Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Ramadhan’

Ramadhan – Lailatul Qadr

Sudah jauh manakahย tadarusmu?
Sudahkah tanganmu menghulur derma?
Sudahkah malammu dihiasi tahajjud?
Sudahkah solatmu diiring bersama sunat rawatibmu?
Sudahkah jasadmu merasai iktikaf di masjid?
Sudahkah sunnah Rasulmu dijadikan amalan?
Ayuh sama-sama tingkatkan amalan menjelang malam al-Qadr
dan…
ayuh sama-sama kita jejak kejayaan menyemarakkan Lailatur Qadr
Basahi lidahmu dengan tadarus Al-Quran
Hiasi malammu dengan tahajjud
Sucikan dirimu dengan huluran derma
Jom jejak Lailatur Qadr!!!
Jika mahu Allah bercakap denganmu, maka bacalah Al Quran…
Jika mahu ‘bercakap dan berbual’ dengan Allah, maka dirikan lah solat…
Advertisements

Read Full Post »

Ramadhan, Bulan Kembara

Assalamu’alaikum, Salam Mesra buat semua pembaca ๐Ÿ™‚

Sudah seminggu kita berada dalam bulan mulia ini. Agaknya sudah berapa tahun kita berpuasa? Untuk sekian tahun kita melalui ibadah berpuasa ini, apakah yang telah kita pelajari dari pengalaman berpuasa?

Wallahualam, soalan-soalan di atas sengaja saya lontarkan demi menggegar kotak fikiran dan minda sedar kita.

Saya banyak berkunjung pada beberapa buah komuniti muslim di Bukit Beruang Melaka. Di sini, terdapat 2 masjid dan lebih kurang 4 buah surau. Bukit Beruang ini kawasannya seluas 6 buah taman perumahan saya kira, berdasar pemerhatian cetek saya. Kawasannya amat padat juga dan semakin padat semenjak pelajar IPT dari Universiti Multimedia (MMU – 10 tahun sudah) ditambah populasi dari pelajar IPT dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM – 7 tahun).

Dua masjid tersebut adalah Masjid Al Irsyad di MMU dan Masjid Batu Putih (panggilan setempat) atau Masjid TYT. Saya suka ke masjid MMU, sebab ia dekat dan paling penting, ia antarabangsa. Dipenuhi pelajar dari luar negara. Saya lebih lama di sini biasanya dek kerana budaya yang ada sangat melembutkan hati saya melihatkan ramai dari penghuni masjid ini amat rajin menghafaz Al Quran dan ramai pula hafeez.

Empat surau lagi itu adalah kebanyakannya dibiaya oleh persatuan penduduk atau rukun tetangga Muslim setempat. Sungguh kaya dengan tempat solat di Melaka ini. Tiada masalah untuk menunaikan solat fardhu lima waktu penuh, patutnya.

Begitu permulaan tulisan ini.

Bulan Kembara, Mengenal Diri

Sempena bulan Ramadhan, saya membuat keputusan untuk tidak kekal di suatu kawasan. Banyak sudah ceruk kampung dan bandar saya kunjungi demi merasai suasana berpuasa pada kali ini. Demi mengenal diri jua sebenarnya.

Dalam pada bertukar tempat dan berjumpa insan baru dikenali, saya belajar memahami budaya orang lain dan budaya memaniskan muka yang seharusnya diamal setiap waktu.

Senyum mesti selalu, lebih-lebih lagi jika baru di sesuatu tempat untuk mudah berurusan dengan pihak setempat. Di samping melatih diri agar sentiasa ikhlas pada memberikan senyuman. Perlakuan hati nampak pada zahir. Begitulah senyuman.

Ya, bulan ini bulan kembara yang menuntut kembali kepada fitrah manusia iaitu saling berkenal-kenal dan membina taqwa bersama insan lain. Taqwa itu perlu diusaha secara jamaie juga. Sebabnya ada persekitaran yang akan kita manfaatakan bersama insan lain. Seperti masjid, klinik, hospital, perbankan, pasaraya.

Bulan puasa ini, menuntut semua orang supaya kembali mengembara ke dalam nubari paling dalam diri agar pembersihan jiwa dan penilaian sendiri dibuat. Ketahui di mana keimanan dan ketaqwaan dalam diri!

Masih ada lagi?

Jika ada, Alhamdulillah – tambahkan. (Bisikkan dalam hati)

Read Full Post »

(Artikel ini diterbitkan Majalah Kosmik DBP, bulan September 2008): Selepas ibadah solat yang merupakan rukun Islam yang kedua, umat Islam diwajibkan melaksanakan rukun Islam yang ketiga, iaitu berpuasa di musim Ramadan. Perintah ini adalah berdasarkan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud, “Wahai mereka yang beriman, diwajibkan ke atasmu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang sebelummu semoga kamu bertakwa.”

Umat manusia sebelum ini telah pun mengamalkan puasa dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh penganut agama Hindu berpuasa dan puasa mereka dalam bahasa Sanskrit dikenali sebagai upavaasa. Golongan Yahudi berpuasa pada hari Yom Kippur. Mengikut kitab Perjanjian Lama dalam bab Exodus 34:28, Nabi Musa bermunajat kepada Tuhan selama 40 hari dalam keadaan “tidak menjamah roti dan air.” Bagi penganut Kristian Roman Katolik pula musim berpuasa dikenali sebagai Lent. Dalam kitab Perjanjian Baru dalam bab Matthew 4:2 dan Luke 4:2, Nabi Isa dilaporkan berpuasa selama 40 hari 40 malam.

(more…)

Read Full Post »

image0019.jpg

(Dipetik dari buku Ramadhan: Tetamu Yang Dirindui)

Bulan Ramadhan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya:

BULAN DITURUNKAN AL KITAB

Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah.

Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.

PERISTIWA BADAR
(more…)

Read Full Post »

%d bloggers like this: