Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku,
Doakan keselamatan aku dari azab.

Advertisements

Read Full Post »

Salamun Alaykum,

Kepada semua pembaca.

Artikel ini ditujukan khas pada adik-adik yang baru sahaja menamatkan SPM.

Beberapa artikel boleh dibaca untuk membantu membuat persediaan sebelum menjejakkan kaki ke menara gading.

  1. Memperkasa kerjaya graduan Pengajian Islam – I
  2. Memperkasa kerjaya graduan Pengajian Islam – II
  3. Memperkasa kerjaya graduan Pengajian Islam – III
  4. Kenapa Mahu Menjadi Doktor?
  5. Berpelajaran Tidak Berpendidikan!
  6. Kejayaan yang Tidak Diraikan
  7. Erti Kejayaan Diri
  8. Bimbang Soalan atau Jawapan?
  9. Anjakan Paradigma Huffaz al Quran
  10. Jadilah Manusia Hebat – mengurus dilema
  11. Tutorial Adik-adik Lepasan SPM dan STPM
  12. Kenapa Mahu Menjadi Ustaz?

Semua orang bercakap tentang remaja. 90% berbincang tentang produk yang ingin dijual kepada remaja. Hanya 10% sahaja yang berminat untuk berbincang bagaimana menyelamatkan remaja. Dan dari 10% itu, hanya segelintir yang memindahkan perbincangan kepada agenda. Moga kita termasuk di dalam segelintir yang kecil itu!

Read Full Post »

Sesungguhnya indah sungguh kehidupan ini bilamana dua orang sahabat berlainan etnik bersatupadu dan berkasih sayang dan meraikan sesama dengannya.

Bilamana seorang ini sakit, maka sahabat yang satu lagi berusaha mencari ubat buat mengubati sahabatnya yang tenat itu.

Bilamana sahabatnya resah dalam hati, melihat airmukanya, si sahabat yang satu ini cepat menangkap dan cuba memahami keadaan sahabatnya itu dan cuba membantunya.

Tatkala sahabat yang satu ini, dalam kesusahan perang, sahabat yang kejauhan ini sanggup di negerinya berbuat segalanya untuk membantu rakannya yang di sana itu…hingga sanggup mengajak orang lain membantunya bersama…dan turut membantah dan berpiket kepada si zalim yang menjadi pengacau kepada sahabat tadi…

Bilamana dirinya didengarkan buruk pada sahabatnya tadi, dirinya tiada pula cepat melenting akan khabar angin palsu itu, malah dirinya hanya bertambah akan kebaikannya pada sahabatnya.

Mendengarkan segala keburukan dari sikap sahabatnya, dirinya sentiasa hanya mahu membimbing sahabatnya yang bersalah jauh dari cepat menghukum dan menghina.

Ar Rasul pada sahabat baginda tidak terasakan asing, bila berucap, semua sahabat merasakan ucapan baginda khususnya dirinya seorang. Malahan merasa seronok untuk bersama dengan Ar Rasul tanpa ragu dan bimbang.

Seagung cinta kasih Abu Bakar, sehebat kukuh sayang Umar Al Khattab, dan setulus ihsan rindu sahabat lain berjuang bersama Ar Rasul. Begitu sekali pendam hati sahabat Ar Rasul meski baginda bertahun sudah pergi menemui Kasih Ar Rahman.

Inilah dia ciri Ansar dan Muhajirin, golongan yang saling bantu-membantu dan golongan yang berhijrah untuk mencari kebaikan, keduanya hanya mencari keredhaan Allah…mereka telah berkorban sesama sendiri dalam lapangan harta, masa, tenaga, idea, hati, jiwa, keluarga dan nyawa mereka dalam menjayakan pesanan Ar Rasul kepada mereka iaitu menjaga dan memperkuatkan di antara satu sama lain.

Kelak keduanya akan diuji dengan pelbagai dugaan samada diantara keduanya, ataupun ujian menentang kebatilan dan kezaliman…mereka Ansar dan Muhajirin telah teruji dan terduga, KITA Pula akan…

wallahualam

Read Full Post »

Temui Cahaya

Assalamu’alaikum wa rahmatullah
(Buat Yong Jin Dian)

Dalam keramaian berdiskusi,
Kita sama menuntut ilmu,
Di lapangan sendiri,
Sememangnya aku tidak memberi,
Tetapi kebaikan itu hadir
Sebab engkau yang menerima dan menyambutnya!

Pesananmu padaku menjelaskan kau lebih matang dari umurmu,
Hatimu terasa tulus kudus,
Mencari kebenaran bukan mudah,
Ia perlu masa dan keazaman,
Ku tanya di mana pendirianmu?

Kau jawab hanya engkau dan Tuhan yang tahu!

Aku tersenyum,
Kau menyedari Tuhan dalam hidupmu,
Ku berharap kita bertemu dalam cahaya sebenar!

 

Mereka mengira dirinya berbudi kepadamu (wahai Muhammad) dengan sebab mereka telah Islam (tidak melawan dan tidak menentang). Katakanlah (kepada mereka): Janganlah kamu mengira keIslaman kamu itu sebagai budi kepadaku, bahkan (kalaulah sah dakwaan kamu itu sekalipun maka) Allah jualah yang berhak membangkit-bangkitkan budiNya kepada kamu, kerana Dialah yang memimpin kamu kepada iman (yang kamu dakwakan itu), kalau betul kamu orang-orang yang benar (pengakuan imannya). Surah Al Hujurat ayat 17.

Read Full Post »

Pesan Abang

Assalamu’alaikum wa rahmatullah

Lirik lagu ini saya tujukan buat adik-adik saya, yang perempuan utamanya. Nurul Hidayah binti Md Ibrahim dan Nur Faizah binti Md Ibrahim. Adik lelaki namanya, Muhammad Izzuan bin Md Ibrahim, Mohd Aidil bin Md Ibrahim, Muhammad Isa bin Md Ibrahim dan Mohamad Amin bin Md Ibrahim.

Adikku muda remaja
Awasi bila melangkah
Wajah mu manis bak gula,
Pasti ramai kan tergoda
Tidak dilarang kau bersuka
Asal tahu kan batasnya
Jangan sampai adik terlupa
Harapan dan cita-cita

Ibu dan ayah menaruh harapan
Agar kau berjaya di hari kemudian

Bila tiba waktu petang
Dari sekolah kau pulang
Bergalas buku di pinggang
Siapa lihat tertawan
Adik masih bersekolah
Awas segala dugaan
Adik kan ambil periksa
Agar senang masa depan

Tumpukan perhatian dengan sepenuhnya
Serahkan selainnya kepada yang Esa

Bila adik telah berjaya
Abang kan turut gembira
Tapi andai sebaliknya
Jangan kau rasa kecewa
Sekali adik terkandas
Bukan untuk selamanya
Di hati sematkan pesanan
Ingat abang, tetap sayang!

Read Full Post »

Older Posts »

%d bloggers like this: