Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Pilihanraya’

DEBAT ini merupakan satu mercu tanda kepada bermulanya politik sihat, politik matang, politik ide dan juga politik bersih yang diimpikan oleh majoriti rakyat Malaysia. Masyarakat sudah meluat dengan politik fitnah, politik identiti dan juga perkauman yang mendominasi dan cuba dipaksakan ke atas mereka.
Rakyat Malaysia amat bertuah kerana terdapat pihak yang sanggup mengusahakan program debat ini agar berjaya. Ia mungkin julung kali diadakan, terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) selari dengan perkembangan politik matang negara-negara maju, dan akan merintis jalan kepada debat-debat lain yang melibatkan ahli politik-ahli politik yang lebih kanan.

Kita berharap permulaan ini akan menatijahkan kemuncaknya iaitu debat di antara calon Perdana Menteri dari kalangan BN dengan calon Perdana Menteri dari kalangan PR.

Kedua-dua ahli politik muda ini memberikan harapan kepada kita bahawa para pemimpin pelapis yang akan menjadi peneraju Malaysia di masa hadapan sudah bersedia untuk membawa perubahan.

Khairy Jamaluddin dalam perkara ini merupakan spesis unik dari partinya. Keberaniannya wajar dijadikan contoh kepada para pemimpin Umno yang sehingga kini masih lagi menikus apabila diajak berdebat di dalam isu-isu melibatkan kepentingan rakyat dan negara.

Bagi Rafizi pula, beliau memberikan harapan baru bahawa PKR dan PR juga sudah bersedia untuk menyajikan para pemimpin berkualiti bertaraf antarabangsa yang boleh membawa Malaysia ke tahap yang lebih baik.

Keberanian Kumpulan Media Karangkraf, Astro Awani dan radio Bernama24 untuk menjadi penganjur bersama debat bersejarah ini wajar diberikan pujian.

Diharapkan media-media cetak dan penyiaran lain akan turut mengikuti jejak langkah mereka di dalam mendidik masyarakat, mematangkan politik negara dan juga memberikan maklumat yang saksama kepada rakyat agar mereka dapat membuat pilihan yang tepat dan adil dalam PRU13 nanti.

Rakyat Malaysia amat merindukan media yang berintegriti, berkualiti, mempunyai kredibel dan menghayati semangat demokratik dan juga politik hujah.

Akhir sekali, kepada rakyat Malaysia, diharapkan dapat mengambil peluang untuk menonton debat yang amat bermakna ini. Segala hujah para pendebat seharusnya membuatkan rakyat berfikir untuk diterjemahkan kepada pilihan mereka dan juga menjadi panduan untuk mereka menjadi warga yang lebih matang.

Semoga langkah yang pertama ini akan mengangkat rakyat Malaysia dari kepompong politik fitnah dan sempit yang dipaksakan ke atas mereka kepada politik yang lebih bertanggungjawab dan mengangkat martabat akal dan kemanusiaan.

* Dr Maszlee Malik, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia akan mengendalikan debat PTPTN 22 Mei 2012

Rakaman – Debat Khairy Jamaludin VS Rafizi

Read Full Post »

Pasca Bersih 3.0

Soalan dalam internet:

ikhlas dari saya.harap tiada apa2 persepsi yg tidak sepatutnya.mengapa yg memimpin bersih bukan tok tok guru?mengapa mesti ambiga.saya tahu bahawa kita sokong bersih kerana tuntutan2nya dan bukan ambiga tapi saya cuma musykil mengapa tiada orang kita yg boleh pimpin agar ia lebih bersih, halalan toyyiban.

Jawapan:

Dalam kes BERSIH, Ambiga bukan orang utama. Media tidak highlight A Samad Said. Ambiga berada di posisinya atas tujuan-tujuan yang dipersetujui bersama oleh anggota BERSIH dalam konteks BERSIH. Apa yang saya tahu, AMBIGA adalah orang berjawatan penting di dalam PBB dan posisi beliau itu membantu isu BERSIH dilihat selari dengan polisi antarabangsa terhadap tuntutan pilihanraya yang bersih (yang memang selalunya kotor di negara-negara umat Islam). Ada pun Ambiga itu sekian-sekian… ia tiada kena mengena dengan BERSIH. BERSIH bukan isu ‘Fekah’ untuk dipimpin oleh ‘tok-tok guru’. Sebagaimana Abu Hurairah tidak menjadi khalifah di zaman Yazid bin Muawiyah ketika mana Abu Hurairah adalah ‘tok guru terbesar’ di zaman berkenaan.

Artikel lain:

  1. Bersih 3.0: Rakyat boleh dibelasah kerana mahu jaga Dataran?
  2. TIPS MENGUNDI DALAM PILIHANRAYA

Read Full Post »

Assalamu’alaikum wa rahmatullah

Ini adalah dipaparkan kepada mahasiswa yang sudah berdaftar tapi masih samar-samar untuk keluar mengundi atau tidak serta musykil dengan AUKU 1971. Sila baca di bawah untuk pencerahan. Kita ada tanggungjawab untuk mengundi.

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 (AKTA 30)

Cabutan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30)

15. Prohibition on a student or a students’ organization, body or group associating with societies, etc., except as provided under the Constitution or approved by the Vice-Chancellor.

(more…)

Read Full Post »

Assalamu’alaikum wa rahmatullah

Beberapa tips untuk mengundi:

  1. Kita mengundi atas dasar prinsip memenangkan kebenaran dan membanteras kezaliman.
  2. Undilah bukan Muslim, sekiranya membanteras kezaliman, abaikan Muslim sekiranya tidak berlaku adil.
  3. Bantulah si zalim dan yang dizalimi – si zalim (pemerintah yang tidak adil), dia dibantu dengan mencegah dia dari membuat zalim & yang dizalimi (rakyat yang tertindas dari politik yang dimainkan)
  4. Tidak kira Muslim atau bukan, kita undi -… dalam pilihanraya, asal sahaja memenangkan keadilan dan kebenaran itu menjadi keutamaan dari merebaknya kezaliman bakal pemerintah atau sistem yang dipakai kelak.

Berkenaan minda pengundi:

  1. Pedulisma kita macamana? – peka atau pekak, celik atau buta, berfikir atau simplistik. Al-A’raf 7: 179.
  2. Tidak untuk 5 rukun hidup iaitu makan, minum, kerja, rehat dan kahwin (atau tidak berkahwin tetapi hidup macam orang kahwin). – minda binatang ternak lagi sesat.

Baca juga:

Read Full Post »

Assalamu’alaikum wa rahmatullah

Perdana Menteri Malaysia Kelima telah mengumumkan pembubaran Parlimen semalam 13 Februari 2008 bagi membolehkan Pilihanraya Umum ke 12 diadakan dalam tempoh 60 hari.

Serentak dengan ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) semua negeri kecuali Sarawak dibubarkan. Oleh itu mulai hari ini sehingga Pilihanraya nanti, tiada Parlimen, ahli Parlimen, Kabinet dan kepimpinan kecuali “caretaker” (penjaga) negara yang sementara iaitu Kabinet lalu.

Hari ini Rakyat yang berkuasa menentu pimpinan baru. Rakyat Malaysia adalah Hakim, Barisan Nasional adalah Peguambela, Barisan Alternatif adalah Peguamcara dan yang tertuduh adalah Perlaksanaan Syariat Allah kearah Kesejahteraan Rakyat Dalam Malaysia dan Peranan Malaysia Menyebar Dakwah Islam ke Rantau Luar Malaysia.

Sehingga ke hari Pilihanraya nanti, mulai hari ini negara Malaysia adalah satu sidang Mahkamah yang besar! Semua yang hadir di sidang, perhatian mereka tertumpu kepada hakim dan keputusannya!

Dan jangan kamu menyembunyikan persaksian. Sesiapa yang menyembunyikannya, sesungguhnya hatinya berdosa. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

(Al Baqarah: ayat 283).

Kepada Allah swt kita berdoa semoga Dia menjadikan Malaysia

Negara yang baik dan Tuhannya Maha Pengampun – Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur.

(Saba: ayat 15)

dan rakyat Malaysia seperti dalam firmanNya,

Dan orang-orang yang diteguhkan Allah dimuka bumi (dengan pemerintahan, kelayakan, kemampuan dsb), mereka mendirikan solat, membayar zakat, menyeru kepada makruf, mencegah munkar, dan untuk Allah kesudahan tiap sesuatu (syariat, undang-undang, kehakiman, pendidikan dsb).

(Al Hajj: ayat 41).

Sekadar makluman, di sini disetakan beberapa fakta mengenai pilihanraya yg patut diketahui:

  1. Calon yang hendak bertanding di peringkat parlimen perlu membayar deposit sebanyak RM10,000 manakala untuk calon DUN RM5,000. Duit deposit ini akan dikembalikan selepas hari mengundi, dengan syarat undi yang diperoleh calon tersebut at least 1/8 dari undi yang dibuang.
  2. Semasa hari penamaan calon, calon-calon yang ingin bertanding mesti mendaftarkan diri antara pukul 9 pagi ke 10 pagi (24/2/2008 nanti).
  3. Dua (2) perkara baru yang akan diperkenalkan dalam pilihanraya kali ini;
    1. Sejenis dakwat akan dicalit pada kuku jari telunjuk tangan kiri sebagai bukti telah mengundi, untuk mengurangkan pengundi hantu. Dakwat ini ditempah khas dari India.
    2. Peti undi yang lutsinar akan digunakan.

Read Full Post »

%d bloggers like this: