Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Politik’

DEBAT ini merupakan satu mercu tanda kepada bermulanya politik sihat, politik matang, politik ide dan juga politik bersih yang diimpikan oleh majoriti rakyat Malaysia. Masyarakat sudah meluat dengan politik fitnah, politik identiti dan juga perkauman yang mendominasi dan cuba dipaksakan ke atas mereka.
Rakyat Malaysia amat bertuah kerana terdapat pihak yang sanggup mengusahakan program debat ini agar berjaya. Ia mungkin julung kali diadakan, terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) selari dengan perkembangan politik matang negara-negara maju, dan akan merintis jalan kepada debat-debat lain yang melibatkan ahli politik-ahli politik yang lebih kanan.

Kita berharap permulaan ini akan menatijahkan kemuncaknya iaitu debat di antara calon Perdana Menteri dari kalangan BN dengan calon Perdana Menteri dari kalangan PR.

Kedua-dua ahli politik muda ini memberikan harapan kepada kita bahawa para pemimpin pelapis yang akan menjadi peneraju Malaysia di masa hadapan sudah bersedia untuk membawa perubahan.

Khairy Jamaluddin dalam perkara ini merupakan spesis unik dari partinya. Keberaniannya wajar dijadikan contoh kepada para pemimpin Umno yang sehingga kini masih lagi menikus apabila diajak berdebat di dalam isu-isu melibatkan kepentingan rakyat dan negara.

Bagi Rafizi pula, beliau memberikan harapan baru bahawa PKR dan PR juga sudah bersedia untuk menyajikan para pemimpin berkualiti bertaraf antarabangsa yang boleh membawa Malaysia ke tahap yang lebih baik.

Keberanian Kumpulan Media Karangkraf, Astro Awani dan radio Bernama24 untuk menjadi penganjur bersama debat bersejarah ini wajar diberikan pujian.

Diharapkan media-media cetak dan penyiaran lain akan turut mengikuti jejak langkah mereka di dalam mendidik masyarakat, mematangkan politik negara dan juga memberikan maklumat yang saksama kepada rakyat agar mereka dapat membuat pilihan yang tepat dan adil dalam PRU13 nanti.

Rakyat Malaysia amat merindukan media yang berintegriti, berkualiti, mempunyai kredibel dan menghayati semangat demokratik dan juga politik hujah.

Akhir sekali, kepada rakyat Malaysia, diharapkan dapat mengambil peluang untuk menonton debat yang amat bermakna ini. Segala hujah para pendebat seharusnya membuatkan rakyat berfikir untuk diterjemahkan kepada pilihan mereka dan juga menjadi panduan untuk mereka menjadi warga yang lebih matang.

Semoga langkah yang pertama ini akan mengangkat rakyat Malaysia dari kepompong politik fitnah dan sempit yang dipaksakan ke atas mereka kepada politik yang lebih bertanggungjawab dan mengangkat martabat akal dan kemanusiaan.

* Dr Maszlee Malik, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia akan mengendalikan debat PTPTN 22 Mei 2012

Rakaman – Debat Khairy Jamaludin VS Rafizi

Advertisements

Read Full Post »

Assalamualaikum wa rahmatullah

Pilihanraya Umum 12, 2008 telah menunjukkan pelbagai keputusan yang mengejutkan dan penuh pertanggungjawaban sama ada kepada yang menang mahupun kepada yang kalah.

Yang menang menerima pertanggungjawaban, yang kalah menerima pengajaran.

Barisan Alternatif yang terdiri daripada PKR-DAP-PAS telah menjadi tempat rakyat menyatakan hasrat mereka, sambil diberi peluang oleh rakyat agar menunjukkan yang terbaik. Barisan Nasional masih dikekalkan di beberapa negeri dan masih memegang banyak kerusi parlimen.

Kebijaksanaan Barisan Alternatif dalam soal meraih undi adalah sangat dipuji, sambil relevannya isu yang diperjuangkan.

Apapun, ini adalah dalam peringkat seperti ‘membina semula’ kerajaan. Semuanya seakan baru bermula semula dengan banyak negeri menerima Menteri Besar baru dan kepimpinan parti yang baru.

Keterbukaan dalam menerima pendapat sambil mencari fokus dalam pembangunan rakyat adalah lebih diutamakan dari lemparan kata-kata hinaan dan rasa kecewa dengan kekalahan lalu.

Yang baik dijadikan contoh, yang buruk dibuat sempadan.

Kepelbagaian dalam barisan kepimpinan negeri perlu sinergi serta fokus utama seharusnya dicari di samping mengutamakan yang utama dalam segala urusan demi kepentingan umum, tidak pula menggadai prinsip.

Kita semua rakyat, sebahagian yang dipilih menjadi pemimpin adalah sebenarnya hamba rakyat yanag ditugaskan untuk melancarkan sistem hidup berjiran di samping menuntut semua rakyat membantu.

Wallahualam, ke syurga bukan dengan parti, tapi dengan amal kerja yang mabrur lagi ihsan di sisi Tuhan.

Moga-moga Allah memberikan yang terbaik dan sememangnya Dia akan memberikan yang terbaik buat hambaNya yang bekerja untuk yang terbaik dalam kerja usahanya.

Baca juga:

Read Full Post »

management_leadership.jpg

Assalamu’alaikum wa rahmatullah

Memang ada kebenaran apa yang telah dinukilkan oleh saudara Maszlee Malik dalam ruangannya bertajuk Dinasti Politik di Malaysia.

Kepimpinan dinasti atau warisan wujud dalam politik kepartian di Malaysia. Antara yang disebut oleh Maszlee:

Antara fenomena yang menarik juga ialah penerusan dinasti politik, samada di pihak parti BN dan juga parti-parti lain seperti PKR, DAP dan PAS. Khairy, menantu Pak Lah, Mukhriz anak Mahathir, Nurul Izzah anak Anwar Ibrahim, Wan Azizah isteri Anwar, Lim Guan Eng anak Lim Kit Siang, Gobind Deo Singh anak Karpal Singh, Hishamudin anak Hussein Onn, Najib anak Tun Razak, Mujahid anak Yusuf Rawa, Aziz adik Kadir Syeikh Fadzir, Ismail Kassim adik Shahidan Kassim dan lain-lain lagi.

Apakah natijahnya kesan dari bentuk pemerintahan seperti ini?

Wallahualam. Lebih bagus jika yang layak diketengahkan dari segi pemikiran dan kebolehan serta kredibliti memimpin lebih dititikberatkan. Maslahat ummah secara am di Malaysia, kita perlu diutamakan.

Wahai Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, berikanlah kami kebijaksanaan dan kekuatan bagi memilih yang terbaik dalam urusan kami. Sesungguhnya Engkau Bijak dalam aturanMu dan sungguhnya menjadi yang terbaik itu bukan pilihan tetapi suatu perintahMU! Berikanlah kesabaran, ketegaran dan ketabahan.

Baca juga:

Read Full Post »

Assalamu’alaikum wa rahmatullah
Dalam surah Al Hajj ayat 40-41, Allah berfirman:
al-hajj-40-41.jpg
Sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha Perkasa. Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang munkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali segala urusan.
Apabila ada di sana seorang yang soleh, kamu akan dapati padanya faktor-faktor kejayaan, demikian pesan Hasan Al Banna.

(more…)

Read Full Post »

Assalamu’alaikum wa rahmatullah

Generasi muda hari ini kebanyakan mendapat pengetahuan politik dari sejarah yang bertulis dan perdebatan dari kalangan generasi yang terlibat secara langsung dengan politik. Melihat satu sisi yang lain, generasi muda yang mula menunjangi masyarakat massa hari ini tidak begitu memahami apakah politik yang sebenar.

Jika dahulu dalam sejarah, pengamalan politik adalah pelbagai seperti Marxisme, Secularism, dan sebagainya yang masih diamalkan sehingga kini. Kini manusia masih mencari-cari sistem politik yang serupa apakah yang paling membawa keuntungan kepada semua pihak. Keuntungan yang bermaksud dari keadilan, kemewahan, kefahaman yang jelas tanpa penipuan oleh golongan pengamal politik dan sistem yang digunapakai.

Setengah orang memahami politik hanya dimainkan oleh ahli politik tanpa sedar ia juga melibatkan ekonomi, pendidikan, sektor pekerjaan, pembangunan negara, hubungan antara negara luar dan keagamaan yang berbeza.

(more…)

Read Full Post »

Older Posts »

%d bloggers like this: