Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Surah Fatihah’

Bismillah saya mulakan.Mengajar di sekolah tekanan dan bebanannya lebih terasa di sekolah berbanding mengajar di pusat tuisyen.Bagaimana menguruskan tekanan ini?

Saya ketemu ia dalam ayat 6 surah Al Fatihah. Ihdinas sirat al mustaqim. – tunjukkan kami jalan yang lurus.

Berdoa, itu penerangan mudahnya.
Sewaktu mengajar sekalipun hati kita perlu sentiasa berdoa agar apa yang diajar dapat difahami. Dapat pelajar kita mengamalkannya.

Apa yang dituntut dalam ayat 6 al Fatihah ini?
1. Teknik menyelami minda
2. Teknik mengetahui punca sesuatu perkara/masalah/perselisihan/kesempitan
3. Teknik ‘give and take’ antara guru dan pelajar
4. Teknik memohon kekuatan dari yang Maha Kuasa/Kuat

Bagaimana itu?
1. Teknik menyelami minda

Ayat 6 ini mengajar saya bagaimana mahu menyoal dengan berkesan kepada pelajar. Bukan sekadar ilmiah berkait intelek, malah ia turut membawa emosi disebalik pengajaran. Contohnya, ‘Bagaimana kita boleh tunjukkan kita sayangkan Rasulullah?’, atau ‘Apa hobi awak sewaktu di rumah selepas habis persekolahan?’

2. Teknik mengetahui punca sesuatu

Kaedah ini memerlukan kita sedia mendengar dan bertanya dengan efisyen. Kita bertanya secara personal dan bersemuka. Inilah waktunya pelbagai punca akan dapat kita ketahui. Contohnya perkara seperti – Apakah yang mengganggu pelajar kita daripada fokus dalam kelas? – Apakah masalah yang merunsingkan minda pelajar? –

Hal ini membantu pelajar menjadikan kita rujukannya.

Dengan kata lain. Kita membantu mereka menguruskan emosi dan gelora jiwa.

Formula Berjaya ada dalam Al Fatihah – Perinciannya ada di dalam surah seterusnya.

3. Teknik ‘give and take’

Pelajar dan guru sebenarnya memerlukan satu sama lain. Itupun tanpa mereka sedar sebenarnya mereka sangat memerlukan. Dalam konteks berinteraksi, ia berlaku.

Dalam sistem pendidikan universiti, di akhir setiap semester, pensyarah akan memberikan helaian banci atau soal selidik kepada pelajar. Ini bertujuan untuk menyemak setakat mana silibus yang diajar difahami. Disamping itu komen pelajar perlu dibuat kepada si pengajar.

Namun, kaedah di atas sedikit kaku dan tidak mesra atau tidak semulajadi – natural.

Lebih bagus semasa kelas pertama itu diterangkan apa peraturan dan syarat semasa belajar. Lebih tepatnya – Adab Belajar dan menuntut ilmu.

Seterusnya mintalah pandangan pelajar, bagaimana caranya guru boleh membantu mereka dalam kelas. Samada diberi nota, tayangan video, soalan berterusan atau sebagainya.

4. Teknik memohon kekuatan dari Yang Maha Kuasa/Kuat

Sesungguhnya teknik ini adalah teknik yang paling banyak dilakukan di setiap sekolah. Ianya adalah BERDOA. Sesekali kita perlu berdoa bersama pelajar. Dan sesekali juga kita perlu meminta pelajar memimpin bacaan doa.

Doa yang dibacakan bukan doa umum tapi doa khusus.

Contoh?

‘Ya Allah, kau berikanlah kefahaman keda kami pelajar 2 Mutiara berjumlah 39 orang ini. Berikan kami ketenangan minda.’

Sebutkan nama juga jika perlu. Tanpa kita mengaibkan nama yang disebut. Doakan yang baik dan berikan semangat dalam doa tersebut.

Doa lah mengembalikan tautan hati dan niat asal kita belajar dan mengajar.

Allahualam

Baca dan dengar juga laman ini:

Read Full Post »

Makna kata – Al Fatihah = opener = pembuka

Antara nama-nama yang digunakan untuk merujuk kepada Al Fatihah – Umm Al-Quran(Intipati Quran), Al-Asas (Dasar, pasak), Ash-Shafiyah (Pengubat), and Al-Kafiyah (the Sufficient).

Secara ringkasnya, surah Al Fatihah mengandungi semua prinsip asas yang diterangkan secara lengkap dalam surah-surah yang lain.

Prinsip Asas dalam Al-Fatihah:

  1. Intipati agama adalah bersyukur atau berterima kasih dengan tuhan.
  2. Allah adalah Raja, Pemilik, Penguasa bagi seluruh alam.
  3. Allah itu sangat baik, penyayang dan pengasih dan mudah menolong bagi sesiapa yang meminta.
  4. Allah juga adalah hakim bijaksana lagi adil, tidak pula berkompromi dengan kezaliman, kejahatan dan perbuatan dosa.
  5. Hari Pembalasan, Kiamat pasti datang, dimana kesemua manusia pasti kembali kepada Allah.
  6. Ta’abbud, sembahan hanya pada Allah, segala doa dituju langsung kepada Allah. Allah pasti memberi dan kabulkan dengan adabnya.
  7. Seseorang itu wajib senantiasa memohon petunjuk dan hidayah Allah serta kekal di jalan kebenaran iaitu bersama dengan orang beriman kepada Allah.
  8. Kebenaran dan keikhlasan yang sebenar datang apabila kita mengikuti contoh tauladan daripada orang-orang yang telah diberi hidayah dan ikhlas serta dibawah lindungan Allah seperti: para rasul, nabi, orang soleh dan orang yang mengikhlaskan dirinya kepada Allah.
  9. Seseorang itu wajib senantiasa berhati-hati untuk tidak membuat Allah marah.
  10. Seseorang itu jangan pernah sekalipun dia terfikir untuk tidak peduli untuk mendapat Allah atau tidak serta wajib senantiasa berhati-hati agar tidak sesat.

Selepas memahami dengan mengamalkan prinsip dari Al Fatihah inilah, seterusnya datanglah penerangan yang terperinci daripada surah yang lain. Orang Islam menganggap Al Fatihah sebagai doa dan Al Quran itulah jawapannya – formula untuk mencapai intipati doa.

Baca dan dengar juga laman ini:

Read Full Post »

Alhamdulillah setelah 30 & 31 Jan 2010 lalu saya mengikuti CASIC di UKM, kini saya telah berjaya membuat beberapa anjakan paradigma pada pengawas dan beberapa orang guru.

  1. Ayat 1 – Basmalah: (CONNECT) menerangkan konsep perlunya kita menghubungkan diri dengan Allah yang Maha Pemurah dan Pengasih pada setiap insan tanpa mengira bangsa. Juga seharusnya kita perlu membuat hubungan baik dengan sebanyak mungkin manusia di sekeliling. Networking.
    • Aktiviti:- saya hari ini 6 Feb 2010 membuat beberapa simulasi ringkas bersama 130 pengawas SMK Malim. Bersalaman dengan tanpa perasaan sayang sambil menyombong diri, serta memalingkan muka dan endah tak endah. Juga bersalaman dengan penuh perasaan dan ingin menyapa kawan yang bersua. Juga bersalaman dengan 10 orang dan menulis nama mereka walaupun tidak pernah berkenalan.
  2. Ayat 2, 3 & 4: (ACKNOWLEDGE) menerangkan betapa pentingnya kita mengiktiraf Allah yang menguasai alam maya ini. Perkataan Rabb: bererti pengembangan atau tarbiyyah, pendidikan yang menghasilkan output yang berkesan. Perlu juga konsep memahami keadaan fizikal, intelek, emosi dan spiritualorang yang kita sedang berbual demi mencapai strategi WIN-WIN. Alhamdulillah: amat berkait dengan pujian dan madah. Pujian diberikan dengan cara paling terhormat dan ikhlas sedang madah pula diberikan secara tidak langsung penuh dengan ayat berlapik. Ar Rahman Ar Raheem: pengulangan ini demi menunjukkan memang Allah Maha Pemurah dan Pengasih. Maaliki Yaum Ad Deen: ayat ini mengajar kita tentang perlunya kita merancang dari HARI INI- POWER of NOWhingga masa hadapan, walau 1000 tahun.
    • Aktiviti: pelajar duduk berpasangan sesama lelaki atau sesama perempuan. Mereka diminta menyatakan 5 kelebihan dan pujian secara fikiran tanpa melafazkan pujian itu secara jujur. Peringkat seterusnya mereka diminta untuk melafazkan dengan seikhlas hati.
  3. Ayat 5: Iyyaaka Na’budu wa Iyyaka Nasta’een: (SERVE) In order to serve Allah we need to serve human as khalifah. (Surah Ali Imran ayat 104). We need to serve through organized institution.
  4. Ayat 6: Ihdina As Sirat Al Mustaqeem (INQUIRE) Tuntutan istiqamah dan kepentingan berdoa
  5. Ayat 7: Sirat Alladzina An’amta ‘Alaihim (CHOICE) Ayat ini Allah memberikan TIGA (3) pilihan, lebih daripada satu pilihan. Pertama: An’amta ‘alaihim – golongan yang diberi nikmat di dunia dan di akhirat. Kedua: Ghairil Maghdubi ‘alaihim – golongan yang dimurkai seperti yahudi yang ingkar setelah diberi hidayah. Atau Ketiga: Adh Dhalleen – golongan yang sesat iaitu kaum Nasara yang telah ditolong Allah tetapi menyembah selain Allah. Memerhatikan ayat ini memberi gambaran bahawa kita mesti berwaspada dengan golongan 2 dan 3. Dan Allah sentiasa memberi kita pilihan. Dengan aqal yang sihat sepatutnya mampu memilih pilihan 1.

Baca dan dengar juga laman ini:

Read Full Post »

%d bloggers like this: