Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Student’

Mengapa Saya ke Sekolah dan Belajar?

Bismillah

“Mengapa ya saya ke sekolah?”

“Kenapa kau pergi sekolah? Kan lebih baik kau ponteng, boleh pergi bersantai di kedai permainan video?”

Dua soalan yang biasa namun masih perlu kita jawab. Bukan jawapan kepada penyoal itu yang penting. Namun jawapan itu penting untuk diri kita yang menjawab.

Eh, kenapa pula? Sebab kita yang menjawab lah yang akan menentukan siapa kita untuk hari ini dan seterusnya.

Ada orang atau guru sering bertanya, ‘Apa cita-cita awak 10 tahun akan datang?’ Soalan yang ditanya ketika berumur 13 tahun. Umur bergelumang dunia bekerja adalah sekitar 23.

Ramai yang boleh menjawab dengan senang hati. Polis, tentera, cikgu, jurutera, doktor, arkitek dan seterusnya.

Jom pergi ke soalan mudah seterusnya, ‘Mengapa awak ke sekolah pada semalam dan hari berikutnya? Adakah sebab awak diminta ibu dan ayah? Atau sebab mahu pergi ke sekolah sebab mahu ikut orang lain yang ke sekolah? Atau sahaja mahu suka dan bergelak ketawa bersama kawan-kawan?”

Untuk belajar lah, apalagi, takkan nak duduk rumah je menghabiskan beras dan lauk! Jawapan yang escapism. Kurang berfikir.

Guru bertanya kembali, ‘Sebab apa awak mahu bercita-cita menjadi seorang anggota polis? Awak pula doktor? Awak pula jurutera? Dan awak semua dengan cita-cita awak masing-masing?’ macam marah bunyi soalan guru tersebut, tapi soalannya makin kritikal.

Semua pelajar tadi terpinga-pinga. Diam seribu bahasa, tiada kata.

“Sebab saya mahu belajar sesuatu agar jadi orang berguna.” seorang pelajar cuba bangun menjawab dan memecah kesunyian.

“Untuk apa awak belajar? Dari umur 6 tahun hingga  17. Itu semua mengambil masa 12 tahun dari tadika hingga ke Tingkatan 5.”

“Tolong orang lain cikgu! Saya nak jadi polis supaya masyarakat saya tenteram dari sebarang jenayah.”

“Baiklah, sekarang ini, boleh jawab tak, siapa yang akan bantu awak untuk berjaya mencapai cita-cita awak semua tadi?”

“Cikgulah, siapa lagi?”

“Yakah begitu?”

“Satu orang pelajar sejak dia mula ke tadika hingga tamat ke tingkatan 5, sudah berapa ramai guru yang mendidik dia? Ramai tentunya! Namun antara pelajar ada juga yang memilih jalan jenayah, jalan susah menjadi perompak dan perogol serta penzina. Adakah cikgu yang ramai tadi yang membantu?”

Sekali lagi, semua diam. Sedang berfikir barangkali untuk jawapan seterusnya.

Namun terus diam, puas mencari jawapan.

“Baiklah, untuk akhir kelas pada hari ini, saya berpesan bahawa yang akan membantu diri awak dalam kebanyakan masa hidup awak bermula hari pertama persekolahan ini, adalah DIRI AWAK SENDIRI. Untuk membantu orang lain di masa kelak, awak terlebih dahulu wajib membantu diri sendiri agar sentiasa belajar bersungguh-sungguh. Sentiasa. Wassalam.”

Advertisements

Read Full Post »

Assalamu’alaikum wa rahmatullah

Januari

PBB mulai melaksanakan operasi meningkatkan pemakanan kanak-kanak dan wanita di wilayah selatan Balochistan, sumber utama minyak dan gas pakistan. Sasarannya ialah kira-kira 100,000 kanak-kanak dalam tempoh 6 bulan.

Peperangan di Somalia – ribuan rakyatnya keluar negara untuk mendapatkan perlindungan.

22 Januari – Letupan di pasar Baghdad yang meragut 88 nyawa.

April

11 April – Letupan bom lagi, kali ini di Algiers, ibu negara Algeria yang meragut sekurang-kurangnya 33 nyawa dan mencederakan 222 orang.

16 April – Pelajar berbangsa Korea menembak melulul dan membunuh 32 pelajar lain di perkarangan Virginia Polytechnic Institute dan State University di Blackburg, Virginia. Satu sejarah pembunuhan yang terbanyak dalam sehari di Amerika Syarikat.

25 April – Cubaan gembala kambing mendirikan bangunan tertinggi di dunia. Kiamat makin dekat? Burj Dubai mencecah ketinggian menara Sear dalam menuju menjadi pencakar langit tertinggi di dunia.

Mei

15 Mei – Kerajaan campuran Fatah dan Hamas pecah. Pergaduhan di antara penyokong tercetus di Segenting Gaza.

20 Mei – Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid al Maktom membuat sedekah paling banyak dalam sejarah moden dunia dengan pemberian berjumlah kira-kira 36 bilion kepada yayasan pendidikan Asia Barat.

Julai

3 Julai – Hujan lebat menyebabkan banjir buruk paling teruk yang pernah dialami Sudan dalam sejarah.

Ogos

1 Ogos- Kegagalan kejuruteraan, Jambatan menyeberangi sungai Mississippi, sebahagian dari lebuh raya I-35W di Minnepolis, Minnesota runtuh, ketika laluan dipenuhi pemandu yang pulang dari kerja, membunuh 10 orang.

31 Ogos – rakyat Malaysia menyambut 50 tahun kemerdekaan.

Sept

26 September – Junta tentera Myanmar cuba mematahkan kumpulan sami Buddha yang menentang kekejaman pemerintah.

Oktober

10 Oktober – Angkasawan Malaysia cipta sejarah buat bangsa Melayu.

20 Oktober – Kebakaran di Selatan California memusnahkan lebih 1,600 buah rumah dan perniagaan dan memaksa lebih sejuta penduduk berpindah.

November

9 November – Peperangan dalaman di antara puak masih tidak berkesudahan. Di Congo ribuan rakyat terpaksa berpindah untuk menyelamatkan diri dan keluarga.

10 November –Perhimpunan Bersih 2007

25 November – Perhimpunan HINDRAF (Hindu Rights Action Force)

Disember

31 Disember – Sambutan 2008 di KLLC oleh Astro dan Tv3 di Shah Alam.

Read Full Post »

%d bloggers like this: