Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Tafsir’

Surah Al ‘Alaa adalah satu surah yang biasa dibacakan. Rasulullah biasa membacakannya dalam solat sunat Witir, solat Juma’at dan pada hari raya Eidulfitri.

Dan jika berbetulan solat Juma’at dan hari raya Eidulfitri pada hari yang sama, maka surah ini dibacakan, maka sekalian manusia yang mengikuti sunnah Ar Rasul ini, pasti akan mendengar dalam solat sunat Eidulfitri. Beberapa jam kemudian mereka akan mendengar lagi sewaktu menunaikan solat fardhu Juma’at.

Ini menunjukkan betapa besarnya kepentingan surah Al ‘Alaa.

Satu perkara yang mungkin kita tidak tahu mengenai surah ini apabila menyebut ‘Subhaana rabbiy al ‘alaa’ dalam sujud, datang dari ayat berikut.

 

Maksud ayat:

Maka peringatkanlah! Seandainya peringatan itu bermanfaat.

Saidina Ali pernah berkata:

Bercakaplah (jelaskan) sesama manusia lain pada tahap yang mereka boleh memahami, mahukah kamu Allah dan Rasul-Nya dinafikan?

Siapa yang menerima manfaat dari peringatan?

Kemudian, Allah meneruskan ayat dalam surah Al ‘Alaa ini tentang siapakah yang bakal menerima faedah juga manfaat dariipada peringatan, dan siapakah yang tidak.

Allah berfirman dalam ayat 10 hingga 13:

Maksud:

10. kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima (manfaat) peringatan itu;
11. dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya,
12. Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya),
13. selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.

Ketahuilah, manusia ada dua kategori;

  1. Golongan yang menerima peringatan
  2. Mereka yang tidak mahu mengambil apa-apa manfaat peringatan.

Hanya mereka yang takut pada Allah sahaja bakal menerima manfaat dari segala peringatan yang disampaikan kepadanya. Sementara mereka yang memandang jelek dan tidak mengendahkan peringatan dari suruhan Allah, dia akan berakhir tinggal di dalam neraka Jahannam yang dimana di dalamnya, dihuni oleh golongan ‘yang tidak hidup dan tidak mati’.

Mereka yang mengambil peringatan dan pengajaran walaupun hanya memiliki sekelumit rasa takutkan Allah dan beriman dengan perkara ghaib. Si bangsat yang hatinya dikunci sendiri, tidak beriman dengan Allah dan perkara ghaib akan menjauhi peringatan.

Perihal dalam Neraka bagi yang menjauhi peringatan

Mereka yang memandang jelek dan tidak mengendahkan peringatan dari suruhan Allah, dia akan berakhir tinggal di dalam neraka Jahannam yang dimana di dalamnya, dihuni oleh golongan ‘yang tidak hidup dan tidak mati’.

Sekiranya seseorang itu mampu meneliti perihal neraka, dia akan mendapati Allah menjelaskan;

  1. Bakaran api itu menggunakan badan manusia sebagai bahan bakarnya.
  2. Asap bakarannya mampu membunuh manusia.
  3. Makan minuman beracun di dalamnya mampu membunuh walau setitik.
  4. Airnya yang mendidih membakar dan memotong-motong isi perut sesiapa yang meminumnya.

Lagi, lagi dan lagi, kematian datang kepada orang yang menidakkan peringatan. Kematian itu datang dari segenap sudut, sedang sekali kematian itu datang ia mampu mencabut nyawa. Tapi Allah tak mahu lepaskan orang tersebut yang menidakkan peringatan itu terus hidup dan tidak pula menginginkan dia mati. ‘La yamut fiha wa la yahya’. Nah, mereka tidak hidup, tidak pula mati, maka apa jenis kehidupan ini agaknya?

bersambung…

Advertisements

Read Full Post »

Makna kata – Al Fatihah = opener = pembuka

Antara nama-nama yang digunakan untuk merujuk kepada Al Fatihah – Umm Al-Quran(Intipati Quran), Al-Asas (Dasar, pasak), Ash-Shafiyah (Pengubat), and Al-Kafiyah (the Sufficient).

Secara ringkasnya, surah Al Fatihah mengandungi semua prinsip asas yang diterangkan secara lengkap dalam surah-surah yang lain.

Prinsip Asas dalam Al-Fatihah:

  1. Intipati agama adalah bersyukur atau berterima kasih dengan tuhan.
  2. Allah adalah Raja, Pemilik, Penguasa bagi seluruh alam.
  3. Allah itu sangat baik, penyayang dan pengasih dan mudah menolong bagi sesiapa yang meminta.
  4. Allah juga adalah hakim bijaksana lagi adil, tidak pula berkompromi dengan kezaliman, kejahatan dan perbuatan dosa.
  5. Hari Pembalasan, Kiamat pasti datang, dimana kesemua manusia pasti kembali kepada Allah.
  6. Ta’abbud, sembahan hanya pada Allah, segala doa dituju langsung kepada Allah. Allah pasti memberi dan kabulkan dengan adabnya.
  7. Seseorang itu wajib senantiasa memohon petunjuk dan hidayah Allah serta kekal di jalan kebenaran iaitu bersama dengan orang beriman kepada Allah.
  8. Kebenaran dan keikhlasan yang sebenar datang apabila kita mengikuti contoh tauladan daripada orang-orang yang telah diberi hidayah dan ikhlas serta dibawah lindungan Allah seperti: para rasul, nabi, orang soleh dan orang yang mengikhlaskan dirinya kepada Allah.
  9. Seseorang itu wajib senantiasa berhati-hati untuk tidak membuat Allah marah.
  10. Seseorang itu jangan pernah sekalipun dia terfikir untuk tidak peduli untuk mendapat Allah atau tidak serta wajib senantiasa berhati-hati agar tidak sesat.

Selepas memahami dengan mengamalkan prinsip dari Al Fatihah inilah, seterusnya datanglah penerangan yang terperinci daripada surah yang lain. Orang Islam menganggap Al Fatihah sebagai doa dan Al Quran itulah jawapannya – formula untuk mencapai intipati doa.

Baca dan dengar juga laman ini:

Read Full Post »

al-masad.jpg

diolah dari Tafsir Ibn kathir

Surah ini disebut juga surah Tabbat, surah ke 111, terdapat 5 ayat. Diturunkan di kota Mekah. Surah ini berkenaan kemusyrikan itu tidak dapat dipertahankan dan tidak akan menang walaupun pendukungnya bekerja keras. Ia mengenai cerita Abu Lahab dan isterinya yang menentang Rasulullah dan keduanya akan celaka dan masuk neraka. Harta, usaha titik peluhnya dan anak-anaknya tidak berguna langsung buatnya bagi menyelamatkannya dari azab neraka.

Al Bukhari merakamkan bahawa Ibnu ‘Abbas menyatakan Rasulullah telah keluar ke lembah Al Batha dan baginda mendaki puncak tinggi…Kemudian baginda berteriak,

Wahai kamu semua, mari ke mari!

Maka berkumpul semua orang Quraisy mengelilingi baginda, lalu baginda berkata

Jika aku katakan semua musuh kamu telah bersiap sedia untuk menyerang kamu di waktu pagi ataupun petang, dapatkah kamu semua mempercayai aku?

(more…)

Read Full Post »

Assalamu’alaikum wa rahmatullah

Selalu kita membaca surah Al-‘Asr. Paling kurang, apabila di hujung majlis, kita ada membaca surah tersebut walaupun ada yang tidak faham mengapa mereka membacanya. Dalam kesempatan kali ini, mari kita memerhati apakah maksud al-‘asr yang dinyatakan dalam surah tersebut. Asas makna al-‘asr ini ialah “memerah sesuatu sehingga menitis.” Inilah yang dinyatakan oleh Ibn Faris dalam Mu’jam Maqayis al-Lughah.

Atas dasar itulah, Allah menggunakan perkataan mu’siraat sepertimana tertulis dalam surah an-Naba’ ayat 14 yang bermaksud:

[Dan Kami menurunkan dari awan (mu’siraat) , air hujan yang mencurah-curah.]

Awan ialah mu’siraat yang dikaitkan dengan perkataan al-‘asr di mana awan akan ‘diperah‘ bagi menghasilkan hujan yang turun dan dapat kita nikmati dalam kehidupan seharian. Atas roh inilah juga kita memahami al-asr atau masa umur yang Allah kurniakan pada kita. Apa yang perlu kita buat? Kita perlumemerah‘nya sekuat tenaga agar terhasil iman dan amal. Orang yang tidak memerah umurnya akan sentiasa berada dalam kerugian.

Syarahan Bahasa

Mengikut kamus Mawrid – ‘Asr diterjemah sebagai – to press (out), squeeze (out), express (cepat), compress (singkat)

Masa juga disebut Allah dalam banyak perkataan yang lain seperti:

  • as Subh – masa pagi yang bersinar – Surah al Muddastsir ayat 34 (74:34)
  • al Fajr – waktu Fajar – Surah al Fajr ayat (89:1)
  • ad Dhuha – matahari pagi – Surah ad Dhuha ayat 1 (93:1)
  • an Nahar dan al Layl – Siang dan Malam – Surah al Layl
  • al Waqt – waktu – masa yang diperuntukkan bagi melaksanakan sesuatu tugasan atau pekerjaan (an Nisa’ ayat 103)
  • ad Dahr – masa yang belum adanya manusia atau ketika manusia belum wujud dan ciptakan (al Insan 76: ayat 1)

Tetapi perkataan ‘Asr ini digunakan Allah untuk menunjukkan urgensi atau ia sangat penting, sebabnya ia berkenaan dengan maksud ‘Asr itu sendiri iaitu, ‘Asr adalah waktu yang diberikan kepada manusia sejak dia hidup lagi hingga dia mati di dunia ini untuk beribadah dan dipertanggungjawabkan kelak di akhirat.

Muhammad Shafee’: katanya ‘Asr itu perlu diumpamakan sebagai susah payah manusia untuk menjual ais. Ais itu bakal cair dan si penjual perlu menjualnya dengan cepat dan segera sebelum berakhirnya waktu operasi. Jika tidak, segala penat lelah dan usahanya itu menjadi sia-sia.

Ada beberapa kesimpulan dari ayat 1 ini, iaitu:

  1. Allah menghendaki kita melihat rantaian masa yang kita lalui
  2. Manusia selalu berada dalam kerugian, berdasarkan ayat 2 sebagai bukti, sebabnya masa itu berlalu dan pergi tanpa datang kembali

Selain itu, Allah menyatakan setelah beriman dan beramal soleh, ia tidak berhenti di situ sahaja. Perlu ada nasihat atas dasar kebenaran dan kesabaran kerana dengan kaedah ini sahajalah, kita akan mampu untuk terus beriman dan beramal. Jika tidak, ia akan mendatangkan kelesuan dan keletihan seterusnya kita gugur dalam lapangan iman amal. Marilah kita sama-sama memerhati makna al-asr yang sebenar-benarnya. Memang ‘amal perlu diusahakan. Ia tidak sepertimana cita-cita kosong (amal – dieja dengan alif mim laam). ‘Amal (dieja ‘ain mim laam) perlu diberi satu tujahan untuk menjadi realiti. Jangan lagi kita menanti dan menunggu, tetapi tujahkan diri kita agar mampu ber’amal dengan sebenarnya.

Berkenaan tafsir surah ini pula, ianya diturunkan di Mekah dan mengandungi 3 ayat serta merupakan surah terpendek dan paling ringkas dalam Al Quran.

Terdapat kisah semasa penurunan surah ini, iaitu kisah antara ‘Amr bin Al ‘As dan Musailamah Al Kazzab. Musailamah Al Kazzab bertanya pada ‘Amr:

Apa yang telah disampaikan kepada kawan kau (Muhammad) pada masa ini?

‘Amr menjawab:

Surah yang pendek dan padat.

“Apa dia?” tanya Musailamah.

‘Amr membaca:

surah-al-asr-103.jpg

Setelah mendengar ayat yang dibacakan itu, Musailamah berfikir sejenak, lalu berkata.

Hampir serupa dengan apa yang diturunkan kepada aku.

“Apa dia?” tanya ‘Amr.

Hai Wabr (kecil, mamalia berbulu mammal), Hai Wabr! Kamu hanyalah dua telinga dan satu dada dan selebihnya kamu menggali…

Apa pendapatmu ‘Amr? Musailamah bertanya.

Demi Allah! Sesungguhnya, engkau pun tahu bahawa kau ini hanya menipu dusta.

Menurut Abu Bakr Al-Khara’iti dalam bukunya Masawi’ ul-Akhlaq, Wabr itu adalah menyerupai kucing, dan benda paling besar pada Wabr adalah kedua telinganya, torsonya. Musailamah cuba meyakinkan orang lain, namun seorang penyembah berhala pun tidak mempercayai segala kata-katanya. Semua itu adalah antara sebab dia digelar Al Kazzab iaitu seorang pendusta dan penipu.

Imam At Tabrani merakamkan bahawa – apabila dua orang sahabat Rasulullah bertemu, mereka tidak akan berpisah melainkan salah seorang membaca surah ini, surah Al ‘Asr dan yang seorang lagi menyampaikan salam.

_____________________________

Baca juga:

Read Full Post »

%d bloggers like this: