Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Pimpin’

Assalamualaikum wa rahmatullah

Pilihanraya Umum 12, 2008 telah menunjukkan pelbagai keputusan yang mengejutkan dan penuh pertanggungjawaban sama ada kepada yang menang mahupun kepada yang kalah.

Yang menang menerima pertanggungjawaban, yang kalah menerima pengajaran.

Barisan Alternatif yang terdiri daripada PKR-DAP-PAS telah menjadi tempat rakyat menyatakan hasrat mereka, sambil diberi peluang oleh rakyat agar menunjukkan yang terbaik. Barisan Nasional masih dikekalkan di beberapa negeri dan masih memegang banyak kerusi parlimen.

Kebijaksanaan Barisan Alternatif dalam soal meraih undi adalah sangat dipuji, sambil relevannya isu yang diperjuangkan.

Apapun, ini adalah dalam peringkat seperti ‘membina semula’ kerajaan. Semuanya seakan baru bermula semula dengan banyak negeri menerima Menteri Besar baru dan kepimpinan parti yang baru.

Keterbukaan dalam menerima pendapat sambil mencari fokus dalam pembangunan rakyat adalah lebih diutamakan dari lemparan kata-kata hinaan dan rasa kecewa dengan kekalahan lalu.

Yang baik dijadikan contoh, yang buruk dibuat sempadan.

Kepelbagaian dalam barisan kepimpinan negeri perlu sinergi serta fokus utama seharusnya dicari di samping mengutamakan yang utama dalam segala urusan demi kepentingan umum, tidak pula menggadai prinsip.

Kita semua rakyat, sebahagian yang dipilih menjadi pemimpin adalah sebenarnya hamba rakyat yanag ditugaskan untuk melancarkan sistem hidup berjiran di samping menuntut semua rakyat membantu.

Wallahualam, ke syurga bukan dengan parti, tapi dengan amal kerja yang mabrur lagi ihsan di sisi Tuhan.

Moga-moga Allah memberikan yang terbaik dan sememangnya Dia akan memberikan yang terbaik buat hambaNya yang bekerja untuk yang terbaik dalam kerja usahanya.

Baca juga:

Read Full Post »

%d bloggers like this: