Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Race’

  1. HINDRAF pada asalnya bukan badan gabungan yang ekstrim. HINDRAF adalah (Hindu Rights Action Force) badan gabungan organisasi seperti Persatuan Sekolah Tamil dan lain-lain. Hanya selepas muncul peguam P. Uthayakumar yang begitu berani dan ke hadapan memperjuangkan isu kaum India maka dia dilihat sebagai ‘hero’ kaum India. P. Uthayakumar adalah pemimpin politik dan pernah menganggotai Parti Keadilan selepas permohonannya menubuhkan Parti Rakyat Insan Malaysia (PRIM) tidak diluluskan oleh pihak berkuasa.

  2. Bagaimanapun, ramai ahli HINDRAF begitu naive & gullible. Contohnya mereka menandatangani Memorandum 18 perkara untuk dihantar kepada PM di Putrajaya tanpa mengetahui isi kandungan Memorandum tersebut. Ada sebahagian ahli gabungan HINDRAF telah tidak menyertai perhimpunan yang diadakan dan mengetahui perihal sebenar tuntutan-tuntutan yang dibuat. Ahli-ahli HINDRAF seolah-olah ‘terpinga’ untuk bersetuju dan langsung menyokong tuntutan yang dibuat.

  3. Apa yang merisaukan adalah media dan pemimpin kerajaan terus memainkan isu ini. Adakah Kerajaan BN sengaja berbuat demikian?

—————————————————————-

A Kadir Jasin (Asal Tulisan di bawah)

DARIPADA perbincangan hangat, sama ada dalam blog ini dan blog-blog lain atau daripada maklumat umum yang saya kumpul mengenai kesan tunjuk perasaan Hindraf 25 Nov. lalu, saya ingin membuat pemerhatian, andaian dan kesimpulan berikut:

(more…)

Read Full Post »

Assalamu’alaikum wa rahmatullah

Januari

PBB mulai melaksanakan operasi meningkatkan pemakanan kanak-kanak dan wanita di wilayah selatan Balochistan, sumber utama minyak dan gas pakistan. Sasarannya ialah kira-kira 100,000 kanak-kanak dalam tempoh 6 bulan.

Peperangan di Somalia – ribuan rakyatnya keluar negara untuk mendapatkan perlindungan.

22 Januari – Letupan di pasar Baghdad yang meragut 88 nyawa.

April

11 April – Letupan bom lagi, kali ini di Algiers, ibu negara Algeria yang meragut sekurang-kurangnya 33 nyawa dan mencederakan 222 orang.

16 April – Pelajar berbangsa Korea menembak melulul dan membunuh 32 pelajar lain di perkarangan Virginia Polytechnic Institute dan State University di Blackburg, Virginia. Satu sejarah pembunuhan yang terbanyak dalam sehari di Amerika Syarikat.

25 April – Cubaan gembala kambing mendirikan bangunan tertinggi di dunia. Kiamat makin dekat? Burj Dubai mencecah ketinggian menara Sear dalam menuju menjadi pencakar langit tertinggi di dunia.

Mei

15 Mei – Kerajaan campuran Fatah dan Hamas pecah. Pergaduhan di antara penyokong tercetus di Segenting Gaza.

20 Mei – Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid al Maktom membuat sedekah paling banyak dalam sejarah moden dunia dengan pemberian berjumlah kira-kira 36 bilion kepada yayasan pendidikan Asia Barat.

Julai

3 Julai – Hujan lebat menyebabkan banjir buruk paling teruk yang pernah dialami Sudan dalam sejarah.

Ogos

1 Ogos- Kegagalan kejuruteraan, Jambatan menyeberangi sungai Mississippi, sebahagian dari lebuh raya I-35W di Minnepolis, Minnesota runtuh, ketika laluan dipenuhi pemandu yang pulang dari kerja, membunuh 10 orang.

31 Ogos – rakyat Malaysia menyambut 50 tahun kemerdekaan.

Sept

26 September – Junta tentera Myanmar cuba mematahkan kumpulan sami Buddha yang menentang kekejaman pemerintah.

Oktober

10 Oktober – Angkasawan Malaysia cipta sejarah buat bangsa Melayu.

20 Oktober – Kebakaran di Selatan California memusnahkan lebih 1,600 buah rumah dan perniagaan dan memaksa lebih sejuta penduduk berpindah.

November

9 November – Peperangan dalaman di antara puak masih tidak berkesudahan. Di Congo ribuan rakyat terpaksa berpindah untuk menyelamatkan diri dan keluarga.

10 November –Perhimpunan Bersih 2007

25 November – Perhimpunan HINDRAF (Hindu Rights Action Force)

Disember

31 Disember – Sambutan 2008 di KLLC oleh Astro dan Tv3 di Shah Alam.

Read Full Post »

%d bloggers like this: