Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Saudara’

ba_01_big.jpg
Dr. Hafidzi Mohd Noor

4 Mac 2008, Utusan Malaysia

Kekejaman puak zionis terhadap masyarakat Islam Palestin tidak pernah reda. Dalam kes terbaru, Israel melancarkan serangan roket yang mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin termasuk kanak-kanak berusia sebulan.

(more…)

Read Full Post »

Tag Attack!

Assalamu’alaikum wa rahmatullah

Tulisan ini adalah menjawab ‘tagging attack’ daripada Dhany. Kenapalah agaknya kena menulis begini?

[1]
Saya penggemar muzik, alunan nasyid, instrumental (Ahmad Pejman) dan piano. Tetapi tidak pandai bermain piano kecuali alatan nasyid. Minat juga menyanyi, tapi mahu untuk memberi semangat dan kesedaran kepada pendengar.

[2]
Seorang yang suka membaca, tidak kira apa jenis genre penulisan. Ingin rasanya menulis sesuatu. Banyak sudah miliki buku hingga tidak cukup ruang meletak dipapan rak. Mana lagi nak letak? Cuba kumpul duit untuk dapatkan Tafsir Azhar, dan Sahih Bukhari & Muslim. Berapa jumlah semua agaknya?

[3]
Ingin memahami lagi apa yang novel agung katakan. Tadi Solat Juma’at di MMU, khatib Haji Zamzuri Head of HEP, menyampaikan tajuk bertaqwa dengan menjaga masa. Tiba imam dari Yaman, juga seorang pelajar, Nabil Hasan Salih membaca ayat dari Surah Al Kahfi ayat 46 hingga 49. Saya menitis air mata lagi untuk kesekian kalinya. Saya suka berdiri menjadi makmum di belakang Nabil Hasan. Sambil saya menuruti bacaan Al Quran.

[4]
Selalu berjalan-jalan untuk hirup udara segar dan melihat gelagat manusia. Sambil itulah melihat-lihat buku yang berada di pasaran.

[5]
Mahu lagi berenang-renang bersama saudara-mara di sungai, terutama Firdaus, Farid, Faiz, Fadhil, anak-beranak Wak Kodari.

[6]
Ingin usaha dan lihat sebenarnya negara syariat itu tertegak.

[7]
Membantu keluarga.

[8]
Menikmati makanan Nasi Goreng Prepaid, Public Phone dan Ehem-ehem! Hanya di Bukit Beruang, Melaka. Ingin juga ku rasai kembali nikmatnya naik gerek lama kepunyaan atuk.

Saya ‘bom’kan tag ini kepada:

  1. Ashabul Yamin – Lama tak jumpa, debator ni.
  2. Firdaus Abdul Aziz
  3. Noraizuddin Hazman bin Ali
  4. Hussaini Khairuddin
  5. Khairul Adha
  6. Sofwan Resali

Read Full Post »

%d bloggers like this: