Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Puisi’

Kebiadapan adalah ketamadunanmu
kedegilan dlm keengkaran adalah akhlakmu
merosakkan bangsa lain adalah dakwahmu
memang kau bangsa keji
merampas hak orang lain tanpa sepalit malu
mengakui hak orang lain tanpa segan silu
menjadi bangsa dagang warganegaramu
ke mana jua kau pergi
pasti laknat mengiringi
kerana kau bangsa tidak boleh dipercayai
Sesungguhnya tinta nukilan sejarah telah terpahat
tidakkan berubah sampai bila-bila
kau kini terhimpit tersepit
bukan kerana tohmahan dunia yang bersatu menentangmu
kerana itu bisa kau tangani dgn duniawi
namun yang sangat kau takuti
adalah sumpahan Ilahi terhadapmu
ketakutanmu jelas kelihatan
memusnahan apa sahaja tanpa ehsan
Kau bunuh pemuda agar perjuangan dilumpuhkan
Kau bunuh anak-anak kecil agar bangsa palestin dilenyapkan
Kau hancurkan bangunan, kemudahan
agar negara Palestin diratakan
dan tiada lagi ketamadunan dan kerajaan..
Tapi kau terpedaya..
dan sememangnya dari dulu kau kaum terpedaya
dengan keegoaanmu kau tuli dan buta
bahawa empunya cakerawala ini Maha Empunya
Dia Mencipta dan Dia Memelihara
Hanya DIA Pemusnah Hakiki
kerna aku pasti kau mengetahui
kisah Aad, Kisah Tsamud, Kisah Luth
yang pasti kau akui..
Ketakutanmu makin bermaharajalela
walau kau cuba sembunyikan
namun terserlah dari perbuatan
kerana
makin byk kau musnahkan
tentera Islam masih mampu bertahan
makin berkobar semangat ingin terkorban
makin banyak kau gempur beribu kematian
makin banyak pula yang akan dibangkitkan
dan dilahirkan
dan kau sebenarnya keletihan…
kerana dengan senjata yang kau miliki
dengan kemudahan yang kau adakan
kau masih belum mampu menewaskan
rakyat Palestin yang berjuang bermati-matian
walau mereka hanya bersenjatakan
batu-batu ditangan..
tanpa pesawat bersenjata
namun roket mereka tetap meluncur jauh tanpa kau sangka
ternyata perancanganmu menuju kekalahan
dan kau tidak dpt lagi bersembunyi
disebalik kehebatan dunia
disebalik kehebatan senjata
kerna Agama ni ada Pemeliharanya
yang tiadakan padam dgn apa jua usaha
kerana Islam pasti menang
sama ada kau suka atau sebaliknya
Kau lihat mayat bergelimpangan
petanda kejayaan dipihakmu
namun penilaianmu ternyata sebaliknya
kerana yang bergelimpangan itu jasadnya
sedang rohnya sedang terbang menuju syurga
itulah kemenangan yang dihajati
kerana umat Islam berjuangan utk mati
merindui nikmat hakiki di negeri abadi
Tapi kau?
Kau akan terus terseksa dengan sumpahan buatmu
walau gah dirimu khabarkan kepada dunia
bahawa dirimulah yang paling berkuasa
sebenarnya kau hanya menutupi pekung didada
kerana sudah tersurat dalam kepercayaanmu sendiri…
bahawa kau pasti akan dikalahkan
dan Islam pasti dimercu kejayaan
sehingga kau akan menjadi pelarian
sehingga kau akan bersembunyi ketakutan
Wahai saudara seagamaku di atas muka bumi ini
sedarlah kita bahawa jihad di Palestina
adalah jihad buat kita
jihad yang Allah tunjukkan terang-terangan
jihad sebenarnya menyerah nyawa dan badan..
dimedan pertempuran
tanpanya sudah pasti kita semakin alpa
tanpanya sudah pasti generasi berikutnya
tidak kenal erti perjuangan jihad dimedan peperangan..
usah ada lagi suara-suara sumbang
Palestin wajar menerima balanya
kerana dosa-dosa mereka
kerana perpecahan di kalangan penduduknya..
sebelum kau dendangkan lirik hujah yang pincang itu
aku ingatkan agar kau telusuri dulu sejarah lalu
kau selidiki fakta-fakta
kerana berjuangnya mereka
demi tanah air yang dirampas
demi masjid suci yang diceroboh
demi maruah uamat Islam yang diinjak
kerana kebiadapan yang disengajakan
kerana hak-hak kemanusiaan yg ditertawakan
oleh kuncu-kuncu zionus laknatullah!
apa yg ada pada mereka selain mempertaruh nyawa?
daripada diratah mentah
baik syahid bermandi darah!
kerana bahasa mereka bukan bahasa perdamaian
bahasa yang difahami mereka adalah bahasa senjata
dan untuk umat Islam menang atau terkorban
kerna itulah sahaja 2 pilihan
Apakah kita masih rela berpangku tangan?

Ummu Anis
180109
11.30pm

Read Full Post »

Ar Rafi’

Bagi batu: batu hanya batu
Tapi engkau menyusunnya
Menjadi anak tangga
Untuk menaiki angkasa
Dan tetumbuhan: tidak beku diam
Ia meninggi dan berkembang
Tapi ia sendiri tak paham
Akan hal binatang
Hanya tahu bersetubuh dan makan
Kerana terdiri dari nafsu dan badan
Adapun engkau:
Duduk setingkat di atasnya
Kerana diselipi akal fikiran
Supaya cerdas memilih jalan
Allah berkisah tentang langit tujuh
Batu, tetumbuhan dan binatang
Membeku di tiga langit kodratnya
Tapi engkau bergerak naik, bergerak naik!
Kecuali yang turun
Ke saf binatang
Terarus oleh tatanan keadaan,
ombak zaman perilaku lingkungan
jual beli kesenangan,
Watak pemerintahan,
menu-menu kebudayaan
yang membinatangkan
Allah senantiasa meninggikan
Kecuali engkau memberi-Nya alasan
untuk merendahkan.

Read Full Post »

Ar Rahman

Di siang benderang
Matahari luput dari ingatan
Sebab hanya digulita malam
Kau dambakan pencahayaan
Rahmat Sang Rahman
Pada kita bergelumang
Tenggelam seluruh waktu dan ruang
dalam anugerah tak terumuskan
Tataplah
Bumi langit cinta-Nya!
Namun betapa sukar, betapa sukar
Kita begitu nekad pada-Nya
Tak ada jarak untuk menatap-Nya
Maka alpa kita
Akan kasih-Nya
Justeru kerana tak pernah
Ia tinggalkan kita!
Hanya sembahyang sejauh usia
Membuat zikir, tak sempat lupa
Menghindari mati-mati kecil
Yang berkeliaran manaburkan setannya
Sebelum akhirnya tiba: maut besar
Yang menjelaskan segalanya
Hanya sujud, sungguh
Hanya sujud
Mengambil jarak rohani
Dari dunia maya

Read Full Post »

Hamba dan Tuan

Dalam-dalam diamat,
renung pada gelas berisi air penuh bersih,
perlahan-lahan diminum air masuk dalam tekak,
dalam-dalam dirasa nikmat dahaga sudah diusir pergi,
begitulah juga dalam-dalamnya rasa cinta Tuan pada hamba.

Hamba merasa sejuknya dalam pelukan Tuan,
sehari-hari hamba pergi dalam kepayahan,
Tuan lah yang meringankan malah menenangkan,

Dalam-dalam hamba baca pesanan Tuan,
Apa makna menjadi hamba?
Dalam-dalam juga hamba faham bagaimana caranya,
Moga hamba faham apa jawapannya,
juga benar amalnya.

Fauzan Ibrahim
22 Julai 2008

Read Full Post »

mekar-benar.jpg

Kredit kepada pelukis

Mereka telah bangkit
Dari buku yang dibacanya
Dari tembok yang melindunginya
Dengan bendera dan lilit kepala.

Mereka telah bersuara
Dari bumi tanahair yang subur
Demi ISLAM YANG MENGAJAR HIDUP BERANI
Demi janji yang kini telah dimungkiri.

Mereka sekarang telah bangkit
Ditengah-tengah gelombang zaman
Dari keperibadian yang telah ditindas
Untuk masa depan warisan keturunan.

Dari BAHASA lidah zaman hidup kita
Kebangkitan ini dipancang detik batu-tanda
Untuk pelaksanaan SATU BAHASA
Yang berdaulat menyinar mutiara.

( Puisi ini telah ditulis pada tahun 1967, kira-kira 41 tahun dahulu oleh seorang manusia berjiwa halus yang bernama Usman Awang @ Tongkat Warrant @ Sasterawan Negara Malaysia. Kata-kata yang sungguh relevan sampai ke hari ini. Semoga Roh Allahyarham Dato’ Usman Awang dicucuri rahmat oleh Allah Subhanahu wa Taala. Al Fatihah… )

Ya Allah, moga aku tergolong dari kalangan -mereka-!

Read Full Post »

Older Posts »

%d bloggers like this: