Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Sejarah’

Belajar, sesungguhnya seseorang itu tidak dilahirkan alim,
dan tiadalah orang berilmu menyamai orang yang jahil.

Sesungguhnya pembesar kaum yang tiada ilmu,
menjadi kecil bila dikerumuni bala tenteranya (meminta pandangannya).

Seorang yang hina sekiranya berilmu,
ia menjadi besar bila dikerumuni oarang ramai (yang ingin belajar).

Jadi, janganlah redha dengan kerendahan (kehinaan),
Dan janganlah nasib hanya berpada dengan apa yang ditinggal orang terdahulu.

Imam Shafie~

Advertisements

Read Full Post »

(Perutusan Maal-Hijrah PACE: 64 tahun berjuang dan semakin menjana kekuatan – pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang menurap jalan bagi pembentukan Israel)

Lahirnya negara haram Israel di atas bumi Palestin ialah pada tahun 1367, bersamaan tahun 1948 menurut takwim Gregorian. Hari Jumaat 18 Disember 2009 merupakan tahun baru 1431 Hijri menurut takwim Islam. Setelah 64 tahun Palestin masih dijajah dengan tiada tanda pelepasan oleh penceroboh Zionis. Mungkin sesuai sempena Maal Hijrah ini untuk kita mengimbau kembali peristiwa 1948, sebagai satu tragedi yang terbentang dan menyelubungi seluruh rantau itu dalam perjuangan sengit sehinga ke hari ini.

(more…)

Read Full Post »

Ibrah dari Sebuah Kembara

Semalam telah aku sengaja merajinkan diri untuk ke bandar Melaka. Ya, bandar Melaka yang kini telah dipenuhi pelbagai bangunan yang besar dan serba mewah khusus untuk rakyat Melaka dan pengunjung luar membeli belah.

Ribuan orang datang ke sini. Ada Mahkota Parade, ada Carrefour, ada Taming Sari, A Famosa aka Saint Paul Hill dan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.

Paling mengesani aku adalah ketika berjalan dengan perlahan di padang Dataran Pahlawan. Dulunya, 10 tahun lalu ia penuh dengan warna hijau. Kini dikelilingi banyak bangunan. Kurang sejuk sekarang. Tapi aku seronok di situ melihat di situ ada beberapa buah keluarga pelbagai bangsa menikmati kehijauan padang tersebut. Rumputnya lembut dan tebal. Dan padang itu direka jaya diatas binaan beli belah.

Mereka berlarian. Ibu ayah dan anak mereka. Kaum Cina berlumba lari sesama. India bermain bola plastik. Melayu berjalan sambil memegang kasut mereka di tangan. Menikmati kehijauan yang jarang dilihat mata kini. Semuanya menguntum di bibir. Menampakkan barisan gigi. Tiada marah dan keji. Segalanya dilihat bahagia. Indah sungguh pemandangan ini padaku.

Puas aku melihat, aku berjalan lagi menuju Bukit St. Paul. 500 meter dari Dataran Pahlawan. Percuma. Melewati ramai pengunjung dari China dan Korea. Muda-mudi remaja yang memenuhi petang dengan kawan-kawan. Mengambil gambar berlatarbelakang Kota A Famosa. Selepas dai satu gaya, bertukar pula kepada gaya yang lain.

Setelah 10 tahun aku tidak berkunjung ke sini, suasana tidak banyak berubah. Masih dipenuhi dengan ramai penjual barang kraf dan lukisan. Binaan kapal dan harmonika. Hampir kesemuanya berharga RM10.

Tatkala aku menaiki menuju Bukit St. Paul, tiba-tiba hati membisikkan ayat 138-140 dari Surah Ali ‘Imran yang mengingatkan aku akan peri pentingnya melihat semula sejarah. Dan akibat kepada manusia yang didalamnya.
Serta aku terpana pada pujukan Allah pada mengatakan bahawa jika mereka yang berjuang pada jalan Allah itu akan diganjarNya kelak. Sakit dan seksa mereka di dunia dibayar Allah di akhirat kelak.

Aku merasa sebak. Sebab bumi yang sedang aku pijak ini dahulunya dipenuhi darah ulama bumi Melaka. Kesemua mereka dibunuh di sini demi menghalang kebangkitan semangat Melayu Islam ketika dijajah.

Satu nama dari kalangan ulama yang terbunuh itu tidak tercatat di bukit itu. Hanya nama penjajah dan patung batu berhala yang ada. Ramai lah pula yang bergambar kenangan dengan patung itu.

Itulah ibrah buat diriku pada sebuah kembara yang sebentar di bukit ini.

Read Full Post »

Sempena sambutan Maulid Nabi SAW yang diraikan setiap tahun pada 12 rabiul Awal maka penulis ingin mengingati peristiwa penting ini dengan berlatar belakangkan perjuangan rakyat Palestin yang semakin mendapat liputan hari ini ekoran dari kepungan dan serangan biadap Israel ke atas Gaza.

Rasulullah SAW adalah Nabi terakhir yang dinanti-nantikan oleh semua terutama dari kalangan ahli kitab (Yahudi dan Nasara). Kelahiran Nabi yang bernama Ahmad ini disebut di dalam kitab Injil dan Taurat (termasuk kitab perjanjian Lama dan Baru iaitu kitab-kitab suci yang diselewengkan oleh rahib-rahib dan rabbi-rabbi yahudi). Malangnya apabila Nabi Muhammad SAW ini muncul di Tanah Arab yang kelahirannya dinantikan dengan tanda-tanda yang amat dikenali oleh mereka berdasarkan apa yang terkandung di dalam kitab-kitab Taurat dan Injil, baginda didustakan. Pendustaan ini dirakamkan oleh Al-Quran seperti dalam surah as-saff. ‘Dan berkata Isa anak Maryam, Wahai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah Rasul yang diutus kepada kamu yang membenarkan apa yang diwahyukan kepada kamu dalam Taurat dan membawa berita gembira tentang kelahiran seorang Rasul yang bernama Ahmad. Apabila Nabi ini diutus mereka mengatakan ‘Ini adalah sihir yang nyata’.

(more…)

Read Full Post »

1429h.jpg

Assalamualaikum wa rahmatullah

Akan masuknya tahun baru bagi tahun Hijri iaitu mencapai angka 1429H, tahun Muslimin yang disambut Muslimin. Seminggu sudah Tahun Masihi atau Gregorian disambut besar-besaran di serata negara sempena angka 2008M.

TV3 telah buat rakaman penuh 31/12/2007, sambutan besar-besaran di Shah Alam sementara Astro promosi tahun baru di KLCC dan masih buat ulang tayang di siarannya.

Tahun masihi yang seronok kita sambut bersandarkan kalender Miladiah yang berasaskan kedudukan matahari. Tahun Miladiah atau Gregorian berasal daripada kalendar Julian ‘Julius Caesar’ yang diperkenalkan sejak tahun 45 BC. Kalendar Gregorian hanya mula digunakan secara rasmi pada 1582 selepas melalui beberapa pengubahsuaian oleh Pope Gregory… Besar jasa paderi ini untuk ummat dunia, dunia Islam pun apa kurangnya mengambil jasanya serta menghargainya! Hilang sudah tahun sebenar ummat Islam…

Saya dilahirkan 23 Syawwal 1405H, maka kini saya telah berumur 8215 hari, banyaknya angka. Apa sudah saya buat selama hidup ini? Moga segala amal tahun-tahun yang sudah, diterima dan membuatkan saya lebih matang dalam menguruskan umur yang masih tersisa.

Ya, sementelah tahun hijrah ini, tidak perlulah bercerita berkenaan diri saya tapi hakikat keadaan ummah itu terlebih dahulu, dari kepentingan diri. Saksikan sejarah hijrah dari beberapa penelitian. Silakan!

(more…)

Read Full Post »

Older Posts »

%d bloggers like this: