Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Program’

the-iron-wall

(more…)

Advertisements

Read Full Post »

Kiriman ini adalah dari kawan yang bersama dalam program Puan Rasya Al Adlouni (Ummu Muhammad) yang merupakan isteri kepada As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi di Masjid Negeri Shah Alam pada 24 Mac 2009, Selasa lalu.

——————–

img_6862

Assalamualaikum,

Alhamdulillah malam semalam, Selasa 24.3.09 saya dapat mendengar penyampaian dari Puan Rasya Al Adlouni (Ummu Muhammad) yang merupakan isteri kepada As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi di Masjid Negeri Shah Alam.

Melihat kepada kekuatan ucapannya dengan suaranya yang begitu bersemangat sambil berdiri terasa seolah-olah yang berucap itu adalah As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi sendiri. Itulah tarbiyah yang telah dilaksanakan oleh Dr Abdul Aziz kepada isterinya yang akan meneruskan usaha-usaha dakwah dan jihad di Palestin walaupun beliau telah pergi menemui Allah swt dalam keadaan “Hidup Dan Mendapat Rezeki DariNYA”.

Puan Rasya Al Adlouni adalah simbol kegigihan wanita Gaza yang telah membuktikan bahwa semangat dan kekuatan wanita yang beriman benar-benar boleh kita jadikan contoh tauladan bagi kaum wanita di negara-negara umat Islam lain. Walaupun umurnya sudah 55 tahun dan kini mempunyai 20 orang cucu, beliau masih mampu berdakwah dan menyampaikan kebenaran tanpa ditimpa oleh perasaan lemah dan gentar. Marilah kita menelusuri jejak dan kekuatan wanita-wanita di Gaza yang sentiasa melahirkan pejuang-pejuang dan mujahid-mujahid yang akan membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Israel.

Inilah kisah sebuah bangsa di atas sejengkal Tanah Suci. Penduduk Syam yang merangkumi Palestin, Lebanon, Syria dan Jordan memang penduduk yang mempunyai sifat keteguhan. Banyak peristiwa yang pernah berlaku di sana dan akan banyak lagi yang kelak akan berlaku di sana di akhir zaman ini. Semua kita harus belajar dari peristiwa ini terutama umat Islam. Semua segi harus menjadi pelajaran termasuk dari sisi kemanusiaan sebagai wanita.
(more…)

Read Full Post »

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

Sewaktu di salah sebuah Sekolah Teknik baru-baru ini.

Dalam program Keindahan Bersama Mu (KBM). Tika supper time, dua adik laki-laki bertanya padaku: “Abang setelah slot tadi yang berkata tentang hubungan lelaki & perempuan, fikir saya jika mahu belajar bersama pelajar perempuan itu boleh saja”.

Jawabku:
“Ya…boleh dan tidak boleh!” benakku terkejut. Tapi tenang.

“Boleh seperti dalam kelas bersama guru yang mengajar, memantau, membimbing. Yang libatkan studi group pula, bukanlah berdua laki dan wanita, tapi beramai itupun dengan adab mencapai maksud belajar.”

(more…)

Read Full Post »

%d bloggers like this: