Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Tadabbur’

Motivasi dari al Kahfi ayat 107-108

Bismillah benarlah hakikat Qur’an itu motivasi buat sang daie.

Ayat 107-108 surah al-kahfi menjanjikan syurga tertinggi iaitu syurga Firdaus buat mereka yg beriman dan beramal soleh. Dan lebih hebat KEKAL di dalamnya buat SELAMA-LAMANYA. Nah, apakah amal soleh yg lebih soleh daripada amal dakwah yg digerakkan bila iman dan kecintaan pada Allah menggelegak di dalam hati? Amal soleh mana yg lebih hebat daripada hati yg sentiasa mengimpikan kalimahNya berada di puncak tertinggi lantas digerakkan lisan, tangan, kaki dan seluruh jasadnya untuk menzahirkan impian hatinya? Maka ayat ini sangat sesuai dijadikan motivasi buat sang daie kerana motivasi terbesar bgnya adalah syurga yg TERTINGGI dan KEKAL di dalamnya.

Surah Al-Kahfi diakhiri dengan ayat (110) yg juga bersifat motivasi juga peringatan besar buat sang daie. Menjadi impian terbesar buat setiap individu untuk bertemu dengan zat Pencipta yg Maha Agung yg telah meberi kasih sayang yg tak terkira banyaknya buat kita iaitu Allah. Siapa yg tidak mahu melihat wajah Allah lantas mengHAPUSkan segala memori kesedihan dan kepayahan di dunia? Wajah yg pasti akan membuatkan kita lupa bahawa kita pernah hidup di dunia kerana terlalu hebat nikmat melihat wajahNya.

Namun! nikmat ini hanga boleh diperoleh jika kita terus menerus beramal soleh dan seperti yang dikatakan sebelum ini amal soleh yang terhebat adalah dakwah yang dizahirkan berbasiskan iman. Juga! Allah beri peringatan supaya amal soleh ini langsung tidak dicemari oleh sebarang matlamat melainkan hanya Allah! Syirik dalam konteks ini bukan sahaja menyembah berhala tetapi tidak menyukutukan ahdaf amal-amal soleh kita. langsung tidak memburu atau mengejar matlamat lain selain Allah termasuklah pujian, harta, pangkat, jawatan, atau apa-apa sahaja hatta LIKE di dalam facebook sekalipun. Malamat amal soleh itu hanya demi redho Allah semata-mata!
Wallahu a’lam, ini sekadar pandangan kecil daripada seorang hamba kecil. Moga kita sentiasa berusaha untuk dipandang BESAR dan TINGGI di SISI ALLAH azza wa jalla biarpun dipandang kecil di sisi manusia.
MOGA KITA BERGANDINGAN DI DUNIA, BERJIRAN DI SYURGA.


`Ammar Sahrim

Advertisements

Read Full Post »

Ada 3 macam suruhan Allah agar kita melihat. Tiga cara penglihatan ini perlu kita sebaik mungkin agar memenuhi maksud ‘melihat’.

Raa – lihat dengan pandangan mata kasar – sifat orang munafiq dan kafir sentiasa dapat kita lihat dengan mata kasar kita

Nazoro – melihat dengan akal dan ilmu

Basoro – melihat dengan mata hati

Seandainya, ketiga-tiga teknik melihat di atas tidak kita lakukan, maka teknik ke-4 yang dilarang Allah akan kita gunapakai dan merosakkan diri kehidupan kita, iaitu lah melihat dengan pandangan nafsu semata.

Read Full Post »

Makna kata – Al Fatihah = opener = pembuka

Antara nama-nama yang digunakan untuk merujuk kepada Al Fatihah – Umm Al-Quran(Intipati Quran), Al-Asas (Dasar, pasak), Ash-Shafiyah (Pengubat), and Al-Kafiyah (the Sufficient).

Secara ringkasnya, surah Al Fatihah mengandungi semua prinsip asas yang diterangkan secara lengkap dalam surah-surah yang lain.

Prinsip Asas dalam Al-Fatihah:

  1. Intipati agama adalah bersyukur atau berterima kasih dengan tuhan.
  2. Allah adalah Raja, Pemilik, Penguasa bagi seluruh alam.
  3. Allah itu sangat baik, penyayang dan pengasih dan mudah menolong bagi sesiapa yang meminta.
  4. Allah juga adalah hakim bijaksana lagi adil, tidak pula berkompromi dengan kezaliman, kejahatan dan perbuatan dosa.
  5. Hari Pembalasan, Kiamat pasti datang, dimana kesemua manusia pasti kembali kepada Allah.
  6. Ta’abbud, sembahan hanya pada Allah, segala doa dituju langsung kepada Allah. Allah pasti memberi dan kabulkan dengan adabnya.
  7. Seseorang itu wajib senantiasa memohon petunjuk dan hidayah Allah serta kekal di jalan kebenaran iaitu bersama dengan orang beriman kepada Allah.
  8. Kebenaran dan keikhlasan yang sebenar datang apabila kita mengikuti contoh tauladan daripada orang-orang yang telah diberi hidayah dan ikhlas serta dibawah lindungan Allah seperti: para rasul, nabi, orang soleh dan orang yang mengikhlaskan dirinya kepada Allah.
  9. Seseorang itu wajib senantiasa berhati-hati untuk tidak membuat Allah marah.
  10. Seseorang itu jangan pernah sekalipun dia terfikir untuk tidak peduli untuk mendapat Allah atau tidak serta wajib senantiasa berhati-hati agar tidak sesat.

Selepas memahami dengan mengamalkan prinsip dari Al Fatihah inilah, seterusnya datanglah penerangan yang terperinci daripada surah yang lain. Orang Islam menganggap Al Fatihah sebagai doa dan Al Quran itulah jawapannya – formula untuk mencapai intipati doa.

Baca dan dengar juga laman ini:

Read Full Post »

Alhamdulillah setelah 30 & 31 Jan 2010 lalu saya mengikuti CASIC di UKM, kini saya telah berjaya membuat beberapa anjakan paradigma pada pengawas dan beberapa orang guru.

  1. Ayat 1 – Basmalah: (CONNECT) menerangkan konsep perlunya kita menghubungkan diri dengan Allah yang Maha Pemurah dan Pengasih pada setiap insan tanpa mengira bangsa. Juga seharusnya kita perlu membuat hubungan baik dengan sebanyak mungkin manusia di sekeliling. Networking.
    • Aktiviti:- saya hari ini 6 Feb 2010 membuat beberapa simulasi ringkas bersama 130 pengawas SMK Malim. Bersalaman dengan tanpa perasaan sayang sambil menyombong diri, serta memalingkan muka dan endah tak endah. Juga bersalaman dengan penuh perasaan dan ingin menyapa kawan yang bersua. Juga bersalaman dengan 10 orang dan menulis nama mereka walaupun tidak pernah berkenalan.
  2. Ayat 2, 3 & 4: (ACKNOWLEDGE) menerangkan betapa pentingnya kita mengiktiraf Allah yang menguasai alam maya ini. Perkataan Rabb: bererti pengembangan atau tarbiyyah, pendidikan yang menghasilkan output yang berkesan. Perlu juga konsep memahami keadaan fizikal, intelek, emosi dan spiritualorang yang kita sedang berbual demi mencapai strategi WIN-WIN. Alhamdulillah: amat berkait dengan pujian dan madah. Pujian diberikan dengan cara paling terhormat dan ikhlas sedang madah pula diberikan secara tidak langsung penuh dengan ayat berlapik. Ar Rahman Ar Raheem: pengulangan ini demi menunjukkan memang Allah Maha Pemurah dan Pengasih. Maaliki Yaum Ad Deen: ayat ini mengajar kita tentang perlunya kita merancang dari HARI INI- POWER of NOWhingga masa hadapan, walau 1000 tahun.
    • Aktiviti: pelajar duduk berpasangan sesama lelaki atau sesama perempuan. Mereka diminta menyatakan 5 kelebihan dan pujian secara fikiran tanpa melafazkan pujian itu secara jujur. Peringkat seterusnya mereka diminta untuk melafazkan dengan seikhlas hati.
  3. Ayat 5: Iyyaaka Na’budu wa Iyyaka Nasta’een: (SERVE) In order to serve Allah we need to serve human as khalifah. (Surah Ali Imran ayat 104). We need to serve through organized institution.
  4. Ayat 6: Ihdina As Sirat Al Mustaqeem (INQUIRE) Tuntutan istiqamah dan kepentingan berdoa
  5. Ayat 7: Sirat Alladzina An’amta ‘Alaihim (CHOICE) Ayat ini Allah memberikan TIGA (3) pilihan, lebih daripada satu pilihan. Pertama: An’amta ‘alaihim – golongan yang diberi nikmat di dunia dan di akhirat. Kedua: Ghairil Maghdubi ‘alaihim – golongan yang dimurkai seperti yahudi yang ingkar setelah diberi hidayah. Atau Ketiga: Adh Dhalleen – golongan yang sesat iaitu kaum Nasara yang telah ditolong Allah tetapi menyembah selain Allah. Memerhatikan ayat ini memberi gambaran bahawa kita mesti berwaspada dengan golongan 2 dan 3. Dan Allah sentiasa memberi kita pilihan. Dengan aqal yang sihat sepatutnya mampu memilih pilihan 1.

Baca dan dengar juga laman ini:

Read Full Post »

Mengenal Tuhan

Assalamu’alaikum wa rahmatullah 🙂

Entri kali ini adalah berkenaan sastera dan ketuhanan. Sasteranya adalah datang dari sastera novelan juga sastera yang agung dari Al Quran.

Sungguh hidup ini hanya bagi semua manusia hanya akan dikembalikan kepada tuhan pemilik alam. Mahu tidak mahu, percaya atau tidak, manusia itu kehidupannya akan dipulangkan kepada tuhan pemiliknya, walau ada antara sekian banyak manusia itu bertuhankan dirinya tanpa sedar dia tidak miliki apapun.

Menelusuri novel Manikam Kalbu nukilan Faisal Tehrani, saya menelah manusia itu amat sukakan kecantikan dan kemewahan dunia, namun di sudut lainnya, di dalam hatinya manusia itu inginkan bahagia yang muluk di jiwa.

(more…)

Read Full Post »

Older Posts »

%d bloggers like this: