Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Poem’

Hamba dan Tuan

Dalam-dalam diamat,
renung pada gelas berisi air penuh bersih,
perlahan-lahan diminum air masuk dalam tekak,
dalam-dalam dirasa nikmat dahaga sudah diusir pergi,
begitulah juga dalam-dalamnya rasa cinta Tuan pada hamba.

Hamba merasa sejuknya dalam pelukan Tuan,
sehari-hari hamba pergi dalam kepayahan,
Tuan lah yang meringankan malah menenangkan,

Dalam-dalam hamba baca pesanan Tuan,
Apa makna menjadi hamba?
Dalam-dalam juga hamba faham bagaimana caranya,
Moga hamba faham apa jawapannya,
juga benar amalnya.

Fauzan Ibrahim
22 Julai 2008

Read Full Post »

Kawan Setia?

pravs-j-hold-on-to-friendship.jpg

Pabila si dia berasing diri,
Masih sentiasa bersama meskipun hanya di hati,
Sebab dia begitu tulus,
Selalu ingin bertanya khabar dalam kudus,

Si dia yang setia itu memahami,
Persahabatan tidak mungkin boleh dirancang,
Hanya mampu bersedia,
Dia mengajarmu persahabatan itu terjadi,
Hanya bilamana dua insan saling memberi,
Hadiah yang melindungimu setiap hari.

Bersahabat itu dia kata,
Terbit bila segala rasa bersama,
Walau senyuman cuma,
Ia merentas masa dan batas ruang, bilangnya.

Dunia ini sekitarnya berubah,
Tiada yang kekal gagah,
Namun setia kawan tetap tak tergugah,
Diuji masa tiada kalah,
Sambil merawathilang segala luka dan resah.

Ya Allah,
Rahmatilah hati ini, demikian aku berdoa!
Moga ia selamat, baik fajar siang mahupun malam gulita.

Aku mahu kau berjanji sahabat,
Kau akan kuat,
Takkan dibiar gelap pada nyanyian dan semangat,

Janji padaku lagi hai rafiqi,
Setia itu tidak pernah mati,
Kita tetap sahabat setia sebab iman kita menjadi!

Read Full Post »

%d bloggers like this: