Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Praktikal’

Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah syukur, dalam pada masa anda menuruni scroll browser internet anda, walaupun bukan di laman ini, anda telah melakukan proses pembacaan. Mudah-mudahan kita mendapat manfaat.

Tujuan pertama saya telah pun berjaya dengan mengjak ramai pengguna internet turut sama merangsang minda dan ingatan. Tidak dilupakan tujuan dan manfaat di dunia online, hasil sebenarnya diterjemahkan ke dalam dunia offline. Kadangnya terdapat golongan yang mendekati dunia online ini sebagai salah satu punca rezeki yang membina jambatan persaudaraan, budaya dan tamadun pengetahuan.

Hakikat Pembacaan

Suruhan Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah Al ‘Ala yang menegaskan dalam ayat pertama sekali tentang perihal MEMBACA, kata Allah itu dimulakan dengan kata suruhan yang difahami dengan penegasan iaitu BACALAH disambung pula dengan DENGAN NAMA TUHANMU. Begitulah literasi umum yang dapat dibuat dari ayat tersebut.

Pernah seorang pengurus syarikat konsultan iaitu Encik Arifin Hassan menyatakan kepada golongan muda (yanag mendengar pesanannya ketika itu) mengatakan bahawa suruhan IQRA’ atau BACA itu dalam dunia global kini bermaksud, YAHOO SEARCH lah, GOOGLE lah dan sewaktu dengannya.

Pernah juga sahabat saya menyatakan bahawa suruhan ini bermaksud pada dirinya, ‘membaca’ keadaan sekeliling dan juga ‘membaca’ peluang yang wujud untuk dimanfaatkan pada mendatangkan kebaikan dengan cara yang paling baik.

Ingatlah juga, seseorang yang tugasnya mengkaji atau menyelidik itu dikira juga sebagai ‘pembaca’ sebabnya dia dapat membaca dan menterjemahkan budaya yang dikaji dan dapat pula dia menyampaikan apa yang dikaji kepada khalayak. Ini salah satu aspek penting dalam kita memahami falsafah membaca.

Wallahualam, apapun jua pemahaman dan pentafsirannya, perlu diingat bahawa kita mesti ‘membaca’ dengan nama Allah demi memperolehi manfaat ‘membaca’ dengan hakikat yang sebenar dan adil bagi diri kita dan orang lain.

Dengan kata lainnya, membaca itu salah satu tool atau skill yang Allah sarankan kepada manusia bagi memperolehi ilmu dan manfaat dunia serta akhirat pastinya.

Sebolehnya kita mesti membaca supaya mendapat kefahaman yang dikehendaki Allah. Maka itu akan dinamakan ‘membaca dengan nama Tuhan’.

25 Julai – 3 Ogos 2008, Kompleks PKNS Selangor – klik sini.

Fenomena & Manfaat Membaca

(more…)

Read Full Post »

Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: Kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke angkasa langit yang mengeluarkan buahnya pada setiap waktu dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). Dan perumpamaan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup. (Surah Ibrahim 14: ayat 24-26)

Demikian ayat Allah menerangkan perumpamaan yang dibuat ke atas perkara baik dan jahat lagi buruk di dalam kehidupan.

Entri ini hasil setelah membaca buku hasil tulisan Dr. Yusuf Qardhawi yang bertajuk Iman dan Kehidupan, dalam bahasa Arabnya ‘Al Iman wal Hayaah‘. Buku ini diterjemah oleh Fachruddin HS dan disemak semula pada tahun 2005 oleh Dewan Pustaka Fajar pada harga RM 21.00 sahaja. Asal tajuk buku ini adalah ‘Al ‘Aqidah wal Hayaah‘ namun telah ditukarkan penggunaan kalimah dengan contoh kalimah dari Al Quran di dalam menta’birkan ‘aqidah, iaitu kalimah Al Iman, di mana tidak diragukan lagi bahawa ungkapan ini lebih mendalam dan kuat.

(more…)

Read Full Post »

Menulis Itu Kuasa

1.jpg

Menulis…
Di sana ada amanah sebaran,
Di sana ada perkongsian,
Di sana ada pengetahuan,
Di sana ada ‘amalan…

Menulis…
Di sana ada kekuatan,
Di sana ada perancangan,
Di sana ada kebijaksanaan,
Di sana ada keindahan…

Menulis…
Di sana ada teguran,
Di sana ada pengajaran,
Di sana ada tauladan dan amaran,
Di sana ada perkhabaran dan peringatan…

Menulis…
Di sana ada pesanan,
Di sana ada kecekalan,
Di sana ada perjuangan,
Di sana ada kemenangan…

Menulislah!

Ingat!
Membaca, Menulis, Memahami, Menyampai, Beramal…

Seiring Istiqamah mendatangkan Kuasa

Baca juga ๐Ÿ™‚ :

Read Full Post »

%d bloggers like this: